Cara 2 Artis popular terima Hidayah Allah


Oleh MOHD. AMIL ABDULLAH SAIBY

HIDAYAH itu ialah petunjuk yang dikurniakan Allah kepada manusia
untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat.

Allah berfirman maksudnya: Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat
hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa
yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak
seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan
kepada orang yang tidak beriman.
(al-An’am: 125)

Sham Kamikaze atau nama sebenarnya Shamril Mohd. Salleh diberi
hidayah apabila Imam Besar Masjidil Haram menghulurkan tangannya untuk bersalaman ketika kunjungan ke sebuah masjid di Kangar, Perlis.

Pertemuan yang tidak dirancang itu menimbulkan teka-teki kepada diri
Sham. Lantas mempersoalkan adakah dia sedang bermimpi atau sebaliknya?
Seterusnya terpacul keinginan untuk mengenali gerangan insan hebat yang
baru dikenalinya itu.

“Kalau hendak tahu itulah imam besar Mekah ,” jawab temannya yang ketika itu ada bersama Sham.

Biarpun singkat pertemuan itu, namun ia membawa seribu pengertian
bagi diri Sham. Apa tidaknya, bukan sembarangan orang dapat bersalam
dengan Imam Masjid Mekah. Tambahan pula dia dikira orang yang paling bertuah
pada hari itu kerana ‘rezekinya’ dapat menyambut tangan Imam  itu.

Bertitik tolak dari peristiwa itu, telah berlaku satu transformasi
daripada seseorang yang bergelar artis popular kepada seorang daei atau
pendakwah yang menjalankan kerja-kerja dakwah di serata masjid dan surau
seluruh pelosok tanah air.

Begitu juga dengan satu lagi pengakuan ikhlas daripada pelakon dan pengacara, Catriona Noorhayati
Ross Bahrin Ross atau lebih mesra dengan panggilan Cat.

Cerita Cat, semuanya bermula apabila dia menemankan sahabat karibnya
ke sebuah butik tudung di KLCC kira-kira setahun yang lalu. Sewaktu
sedang seronok mencuba satu tudung dan melihat wajah di cermin,
tiba-tiba terbit satu perasaan pelik dan tanpa disedari air matanya
berlinangan.

“Sebak, syahdu, hiba, semuanya bercampur-baur. Saya sedar perasaan
pelik yang muncul tiba-tiba itu adalah hidayah daripada Allah SWT.

“Semenjak itu saya terus bertudung. Tekad saya, sekali bertudung
insya-Allah saya akan kekal begini hingga ke akhir hayat dengan niat
ikhlas tanpa paksaan suami mahupun keluarga,” kata Cat, baru-baru ini.

Mendengarkan pengakuan telus dua selebriti itu cukup mengagumkan.

Hanya dengan bersalam dan sekadar suka-suka mencuba telah menjadi
sentuhan ajaib daripada Allah kepada dua insan beruntung dan terpilih
itu.

Justeru, moderator program malam itu, Farhan Suhut, menyeru kepada
semua jemaah mengambil iktibar daripada pengalaman dua artis ternama
tersebut.

Ini kerana masyarakat Islam moden hari ini terlepas pandang terhadap
anak-anak remaja sehingga ada kalangan mereka terjebak dengan gejala
tidak sihat seperti zina, minum arak dan lain-lain lagi.

Dalam konteks peristiwa Israk dan Mikraj masyarakat Islam saban tahun
cuba dibawa mengimbau kembali peristiwa paling bersejarah itu.

Sayangnya, masih ada hati umat Islam yang tidak tersentuh dengan
kejadian-kejadian serta perintah-perintah Allah SWT yang terkandung di
dalamnya.

“Kini sudah sampai masanya, kita membuat perubahan strategi dakwah
yang lebih berkesan dan menarik melalui kehadiran artis-artis ke surau
dan masjid,” katanya.

Advertisements
Comments
One Response to “Cara 2 Artis popular terima Hidayah Allah”
  1. Nurul Al Islami berkata:

    Assalamualikum
    alhamdulillah…hidayah itu milik Allah…sentisalah kte berdoa hidup mati kte dlm hidayahNya.
    jgn lah sesetengah dari kte menghukum seseorang yg blm mdpt hidayah boleh jadi satu hari nti org yg kte hukum mdpt hidayah dr Allah tetapi kte yg suka mgata sebaliknya. Allah itu mampu membolakbalikkan hati kte. allahua’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,894 other followers

%d bloggers like this: