Antara Sukan dan Ibadah


Semua orang suka hingga menjadi kegilaan dan sumber kekayaan. Main-main juga dan menang-menang juga, jangan lupa belajar dan motivasikan diri di sebalik permainan itu.
Ada banyak sangat pelajaran yang boleh dikutip daripada sukan ini antaranya:

Semua orang hendak kejar gol, bermati-matian pemain, jurulatih, pengurus pasukan apa lagi penyokong, melonjak-lonjak bertempik beri sokongan.

Apabila dapat gol, tak terkira suka hingga habis suara. Sebenarnya gol adalah matlamat dan semangat mengejar matlamat perlu disemangatkan.

Kita akan menjadi seronok apabila jelas dengan matlamat kita. Matlamat sebenarnya adalah hendak jadi hamba Allah dan apabila jadi hamba Allah, baru layak bergelar khalifah Allah.

Hendak laksanakan perintah Allah mesti dapat sokongan. Kalau pasukan bola ramai yang menyokong, maka pasukan agama yang nak melaksanakan agama kenapa tidak ramai pula yang menyokong? Program masjid dan surau lengang dan sunyi.

Main bola kena bijak atur strategi sebab itu pasukan sanggup berbelanja besar mencari jurulatih yang pintar mengatur langkah dan taktik. Apabila menang, jurulatih dulu yang dipuji dan apabila kalah teruk, si jurulatih yang dulu letak jawatan.

Nak capai satu matlamat dalam hidup, pernahkah kita merancang dengan teliti atau main sebat sahaja. Pernahkah buat kajian terlebih dahulu atau main tangkap muat sahaja?

Itu yang orang kata kalau kita merancang, sebenarnya kita sedang merancang kegagalan. Saidina Ali menyebut kebatilan yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang dibuat tanpa perancangan.

Banyak hidup kita gagal mencapai matlamat sebab lalai merancang, pelajar gagal, rumah tangga berantakan, pekerja tak mampu capai matlamat organisasi.

Kadang-kadang perancangan sudah elok tapi kita pula yang tak berdisiplin mengikut perancangan itu. Perang Badar sebagai contoh, Nabi mempunyai perancangan hebat tapi ada sahabat yang langgar arahan perancangan yang akhirnya menemui kegagalan.

Hantar bola sebenar samalah dengan bagi tugas. Hendak bagi bola itu kena tengok orang juga di mana kedudukannya. Hantaran biarlah tepat, jangan pula sampai tidak sampai.

Ada yang hantar bola tapi tak dapat kerana sepak tak sampai, ada yang bagi tugas tetapi tak sempurna, maklumat tak penuh, latihan tak ada, latihan tak cukup, itu sebab tak menjadi kerja.

Harapan kita terlalu tinggi sedangkan yang nak jalankan tugas tak tinggi keinginannya. Maka terlepaslah peluang kalau hantaran tak sampai.

Pemain mestilah kejar sikit dan berusaha lebih untuk dapatkan bola itu. Kalau tugas yang diberikan tak berapa, pekerja kena usaha lebih sikit dapatkan maklumat atau tanyalah orang yang lebih tahu supaya dengan ilmu itu dapat membantu.

Main bola sebenarnya adalah acara berpasukan, tak boleh main sendirian. Kalau kalah bersama tanggung sedih dan kalau menang dikecapi bersama dan menang secara berpasukan bukan pemain tertentu sahaja.

Semangat kerja berpasukan membuatkan yang berat sama di pikul manakala yang ringan sama dijinjing. Belajarlah jangan menyalah, memang teman dan rakan kita pernah buat salah, tapi jangan lupa dia juga pernah banyak kali buat yang betul, hidup jangan nak makan seorang saja.

Belajarlah berkongsi. Jangan saling mendengki nanti akan makan diri. Yang menjaringkan gol sebenarnya tak boleh bangga sangat sebab ramai lagi pemain di bawah yang sangat berjasa mengumpan dan mengumpan ke atas.

Kalau tak ada yang mengumpan, macam mana nak ada peluang? Sebenarnya kita banyak mengumpan dan memberi peluang kepada rakan dan sesama kita.

Membantulah jangan membuntu. Banyak projek tidak jalan sebab ramai yang tidak mengumpan. Buat masjid atau surau lambat saja siap, kenapa?

Sebab tak ada yang mengumpan derma, umpan pun sikit sahaja, banyak harapkan orang lain membantu. Orang kafir kalau nak bina gereja sekejap sahaja siap sebab banyak sangat yang nak umpan.

Main bola ajar kita supaya jangan dengki. Kenapa hendak dengki-mendengki? Dia yang jaring gol, bila menang sama-sama julang piala.

Masing-masing di posisi masing-masing laksanakanlah tugas dengan baik.

Kalau ada yang pemain di bawah dengki pada pemain di atas penyerang sebab dia saja yang berpeluang buat gol. Dek kerana dengki tak boleh buat gol, akhirnya rembat gol sendiri.

Alamat nak kalahlah tu. Ramai orang Islam yang rembat agamanya sendiri, buat dosa, rasuah, cerai berai, bunuh, rempit, buang anak dan sebagainya yang semua ini merosakkan imej Islam.

Islam yang indah ini jadi comot, selekeh dan buruk, tak menarik bukan Islam untuk menikmati keindahannya. Banyak sebenarnya pelajaran daripada permainan bola sepak ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 17,072 other followers

%d bloggers like this: