Punca dan Cara Selamat Siksa Kubur


SEBAB SIKSA KUBUR

 

Disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim rahimahullah bahawa siksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:

1. Melaga-lagakan dan mengampu.

2. Tidak cebok sehabis buang air kecil.

3. Sholat tanpa bersuci.

4. Berdusta.

5. Melalaikan dan malas mengerjakan sholat. 

6. Tidak mengeluarkan zakat.

7. Zina

8. Mencuri

9. Berkhianat

10. Menfitnah sesama umat Islam

11. Makan riba

12. Tidak menolong orang yang dizalimi

13. Minum khamar ( tuak, minuman keras )

14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki

15. Membunuh

16. Mencaci sahabat

17. Mati dalam keadaan membawa bid'ah.

 

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah selanjutnya berkata, 'Ketika

keadaan manusia banyak yang melakukan dosa-dosa di atas, maka kebanyakan ahli kubur adalah dalam keadaan disiksa. Dan orang yang selamat daripadanya amatlah sedikit. Secara lahirnya, kuburan itu memang hanyalah tanah biasa, padahal didalamnya terdapat penyesalan dan siksa.

Di atasnya nampak tanah, batu-batu yang terukir dan bangunan, tetapi di dalamnya adalah bencana.  Mereka mendidih dalam penyesalan sebagaimana periuk mendidih dengan apa yang ditanaknya. Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi dipenuhi.'

 

 

YANG MENYEBABKAN SELAMAT DARI SIKSA KUBUR

 

Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan, sebab-sebab

keselamatan siksa kubur adalah dengan menjauhi sebab-sebab

terkena siksa kubur, yakni berbagai macam maksiat dan dosa.  Untuk itu, Ibnu Qayyim rahimahullah menganjurkan, hendaknya setiap muslim melakukan perhitungan atas dirinya setiap hari, tentang apa dosa dan kebaikan yang telah dilakukannya pada hari itu.

 

Selanjutnya, hendaknya ia memperbaharui taubatnya kepada Allah dan tidur pada malam itu dalam keadaan taubat.

Jika ia meninggal dunia pada malam itu, maka ia meninggal dalam keadaan telah bertaubat. Jika bangun dari tidurnya maka ia siap menghadapi harinya, dan bersyukur kerana ajalnya masih ditangguhkan.  Dengan demikian ia masih berkesempatan beribadah kepada Rabbnya dan mengejar amal yang belum dilakukannya.

 

Sebelum tidur, hendaknya pula ia dalam keadaan berwudhu,

senantiasa mengingat Allah dan mengucapkan zikir-zikir yang

disunnahkan Nabi saw. sehingga ia tidur. Jika seseorang dikehendaki baik oleh Allah, nescaya dia akan diberi kekuatan untuk melakukannya.

 

 

 

Kemudian Ibnu Qayyim rahimahullah menyebutkan ketaatan yang

dapat menyelamatkan dari siksa kubur, di antaranya:

1. Senantiasa mengikatkan diri di jalan Allah.

2. Mati syahid di jalan Allah.

3. Membaca surat Al-Mulk.

4. Meninggal kerana sakit perut.

5. Meninggal dunia pada hari Jum'at.

Advertisements
Comments
One Response to “Punca dan Cara Selamat Siksa Kubur”
  1. Nama Saya Angah berkata:

    kawan saya bunuh diri masa hari jumaat. macam mana? kena siksa kubor tak???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 17,051 other followers

%d bloggers like this: