Banduan minta izin pakai tudung di penjara AS


 

AMINA FARAH ALI (kanan) dan Hawo Mohamed Hassan berjalanmeninggalkan sebuah mahkamah daerah di Minnesota selepas menghadiri perbicaraan pada Ogos tahun lalu. – AP

MINNEAPOLIS, Amerika Syarikat (AS) – Majlis Berkaitan Hubungan Islam-Amerika di Minnesota meminta Jabatan Syerif memberi kemudahan kepada banduan untuk memakai tudung selepas seorang wanita Islam yang didapati bersalah berhubung dakwaan keganasan terpaksa membuka tudungnya semasa berada dalam tahanan.

Tertuduh, Amina Farah Ali, 35, dan rakannya, Hawo Mohamed Hassan didapati bersalah pada minggu lalu kerana menyalurkan wang kepada kumpulan pengganas Al-Shabab di Somalia.

Peguam wanita itu, Dan Scott berkata, anak guamnya mahu memakai tudung kerana mematuhi ajaran Islam. Menurutnya, Amina perlu menutup aurat apabila berada di sisi lelaki yang bukan muhrim.

“Dia mahu memakai pakaian tradisinya (tudung). Ia amat penting baginya,” kata Scott.

“Dia kini dipenjara. Justeru, apa yang dia mahu tidak semestinya dia dapat. Tetapi dia berhak mengamalkan ajaran agamanya,” tambah peguam itu.

Mengulas isu tersebut, Syerif Daerah Sherburne, Joel Brott berkata, Amina tidak boleh memakai tudung di penjara atas faktor keselamatan.

Pakaian awam termasuk tudung katanya, tidak dibenarkan dipakai di penjara kerana ia mungkin digunakan sebagai senjata atau menyembunyikan identiti banduan.

Namun, ujar Brott, pihaknya sedang berunding dengan pihak berkuasa persekutuan sama ada untuk memberikan pengecualian kepada Amina atau sebaliknya. – AP

Advertisements
Comments
One Response to “Banduan minta izin pakai tudung di penjara AS”
  1. ariesastira berkata:

    salam………menjadi hak keatas wanita ini meminta kebenaran mahkamah untuk memakai tudung tetapi dalam keadaan kuasa ditangan orang2 jahil walau mahkamah keadilan sekalipun dan jika tidak dibenarkan memakainya didalam penjara yang sememangnya tidak ada kain untuk dijadikan tudung maka keadaan darurat seperti ini tidak pernah dipaksa oleh islam untuk memakainya jika ia mendatangkan lebih banyak penindasan kepada wanita ini tetapi jangan sampai hak untuk bersolat untuk menutup aurat ketika bersembahyang didalam penjara juga turut tidak dibenarkan……………………….inilah kewajipan orang2 islam yang berkuasa untuk membantunya……………………………………………persoalannya siapa?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,894 other followers

%d bloggers like this: