Bekas PM Britain baca Al-Quran setiap hari


LONDON – Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan
seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam,
al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar
semalam.

Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk
memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.

Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan
pada Sabtu lepas, Blair berkata: “Saya percaya adalah penting untuk kita
celik agama dalam dunia global masa kini.”

“Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk
memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih
penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna,” ujarnya.

Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan
Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat
bertamadun.

Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu. – Agensi

Advertisements
Comments
One Response to “Bekas PM Britain baca Al-Quran setiap hari”
  1. Habib Ahmad berkata:

    1. Malam Ini di Masjid Al Falah Bersama Al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith

    2. Majlis Mingguan bersama Habib Ali

    3. Program Pembacaan Kitab Sahih Bukhari Syeikh Fuad Kamaluddin Al Maliki

    4.Karnival Khazanah Alam Melayu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 17,072 other followers

%d bloggers like this: