Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau


Oleh: zharifjenn

“Suatu
hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu
baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji
buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa
yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan
tersenyum.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para
sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan
kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman,
hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk
pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak
hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu.

Lalu mereka bertanya.
Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan “Tahukah kamu, sebenarnya
buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama.
Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian
yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang
hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.”

Begitulah
akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan
pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan
Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa?
Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan
para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak
berjaya. Rancangannya di’tewas’kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Kita
hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut
bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang
ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada
Allah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 17,645 other followers

%d bloggers like this: