Perkahwinan hilangkan amalan jahiliah


TETAPI apabila bercakap mengenai Zaid bin Hatithah yang statusnya adalah anak angkat Rasulullah, pada beliau sebenarnya disandarkan dengan hukum-hukum yang berkaitan dengan hubungan anak angkat.

Ini kerana sebelum ini dalam adat Jahiliah, tidak ada bezanya dalam apa juga perkara antara anak angkat dengan anak kandung. Mereka sama sahaja. Status sebagai anak angkat membolehkan mereka mewarisi nama, keturunan, harta pusaka dan sebagainya sehinggakan adalah haram bagi seorang bapa angkat untuk mengahwini bekas isteri anak angkatnya itu.

Dengan datangnya Islam, adat seperti itu tidak boleh dipertahankan kerana anak angkat tetap berbeza dengan anak kandung.

Oleh itu Allah memerintahkan Nabi supaya membuang adat-adat yang buruk ini melalui wahyu sebagaimana FirmanNya bermaksud: “…dan Dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu sendiri. Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulut sahaja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar). Panggillah mereka (anak-anak angkat) itu dengan memakai nama bapa-bapa mereka. Itulah yang lebih adil pada sisi Allah. Dan sekiranya kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudara kamu yang seagama. Dan tidak ada dosa atasmu kepada apa yang kamu khilaf tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengajakan oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun dan lagi Maha Penyayang.” (al Ahzab, ayat 4 – 5)

Dengan turunnya ayat itu, Zaid yang selama ini dipanggil Zaid bin Muhammad kini diganti dengan panggilan Zaid bin Harithah. Begitu juga dengan hak-haknya sebelum ini telah dihapuskan, termasuklah tiada lagi hak mempusakai harta pusaka dan bekas isterinya boleh dinikahi oleh bapa angkatnya.

Inilah yang membawa kepada tidak berapa lama kemudian, Nabi diperintahkan oleh Allah supaya memperisterikan Zainab. Ini supaya bagi menolak perselisihan dan menghilangkan beberapa adat bangsa Arab Jahiliah mengenai anak angkat.

Apabila diperintahkan begitu, Rasulullah tidak segera untuk melaksanakannya kerana baginda bimbang kata-kata cemuhan yang akan ditimbulkan oleh masyarakat kerana berkahwin dengan bekas isteri anak angkatnya sendiri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 17,514 other followers

%d bloggers like this: