TORIQAT SUFIYYAH DAN TASAWWUF – AMALAN RASULULLAH


Susunan : Tok Kelana

1.0 MUQADDIMAH
Serbu lima ratus tahun adalah satu jangka waktu yang panjang. Gunung2 telah menjadi busut. Sungai2 telah menjadi kering. Bumi telah kehilangan wajah aslinya. Namun warisan amalan Nabi صلى الله عليه وسلم tetap teguh. Tali Allah yang Nabi hulurkan akan tetap menjadi pegangan sebahagian Ummat yang cintakan Baginda. Allah tetap akan memelihara AgamaNya!

Istilah2 Toriqat Sufiyyah, Ahli2 Sufi, Ilmu Tasawwuf adalah diantara amalan Nabi صلى الله عليه وسلم yang menjadi bahan perhitungan sepanjang zaman. Ada yang mencemuh, ada yang menghina, ada yang salah gunakannya, ada pula yang mengambil kesempatan atas kelebihannya.

Sangat sedikit manusia yang berjalan di atasnya dengan kebenaran!

Banyak huraian2 telah di buat sebelum ini oleh berbagai pihak untuk merungkai masalah ini. Didalam kesempatan ini kita cuba melihat apa itu Toriqat Sufiyyah yang sebenarnya. Dari mana pengambilannya. Apa amalan2nya secara praktikal, tanpa berlebih-lebihan pada istilah2 yang sukar dengan cara yang mudah di fahami.

2.0 TA’RIF TORIQAT SUFIYYAH?

Sekalian Ulama Arif Billah, Ulama Ahlus Sunnah yang haq telah mengemukakan berbagai istilah dalan menta’rifkan Toriqat Sufiyyah. Kita cuba melihat sebahagian darinya :

i) “Toriqat Sufiyyah adalah Ilmu mengerjakan Zikrullah, Muraqabah (tafakkur/merenung) dan Mushadah (syuhud/menyaksikan) sehingga seseorang menjadi hamba Allah yang benar dalam Tauhidnya serta menjadi Ubudiyyah dengan sebenar Ubudiyyah

ii) “Toriqat Sufiyyah menerangkan cara2 seseorang menjalani jalan Ketuhanan sehingga menjadi hamba Allah yang sebenar sebagaimana yang dituntut oleh Allah”.

iii) “Toriqat Sufiyyah adalah Ilmu melatih jiwa seseorang hamba Allah sehingga ianya bercahaya dengan cahaya Rabbaniyyah. Dengan demikian membebaskan dirinya daripada sifat2 mazmumah (sifat2 kekejian) kemudian menghiasinya dengan segala sifat Mahmudah(sifat2 kepujian) serta menyucikan hatinya dari segala macam syirik khafi (syirik yang tersembunyi)”.

iv) “Toriqat Sufiyyah adalah satu disiplin Ilmu Keruhanian yang tersusun yang terdiri dari berbagai latihan keruhanian berdasarkan kitabullah dan Sunnah RasulNya. Dengan bersungguh-sungguh menjalani latihan ini seseorang hamba dibukakan oleh Allah Ta’ala (dengan RahmatNya) kepada hakikat Islam, Iman dan Ihsan.”

…….Dan banyak lagi makna-makna yang serupa yang diberikan oleh sekalian Arifin Billah yang semua ini tidak bertentangan. Sebaliknya menuju kepada satu matlamat iaitu kembalikan jiwa seseorang hamba kepada fitrah (asal kesucian diri) bebas daripada segala sesuatu selain Allah. Sehingga hanya Allah bertahta didalam hatinya.

3.0 ADAKAH IANYA BERSUMBERKAN AL-QUR’AN DAN SUNNAH NABI?

Seluruh Ilmu dan amalannya adalah diambil dari perjalanan Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bersumberkan wahyu Ilahi. Iaitu asas Ilmu ini diterima dari Nabi صلى الله عليه وسلم. Para sahabat Nabi dan Ulama2 yang mengikuti mereka kemudiannya menunjukkan cara2/kaedah2 beramal.

Dizaman Nabi masih hidup, amalan2 yang berkaitan dengan keruhanian ini wujud tanpa nama. Maksudnya Tariqat dan Tasawwuf adalah amalan Nabi صلى الله عليه وسلم , tetapi belum diberi nama dengan nama tertentu!

Sebagaimana juga disiplin ilmu2 Islam yang lain, istilah Toriqat Sufiyyah mula diperkenalkan oleh Ulama2 pada kurun pertama dan ke2 Hijrah sebagai suatu Disiplin Ilmu yang tersusun. Mereka telah menghimpunkan seluruh ilmu keruhanian ini menjadi satu Ilmu Islam yang tersusun dengan menunjukkan beberapa cara mengamalkannya dengan betul beradasarkan petunjuk Nabi.

bersambung Insya Allah….

Advertisements
Comments
One Response to “TORIQAT SUFIYYAH DAN TASAWWUF – AMALAN RASULULLAH”
  1. Habib Ahmad berkata:

    TURATH ULAMA’, yang akan disiarkan di TV1, bermula hari ini (Selasa), jam 6.30 petang. Berikut adalah perinciannya:
    Setiap hari Selasa (6.30 – 7.00 Petang)
    Kitab :
    Kitab Faridatul Fara’id
    (Kitab berkaitan Tauhid), karya Syeikh Ahmad al-Fathani.
    Pengajar :
    Ustaz Azhar Hasyim
    Setiap hari Rabu (6.30 – 7.00 Petang)
    Kitab :
    Kitab Munyatul Mushalli
    (Kitab berkaitab sembahyang), karya Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani.
    Pengajar :
    Ustaz Abdul Halim Saad

    LAIN2 MAJLIS ILMU : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

    Dapatkan Koleksi Kuliah Agama : http://www.facebook.com/pages/KOLEKSI-KULIAH-AGAMA/200225980001658

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 17,072 other followers

%d bloggers like this: