Oprah Winfrey Show Tonjolkan Kebenaran Islam


Oleh: zharifjenn

Hati saya amat gembira dan penuh dengan kebanggaan sebagai Muslim ketika sebuah kumpulan nasyid melantunkan nada-nada penuh semangat pada acara Musda DPD PKS Kota Bandung yang diselenggarakan di Pusdai, Bandung. Ini kerana nasyid itu sangat menyentuh hati dan perasaan, dan kerana juga  beberapa jam sebelumnya saya baru saja menonton dan terpesona dengan salah satu episod talk show paling popular di dunia, iaitu The Oprah Winfrey Show.

Dalam episod yang ditayangkan itu, fokus bual bicara adalah tentang diskriminasi terhadap umat Islam. Ceritanya tentang seorang lelaki dari AS yang benci terhadap Islam diajak tinggal bersama sebuah keluarga Muslim selama sebulan dan disuruh ‘menyamar’ sebagai seorang Muslim, lengkap dengan janggut dan pakaian yang dipakai oleh orang-orang Arab. Salah satu misinya adalah untuk mengetahui kehidupan seorang Muslim yang sebenarnya dan merasakan sendiri bagaimana menjadi seorang Muslim yang sering menerima diskriminasi oleh kebanyakan warga AS.

Pendek kata, dia dapat memahami dan mengalami sendiri bagaimana pahitnya menjadi seorang Muslim yang dicurigai hanya kerana memeliki janggut dan memakai pakaian islam yang sopan, padahal semua tuduhan itu sama sekali tanpa bukti. Dia telah berjalan jalan di kota dengan penampilan seperti itu, dan kebanyakan respon yang diberikan orang sekitar terhadapnya sangat menyakitkan. 

Bahkan sebagian besar warga AS yang diajaknya berbincang secara bersemuka menolak untuk tidak mendiskriminasikan umat Islam kerana mereka yakin dan percaya bahawa semua Muslim adalah pengganas. 
Di sudut lain, 30 hari yang dihabiskannya bersama sebuah keluarga Muslim benar-benar menunjukkan sebaliknya dari apa yang dia jangkakan selama ini. Dia merasakan bahawa keluarga itu sangat bahagia, walaupun banyak yang tidak difahami, namun dia mengakui bahawa banyak masalah dapat diselesaikan dengan ajaran Islam. 
Salah satu kisah yang paling menarik adalah ketika lelaki itu duduk berdua duaan dengan isteri tuan rumah di sebuah ruangan rumah. 
Kemudian tuan rumah datang dan mengatakan bahawa dalam Islam tidak dibenarkan berduaan duaan di tempat yang tidak mempunyai orang. Ini kerana pihak ketiga akan muncul iaitu Syaitan yang akan menggoda manusia melakukan maksiat.
Perkara ini di fikirkan oleh lelaki bukan islam tersebut dan berfikir ini adalah prinsip yang benar-benar gila. Tetapi di hadapan Oprah dan semua penonton di studio ketika itu, akhirnya dia mengakui bahawa prinsip hubungan diantara berlainan jantina dalam Islam seperti yang dialaminya benar-benar dapat menyelesaikan banyak masalah yang terjadi dalam pergaulan sosial di AS yang serba bebas. 
Pencabulan, perzinaan, sex songsang, sehinggakan penyebaran HIV / AIDS pun dapat dicegah dengan jalan Islam, lebih efektif daripada cara apa pun dan tidak memerlukan kos.
Pengakuan ini membuatkan saya terkejut mendengar pengakuannya. Saya tidak menyangka seorang bukan islam dengan begitu beraninya mengakui kebenaran Islam di hadapan jutaan penonton melalui televisyen. 
Walaupun saya mengakui keberanian Oprah dalam mengangkat cerita cerita yang kontroversi, saya tetap terkejut melihat bagaimana dia berani mengenengahkan cerita ini di sebalik arus media yang berterusan menghentam umat Islam yang dikatakan pengganas
Anda boleh melihat sendiri betapa buruknya Islam di pendangan mata kebanyakan orang. Oprah telah membuka jalan bagi syiar Islam, iaitu dengan membuktikan bahawa keteladanan akan menghancurkan semua kesimpulan dan tanggapan yang salah. 
Kalau mereka tidak mahu percaya pada kata-kata, maka buktikanlah dengan perbuatan. Buktikanlah bahawa umat Islam bukan pengganas. Kita harus membuktikan bahwa kita adalah sebenar-benarnya umat terbaik (khairu ummah) yang mampu memberikan penyelesaian bagi setiap masalah. Kita harus menjadi umat yang menyenangkan, bukan menjadi beban kepada dunia. 
Dan kita memang mampu memberikan penyelesaian yang paling bagus, asalkan kita terus berpegang pada Al-Qur’an dan Al-Hadits. Tidak ada petunjuk yang lebih jernih daripada keduanya. Sesungguhnya kebenaran adalah kebenaran. Tidak peduli ras mana pun, bangsa apa pun, atau bagaimana pun keadaannya, kebenaran akan selalu diterima sebagai kebenaran. Kalau mereka menolak, mungkin kerana mereka belum melihat buktinya. 
Tugas kita sekarang adalah memberi pembuktian.
wassalaamu’alaikum wr. wb.
Advertisements
Comments
2 Responses to “Oprah Winfrey Show Tonjolkan Kebenaran Islam”
  1. beejay berkata:

    syukran akhiy… nak share ini

  2. trah berkata:

    salam, boleh kalau nak tahu link untuk video ni? maksud sy, untuk episod dalam Oprah Winfrey Show ni. syukran

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,894 other followers

%d bloggers like this: