Muhd. Zamri berjaya ‘hijrahkan’ keluarga


Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED

Selain menyampaikan sumbangan, Skuad Mubaligh Islam Negeri Sembilan turut memberi penjelasan tentang Islam kepada Saudara Muslim yang baru.

PADA usia muda lazimnya seseorang individu ghairah memperkukuhkan ekonomi dan meningkatkan kerjaya. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik.

Tetapi tidak semua mempunyai matlamat yang sama. Ada yang sanggup meninggalkan jawatan yang tinggi dan gaji yang besar demi menyebarkan dakwah islamiah.

Pada masa sama pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuh selain terpaksa pula berhadapan dengan cacian dan bantahan daripada rakan-rakan dan keluarga.

Itu jalan yang dipilih oleh anak muda kelahiran Negeri Sembilan, Muhd. Zamri Vinoth Abdullah, 27. Pengorbanan yang dilakukan memaksanya berhadapan dengan pelbagai kesukaran dan cabaran.

Penghijrahan Muhd. Zamri yang berketurunan India bermula apabila beliau memilih memeluk Islam. Namun, statusnya sebagai saudara baru tidak terhenti setakat itu sahaja.

Demi cinta kepada Islam dia sanggup meninggalkan jawatan dan gaji besar di sebuah bank bagi menyahut seruan menyebarkan dakwah Islamiah. Tindakannya itu dikritik dan dicaci rakan serta keluarga.

Bagaimanapun, Muhd. Zamri yakin dengan janji Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: Jika kalian menolong (agama) Allah, maka Allah pasti akan menolong kalian dan mengukuhkan pijakan kalian. (Muhammad: 7)

Untuk itu, beliau tidak pernah gusar atau gundah gulana apabila berhadapan pelbagai cabaran dan menganggap semua itu sebagai sunnatullah.

Biarpun, pulangan dalam bentuk wang ringgitnya jauh lebih kecil berbanding kerjayanya dalam bidang perbankan, tetapi beliau tetap nekad.

Penghijrahan pertama dan terbesar yang dilakukan oleh Muhd. Zambry pada seawal usia 16 tahun apabila mendapat hidayah Allah. Pada usia semua itu beliau membuat keputusan meninggalkan agama yang turun temurun dianuti nenek moyangnya untuk memilih cahaya Islam.

Muhd. Zambry berkata, bapanya adalah penganut Kristian manakala ibunya beragama Hindu. Ini membuatkan beliau keliru dan ingin tahu mengapa ada banyak agama yang diamalkan dan pasti ada satu yang membawa umat manusia ke jalan kebenaran.

“Bermula daripada situ, saya mula membuat kajian dan perbandingan. Saya cuba mendekati dan bercampur dengan ahli surau dan orang Islam di sekitar kawasan rumah saya.

“Ia untuk mengetahui mengenai ajaran Islam sehinggalah bertemu dengan seorang pendakwah (tabligh) Melayu yang berkongsi tentang Islam dengan saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Mega dalam pertemuan di Persatuan Mubaligh Islam Negeri Sembilan di Forest Heights, Seremban baru-baru ini.

Menurut Muhd. Zamri, kesempurnaan ajaran Islam yang menyentuh segala aspek kehidupan membuat hatinya semakin tertarik dengan agama yang dibawa oleh Rasulullah kepada seluruh umat manusia itu.

“Apatah lagi, amalan yang Allah perintahkan kepada umat Islam dalam rukun Islam seperti mengerjakan solat dan berpuasa juga turut diakui manfaatnya menurut kajian saintifik,” katanya.

Pada usia tersebut, Muhd. Zambry pada mulanya cuba merahsiakan penghijrahannya itu daripada pengetahuan keluarga. Beliau bimbang mendapat tentangan keluarga dan saudara-mara.

Ketika itu beliau bermula dengan memperbaiki pegangan akidah dan menumpukan kepada proses pengukuhan iman.

Anak muda itu turut mengikuti pengajian agama bagi menambah pengetahuan di samping menyertai jemaah tabligh.

Bagaimanapun, rahsia selama hampir setahun itu terbongkar apabila ibunya menjumpai sijil pertukaran agama yang disembunyikan.

“Pada mulanya ia mendapat bantahan keluarga terutamanya abang saya. Mereka memaksa saya kembali kepada agama Hindu. Alasannya kami dilahirkan oleh tuhan sebagai India yang menganuti agama Hindu.

“Oleh itu perlu dikekalkan kepercayaan agama tersebut kerana ia adalah ketentuan tuhan,” jelasnya.

Namun Muhd. Zambry tidak mengendahkan kata-kata tersebut. Sebaliknya ia membakar semangat beliau ‘menyelamatkan’ keluarganya untuk sama-sama menjadi Muslim.

Beliau seterusnya mendalami ajaran Islam sehingga dapat menguasainya dengan agak baik. Lalu terlintas untuk berkongsi nikmat Islam yang diperolehinya itu kepada orang lain.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 17,072 other followers

%d bloggers like this: