Iktibar terbaik dari Mekah


 

Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (paling kanan) membelek buku Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah selepas melancarkannya di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

CERITA aneh itu bersambung dengan kisah wanita tersebut ingin menyudahkan tawaf. Tetapi dirinya ketika itu benar-benar buntu. “Mustahil bagi saya untuk keluar mengambil air kerana keadaan masa itu sangat sesak, padat dengan jemaah. Saya memegang tangan ibu dan suami”.

Saya menangis teresak-esak sambil berdoa kepada Allah: “Aku mohon pada-Mu, ya-Allah. Bantulah aku, kerana aku tidak mampu selesaikan ibadah ini tanpa air, ya Allah!

“Saya merayu dan terus menangis melihat air yang tidak berhenti-henti mengalir keluar dari botol yang saya pegang. Tanpa air, saya akan pengsan. Tetapi aneh, beberapa minit kemudian, tiba-tiba air tidak lagi keluar.

“Saya tercari-cari di mana lubang yang pecah tadi, tapi tiada. Saya benar-benar takjub dengan kekuasaan Allah. Lubang yang pecah tadi, tidak semena-mena sahaja tertutup rapat.

“Benarlah, apabila kita menyerahkan seluruh diri kita kepada Allah, bersangka baik kepada-Nya dan berdoa di tempat yang mustajab, nescaya akan ditunaikan-Nya”.

Ia seperti mana firman Allah: Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (al-Baqarah: 45)

Demikianlah secebis daripada beberapa lagi kisah menakjubkan yang pernah dialami oleh tokoh agama dan penceramah bebas yang terkenal, Datuk Dr. Fatma El-Zahraa Mohd. Ramadan semasa menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Sesungguhnya bumi Mekah adalah tanah yang penuh rahmat. Malah, ia penuh dengan keajaiban yang semuanya menunjukkan betapa agung dan besarnya kuasa Allah SWT untuk menjadi iktibar serta pengajaran kepada manusia.

Pengacara televisyen dan pelakon terkenal, Wardina Safiyyah turut mengakuinya. Wardina kemudian mengungkapkan betapa cuaca ketika itu sungguh panas. Matahari terik, sinarannya memancar-mancar sehingga ke lantai masjid.

“Saya meraung-raung tidak mahu memijak lantai itu. Sudah pasti lantai akan berasa panas terkena matahari yang sedang menyala-nyala di atas kepala. Ayah berusaha memujuk saya, tapi saya tetap berdegil. Ayah memberitahu saya, jangan takut, lantai itu tidak panas.

“Lama ayah memujuk, akhirnya dengan teragak-agak saya mematuhinya. Tapi ajaibnya, walaupun cuaca ketika itu sangat panas, lantai masjid sangat sejuk. Saya rasa seolah-olah memijak lantai pada waktu pagi”.

Cukup aneh

Pengalaman yang dilalui oleh tokoh agama, Datuk Dr. Haron Din semasa di Mekah, barangkali antara yang paling menarik. Pengalaman pertama dialaminya apabila didatangi seorang lelaki yang tiba-tiba muncul untuk membantunya membahagikan sejumlah wang kepada seorang rakan.

Aneh, kerana lelaki itu tidak dikenalinya dan Dr. Haron sudah lupa tentang wang tersebut. Ketika itu beliau hanya menunggu masa untuk menunaikan tawaf wida’, kemudian berlepas pulang.

Jika teringat sekali pun, beliau takkan sempat membahagikan wang tersebut kepada pemiliknya. Jadi, siapakah lelaki tidak dikenali, yang datang pada saat-saat genting untuk membantunya?

Begitulah juga dengan seorang sahabat beliau yang buntu selepas beberapa bulan gagal mencari barang-barang perniagaannya yang bernilai puluhan ribu ringgit. Dalam saat-saat kritikal itulah, pada waktu subuh di hadapan Multazam, seorang lelaki tidak semena-mena menghampirinya dan memberitahu di mana barang tersebut berada.

Dalam hal ini Dr. Haron Din berkata: “Bagi saya pengalaman-pengalaman ini cukup aneh dan menginsafkan. Siapa lelaki aneh tadi? Dari mana mereka datang? Macam mana mereka boleh tahu masalah kita? Macam mana dia boleh kenal saya dan sahabat saya tadi? Cuma Allah yang tahu jawapannya…”

Di atas adalah sedutan daripada beberapa kisah menarik yang terkandung di dalam buku Pilihan Terbaik Kisah Aneh & Iktibar Dari Mekah

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 9,704 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 9,704 other followers

%d bloggers like this: