Kisah penyesalan Amr, ketaatan perjuangkan Islam


Oleh Ibrahim Abdullah

AMR bin Jamuh adalah sahabat Rasulullah SAW, seorang pemimpin Madinah pada masa jahiliah. Dia juga ipar kepada Abdullah bin Amr bin Haram dan ketua suku Bani Salamah yang dihormati kerana pemurah, memiliki perikemanusiaan yang tinggi serta gemar menolong orang lain.

Amr bin Jamuh memiliki patung (berhala) bernama ‘Manat’ diperbuat dari kayu yang indah dan mahal. Dia selalu menjaga dan memelihara patung kesayangannya itu setiap masa dengan memberikan wangi-wangian harum serta mahal.
Ketika Islam mula tersebar di Madinah, usia Amr bin Jamuh sudah melewati 60 tahun. Dia mempunyai tiga anak, Mu’awaz, Mu’az dan Khalad serta seorang kawan sebaya mereka iaitu Mu’az Jabal yang masuk Islam melalui Mush’ab Umair, seorang Duta Islam.
Isterinya, Hindun bersama tiga anaknya memeluk Islam tetapi suaminya, Amr tidak mengetahui mereka sudah memeluk Islam. Pada waktu itu bangsawan dan pemimpin suku di Madinah sudah ramai memeluk Islam.

Hindun sangat menyintai dan menghormati suaminya khuatir jika suaminya mati dalam keadaan kafir sementara Amr cemas kerana keluarganya akan meninggalkan agama nenek moyang mereka.

Anak Amr tahu bapa mereka menyembah berhala dan berusaha menyedarkannya. Mereka mengambil berhala yang dijaga bapa mereka, ‘Manat’ lalu mencampakkannya ke lubang najis. Esoknya, menyedari berhala itu sudah hilang, Amr mencari dan menjumpainya di lubang najis.

Bukan main marahnya Amr melihat keadaan itu. Selepas membersihkan berhala itu dan memberinya wangi-wangian, dia meletakkannya semula di tempat asalnya. Malam berikutnya, anak Amr mengulangi perbuatan mereka hingga malam seterusnya.
Akhirnya kesabaran Amr hilang lalu diambilnya pedang kemudian digantungkan di leher Manat seraya berkata, “Hai Manat, jika kamu memang hebat, tentu boleh menjaga dirimu dari dianiaya orang lain.”

Akhirnya Amr sedar bahawa Manat tidak dapat berbuat apa-apa. Amr kemudian membersihkan badan dan pakaiannya, memakai wangian, lalu bergegas menemui Nabi Muhammad SAW untuk menyatakan keislamannya.

Amr berasa bagaimana manisnya iman, dia sangat menyesali dosanya selama ini. Selepas masuk Islam, dia mengarahkan seluruh hidupnya, hartanya dan anaknya dalam mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya.

Ketika Perang Badar, Amr bersiap sedia untuk berperang tetapi Rasulullah SAW tidak mengizinkannya untuk turut bersama, melihat keadaannya yang sudah tua dan pincang.

Begitu juga pada Perang Uhud, Amr bersiap untuk berjihad tetapi anaknya melarang. Amr nekad menemui Rasulullah dan memberitahu bersedia berperang untuk meraih syurga. Akhirnya beliau syahid ketika berdepan musuh Islam.

Amr gugur sebagai syahid bersama beberapa sahabatnya. Ketika perang berakhir, Rasulullah SAW memerintahkan untuk memakamkan jasad Abdullah bin Amr bin Haram dan Amr bin Jamuh dalam satu liang lahad kerana ketika hidup, mereka berdua sahabat setia saling menyayangi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,618 other followers
%d bloggers like this: