Perang Badar dan negara berkebajikan Madinah


Oleh Abu Firdaus

Rasulullah SAW adalah seorang yang mengelak konfrontasi. Daripada menyusahkan pengikutnya ditekan oleh Quraisy Mekah, maka lebih baik bagi mereka bMadinaherhijrah.Mulanya berhijrah ke Taif, kemudian ke Habsyah dan akhirnya di Madinah. Tidak pernah tercatat bahawa Rasulullah SAW mengisytiharkan akan kembali dan menakluki Mekah.

Gerakannya adalah bersifat dakwah dan bukannya berperang, apatah lagi menakluki wilayah. Tanah, kuasa dan harta bukan matlamatnya.Justeru apabila berdepan dengan tuntutan hendak melancarkan serangan ke atas kabilah Quiraisy sebagai suatu tuntutan keadilan mengambil hak golongan Muhajirin, maka tentunya perdebatan mengenai kewajaran perang dibincangkan oleh para sahabat.

Perang Badar sememangnya wajar. Hak orang Islam yang ditindas dan harta dirampas di Mekah tidak boleh dibiarkan. Merelakan kezaliman adalah suatu kezaliman.

Perang Badar memberikan kemenangan kepada umat Islam. Bukan itu saja, ghanimah perang itu merupakan tebusan kepada rampasan yang dilakukan oleh kuffar Quraisy.

Bermulalah jihad kecil dalam Islam. Sesiapa yang menyertai Perang Badar, mereka melakukan jihad dan mereka adalah Mujahid. Bila mereka terbunuh, mereka mati syahid dan dipanggil syuhada.

Namun begitu, Rasulullah SAW mengingatkan, pergi berperang itu jihad kecil, jihad besar atau jihad akbar adalah perang melawan nafsu syaitan dalam diri seseorang.
Maka wajar juga mereka yang berperang melawan nafsu syaitan dipanggil mujahid dan jika terbunuh dalam peperangan ini, mereka adalah syuhada.

Sekali lagi Rasulullah SAW menunjukkan bahawa pemerintahan Islam yang diasaskannya di Madinah itu adalah bersifat damai dan bukan perang. Perang hanya untuk mempertahankan dan menuntut hak.

Perang Badar mendedahkan Madinah kepada serangan balas. Maka sudah tentu orang Quraisy Mekah tidak berpuas hati, mereka mahu membalas dan menebus, maka berlakulah Perang Uhud.

Dengan keadaan begini, umat Islam bukan saja mesti pandai berdagang tetapi juga berperang. Peperangan juga membuka ruang keperluan menubuhkan sebuah kerajaan yang tersusun lengkap dengan jururunding dan diplomasi.

Kerajaan yang ditubuhkan ini pula perlu mempunyai dana untuk menguruskan bukan saja peperangan tetapi perdamaian. Umat mesti dilindungi daripada kesusahan perang dan mendapat sama manfaat damai.

Baitulmal atau rumah wang menjadi pejabat untuk menguruskan hal dana ini. Untuk pembiayaan, sumbernya adalah zakat dan sedekah.

Tetapi apa yang mendesak ialah kesan daripada peperangan kerana sudah tentu akan ada syahid, dan ia bererti munculnya balu-balu dan anak-anak yatim.

Kebajikan mereka menjadi keutamaan bagi pentadbiran Islam ini. Maka umat Islam digalakkan mengahwini balu-balu syuhada ini dan mengambil anak-anak angkat dari kalangan anak yatim.

Inilah asas kepada negara berkebajikan Madinah. Untuk itu digalakkan sedekah bagi memastikan balu-balu dan anak-anak syuhada dapat pembelaan.

Selain itu, diperincikan peraturan perwalian dan pewarisan meliputi faraid supaya kebajikan para keluarga syuhada ini dijamin. Apabila sistem kebajikan kerajaan Islam ini dapat dimantapkan, maka pemerintahan Islam dapat diperluaskan.

Umat Islam dan sesiapa yang menerima pentadbiran orang Islam harus dapat turut mendapat nikmat daripada negara. Orang miskin, fakir dan yang tidak berkeupayaan adalah kesemuanya mendapat pembelaan. Malah masjid Madinah menyediakan tempat untuk mereka yang tidak berumah.

Kemakmuran Madinah tersebar luas dan wilayah-wilayah lain yang tertindas dengan pemerintahan empayar Rom dan Parsi mula melihat Madinah sebagai kuasa untuk membebaskan mereka.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 17,645 other followers

%d bloggers like this: