Pengharaman Injil Melayu atas keputusan kabinet 1986


Salinan kitab Injil yang dicetak di Indonesia tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia kerana keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri lebih suku abad yang lalu, kata Kementerian Dalam Negeri.

NONESetiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan Teks aL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad berkata kabinet pada Mei 1986 mengeluarkan arahan mengharamkan masyarakat bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah, Solat, Kiblat dan Kaabah.

Menurut Zaitun: “Ia bukan peraturan kementerian tetapi pihak pentadbiran perlu mematuhi keputusan kabinet.”

Kabinet, katanya tidak pernah membuat keputusan atau memberi kebenaran kepada kementerian untuk tidak lagi menahan 5,000 salinan kitab Injil yang disimpan di Pelabuhan Klang sejak Mac 2009.

“Kami juga tidak boleh mengambil sebarang tindakan (untuk tidak lagi menahan kitab berkenaan) kerana perbicaraan mahkamah dengan penerbitan Katholik, Herald masih tertangguh.

“Jadi sebarang tindakan akan membawa maksud sub judice (menghina mahkamah). Kita terpaksa hanya menunggu keputusan Mahkamah Rayuan,” kata Zaiton.

Injil dalam bahasa Melayu itu dikenali sebagai Perjanjian Baru, Mazmur dan Amsal.

Semalam, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mendakwa janji-janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa tiada pengharaman kitab Injil dalam bahasa Melayu, telah tidak dipatuhi oleh pihak berkuasa.

CFM, yang merupakan badan gabungan bagi semua kumpulan Kristian di negara ini berkata, Najib pada perjumpaan tahun lalu berkata kitab-kitab berkenaan akan dibenar diagihkan secara bebas sekurang-kurangnya di Sabah dan Sarawak.

Advertisements
Comments
One Response to “Pengharaman Injil Melayu atas keputusan kabinet 1986”
  1. ibrahimdiron berkata:

    kitab injil inggeris menyatakan nama tuhan agama kristian adalah Yewweh. Kenapa menggunakan nama Allah dalam kitab injil melayu. Tiada nama Allah dalam kitab injil cina. ini dapat dibuktikan masyarakat kristian di Malaysia adalah kristian ikut-ikutan. Adakah masyarakat kristian di Malaysia malu dengan nama asal tuhan kristian (Yewweh) atau sengaja menghina umat islam melayu dengan menggunakan nama Allah di kitab injil melayu? Masyarakat kristian di indonesia sekarang keliru dan merasa sangsi akan kebenaran agama kristian kerana menggunakan nama Allah sebagai tuhan kristian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 17,072 other followers

%d bloggers like this: