Persoalan mati bawa Katlin pada Islam


Susunan SITI AINIZA KAMSARI
KatlIN  Hommik bersama suami yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepadanya.

SEAWAL usia tiga tahun, beliau membuatkan orang lain bingung untuk
menjawab persoalan yang ditimbulkan. Orang pertama yang menjadi mangsa,
adalah bapanya sendiri.

“Saya bertanya kepada bapa saya, apa yang perlu kita lakukan setelah kita mati,” katanya.

Soalan itu menyebabkan bapa Katlin Hommik bingung dan kemudiannya
hanya mampu memberitahu kepada anak perempuannya itu: “Katlin, ketika
mati nanti kamu cuma hanya tidur di dalam tanah”.

Katlin berasal dari Estonia, negara yang terletak di wilayah Baltik
iaitu paling utara di Eropah Tengah. – sebuah negara yang rakyatnya
dilarang bercakap soal agama, kepercayaan dan keyakinan terhadap tuhan
di hadapan umum ketika di bawah pemerintahan komunis Kesatuan Soviet.

Malah para penduduknya juga dipaksa mempercayai bahawa hanya orang gila sahaja yang percaya bahawa tuhan itu wujud.

Dalil singkat yang mereka gunakan ialah bagaimana mungkin untuk percaya pada sesuatu yang tidak dapat dilihat dek mata?

Apabila ada angkasawan Rusia yang berjaya berada di angkasa lepas dan
mereka tidak melihat tuhan yang kononnya sepatutnya ‘duduk’ di atas
gumpalan awan, ia dijadikan bukti bahawa tuhan itu sememangnya tidak
ada.

“Begitulah komunis menyerapkan fahaman antiagama. Tidak seorang pun
diizinkan berbicara mengenai agama jika mereka tidak mahu menempah nahas
dan seksaan jika cuba berbuat demikian,” kata Katlin.

Katlin yang tidak berpuas hati dengan jawapan bapanya tidak pernah
putus asa mencari jawapan mengenai pelbagai persoalan hidup. Iaitu hidup
untuk apa dan mati akan ke mana.

Bertahun-tahun lamanya beliau bersendirian mencari jawapan. Dalam
pada itu, Katlin tetap merasakan segala tindak tanduknya seolah-olah
sedang ‘diperhatikan’ oleh Tuhan.

Namun, beliau semakin merimaskan bapanya dengan pelbagai pertanyaan
sehingga menyebabkan Katlin dihantar untuk tinggal bersama neneknya yang
sempat merasakan kehidupan gereja semasa usianya masih muda.

“Neneklah yang pertama kali memperkenalkan kepada saya cara memanggil
tuhan iaitu dengan mengajar cara berdoa mengikut ajaran Kristian.

“Namun yang uniknya, nenek melarang saya mengucapkan semua itu di
hadapan orang ramai supaya bapa saya tidak mendapat masalah di kemudian
hari.

“Tetapi saya berazam untuk terus belajar ajaran Kristian daripada nenek secara sembunyi-sembunyi,” katanya.

Sesuatu yang agak melucukan berlaku ketika Katlin berusia 11 tahun
dan pertama kali dia menghadiri kelas hari minggu di gereja yang ketika
itu umpama menyambut kemerdekaan dari Soviet Union.

Pada hari pertama dia telah dibuang kelas. Ia hanya kerana Katlin
bertanya terlalu banyak sehingga beliau dituduh iman telah rosak.

Pada hal yang soalan yang ditanyakan itu baginya tidak salah.

Namun semua persoalan yang dibangkitkan menyebabkan paderi sebagai pengajar menjadi bingung.

Namun Katlin tetap mempelajari ajaran Kristian selain sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia mempunyai agama untuk dipegang.

“Waktu itu saya masih menganggap saya penganut Kristian. Tetapi
akhirnya saya sendiri tak mampu bertahan. Ini kerana saya tidak mampu
menerima perkara-perkara yang tidak rasional dalam ajaran agama itu yang
akhirnya saya memutuskan untuk mencari sesuatu yang lain.

“Yang lain itu adalah Islam itu sendiri,” katanya.

Melalui pengenalan terhadap Islam, Katlin mengambil masa sehingga tiga tahun untuk mengenal siapa dirinya yang sebenar.

“Saya selalu bertanya pada diri adakah saya sudah benar-benar yakin
untuk menjadi seorang muslim. Apakah saya benar-benar telah bersedia,”
katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,894 other followers

%d bloggers like this: