Fitnah bapa munafik


Susunan SITI AINIZA KAMSARI

SEBAGAIMANA sebahagian besar serangan sebelum ini, Rasulullah SAW akan memikul tanggungjawab sebagai ketua perang, begitu juga serangan yang akan dilakukan terhadap penduduk Kota Daumatul Jandal.

Sebelum baginda berangkat mengetuai serangan tersebut, baginda melantik Suba bin Arfathah Al Ghifari supaya memimpin dan mengendalikan urusan negara Madinah sepeninggalan baginda.

Dalam perjalanan ke Daumatul Jandal itu, baginda masih menggunakan taktik biasa iaitu berjalan waktu malam dan pada siangnya mereka berehat dan bersembunyi di lereng-lereng bukit dan gunung.

Tujuannya supaya pihak musuh tidak menyedari kedatangan tentera Islam itu. Akhirnya berita kehadiran tentera Islam itu sampai juga ke pengetahuan penduduk Kota tersebut.

Mereka sangat terkejut dan tidak menyangka niat buruk mereka akhirnya berjaya dicium oleh Rasulullah SAW. Lebih teruk lagi tentera Islam kini telah berada hampir dan menunggu masa sahaja untuk menyerang.

Tanpa mempunyai banyak pilihan, penduduk kota tersebut bertempiaran melarikan diri dengan meninggalkan harta benda termasuk haiwan ternakan.

Mereka berjaya melarikan diri walaupun tentera Islam mencari ke merata tempat, tempat-tempat persembunyian mereka namun seorang pun tidak ditemui.

Ini memberi peluang kepada baginda merampas keseluruhan harta benda yang termasuk dalam kategori fai’ itu sebelum tentera Islam pulang semula ke Madinah setelah berada beberapa hari di Kota Daumatul Jandal.

Dikatakan setiap anggota tentera Islam mendapat seekor unta sebagai habuan daripada rampasan fai’ itu.

Walaupun tidak berlaku sebarang pertempuran dengan pihak musuh namun peristiwa ini tetap disebut sebagai perang.

Melalui tindakan-tindakan yang pantas dan tegas seperti ini, baginda berjaya meluaskan pengaruh dan memelihara Madinah dari sebarang cubaan untuk menyerang oleh pihak-pihak musuh.

Begitupun musuh tetap musuh! Mereka tetap menyimpan niat buruk dan berusaha menghancurkan Islam tanpa mengira sama ada mereka mampu atau tidak untuk berbuat demikian.

Maka ini tidak menghairankan jika dikatakan secara keseluruhannya, iaitu sepanjang usia baginda, Rasulullah terlibat dalam 27 peperangan.

Ini apabila lima bulan selepas berlaku Perang Daumatul Jandal itu, terjadi pula Perang Muraisi, iaitu apabila Puak Bani Musthaliq yang diketuai oleh Harits bin Dhirar hendak memerangi umat Islam di Madinah.

Namun kesudahannya sebagaimana yang sebelum-sebelum ini, baginda dan pasukannya bukan sahaja berjaya mengalahkan puak tersebut malah berjaya menawan 200 keluarga (700 lelaki dan perempuan termasuk puteri Harits yang bernama Barrah) merampas 2,000 unta dan 5,000 ekor kambing.

Namun kesan Perang Musthaliq ini menimbulkan perbuatan memfitnah! Tentu sahaja perbuatan fitnah iaitu merangkumi mengada-adakan cerita, memburuk-burukkan orang lain, memecah belahkan perpaduan, mengumpat, menghina dan sebagainya itu dilakukan oleh ‘bapa munafik’, Abdullah bin Ubay yang semakin hari semakin melampau dan menjadi duri dalam daging!

Abdullah menabur fitnah terhadap perpaduan dan persaudaraan yang sekian lama terjalin antara golongan Muhajirin dan Ansar.

Beliau juga dalam kisah selanjutnya melakukan fitnah yang paling jahat terhadap Rasulullah dan keluarga baginda, apabila isteri baginda, Siti Aisyah dituduh mempunyai hubungan haram dengan lelaki lain!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,894 other followers

%d bloggers like this: