Rahsia terkandung dalam ibadat puasa


SESEORANG yang berpuasa perlu berusaha dengan seluruh tenaga dan jiwa supaya puasanya diterima Allah SWT. Salah satu caranya ialah menjaga adab puasa.

Jika dikaji dengan teliti, banyak rahsia terkandung dalam makna puasa antaranya:

 

  • Mengurangkan kekuatan badaniah, mengurangkan makan dan minum, supaya keikhlasan tumbuh subur di dalam jiwa.  Selain itu diharapkan jiwa malakiyah bertambah tinggi. Sifat Malakiyah bermaksud himpunan daripada pelbagai sifat keutamaan dan kesempurnaan yang bercirikan malaikat.

     

  • Bersifat dengan salah satu sifat Allah dalam sebahagian waktu iaitu tidak makan dan tidak minum, menyamakan diri dengan golongan Muqarrabin, orang yang menahan diri dari menuruti hawa nafsu dan kesenangan dunia. 
  • Membiasakan diri dengan bersabar, tetap menahan kesusahan serta bagi menguatkan azam dan kehendak cita-cita.  Orang yang berpuasa perlu menguatkan diri untuk menjauhkan nafsu dari segala yang diinginkan olehnya, seperti makan, minum, menggauli isteri, serta menolak segala bentuk nafsu dengan penuh keteguhan hati, kesabaran dan kemahuan.

     

  • Menyedarkan diri sendiri bahawa kita adalah hamba Allah yang hina. Di dalam menjalankan ibadat puasa, adalah sangat terasa nafsu keinginan terhadap makan, minum dan seksual.Orang yang berhajat kepada sesuatu itu selalunya akan tunduk dan taat menghambakan diri kepadanya.
  • Menjalani ibadat puasa juga dapat menjaga diri daripada jatuh ke dalam jurang dosa dan maksiat.   
  • Menggerakkan orang yang berharta atau golongan kaya untuk menolong golongan miskin, papa, kekurangan, mengambil tahu dan peduli kepada mereka serta mengelakkan kelaparan dan bahaya kebuluran daripada mereka. 
  • Berpuasa juga menghidupkan kekuatan fikiran dan kekuatan bashirah (penglihatan matahari). Berkaitan dengan perkara ini, alangkah baiknya nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya:“Wahai anakku, apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan, maka akan tidurlah fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh anggota tubuhmu daripada beribadat kepada Allah dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang dengan sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir pada jiwa.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 53,659 other followers

%d bloggers like this: