Artifak kesenian Islam China


Oleh ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA

Tempat bara cloisonne berenamel China abad ke-19 Masihi.

 


 

Masyarakat Asia Barat telah mengetahui tentang kepentingan tamadun China semenjak zaman sebelum Islam lagi. Ketika zaman Rasulullah SAW, China telah disebut dalam sebuah pepatah arab iaitu, ‘tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China’.

Ini jelas menunjukkan bahawa kehebatan tamadun China telah tersebar luas ketika itu. Masyarakat Asia Barat direkodkan telah menetap di wilayah di bawah pemerintahan Maharaja China sejak dari abad ketujuh Masihi sewaktu pemerintahan Dinasti Tang.

Dokumen Dinasti Tang merekodkan tarikh rasmi Islam sampai ke China ialah ada tahun 651 Masihi apabila tiga utusan khalifah Uthman r.a yang diketuai oleh Sa’ad Ibn Abu Waqqas yang merupakan bapa saudara Rasulullah s.a.w dan juga sahabat baginda telah datang mengadap maharaja China untuk tujuan menjalin hubungan diplomatik.

Pada hakikatnya, hubungan perdagangan antara China dan Asia Barat adalah cara utama Islam sampai ke China. Dua jalan perdagangan yang paling penting ketika itu ialah Jalan Sutera yang bermula dari wilayah pemerintahan China merentasi Asia Tengah sebelum sampai ke Asia Barat.

Jalan yang kedua ialah jalan laut yang melalui Lautan Hindi dan Kepulauan Melayu sebelum sampai ke China. Orang Islam dikenali sebagai Ta-Shih yang bermaksud golongan yang memakai baju hitam dalam catatan laporan tahunan Dinasti Tang.

Selain perdagangan, banyak lagi peristiwa yang menyebabkan pertembungan budaya dan seni antara Islam dan China yang telah menghasilkan barangan kesenian Islam yang unik dalam kelasnya yang tersendiri.

Walaupun China tidak diperintah oleh dinasti Islam tetapi kesenian Islam tetap berkembang dan menyumbang kepada pemerkayaan seni dunia Islam keseluruhannya.

Barangan kesenian Islam China menggabungkan teknik pembuatan tradisional dan motif Islam seperti barangan seramik dan logam yang digunakan oleh masyarakat Islam China. Barangan seramik China yang diiktiraf kualitinya di seluruh dunia terutamanya sewaktu pemerintahan Dinasti Ming (1368-1644 Masihi) telah menjadi barangan koleksi pemerintah beberapa empayar Islam.

Barangan seramik biru putih terutamanya menjadi pilihan utama dalam permintaan barangan dagangan dari China. Masyarakat Islam China telah memberikan sentuhan keindahan Islam dengan menggunakan tulisan khat sebagai motif hiasan barangan seramik biru putih yang dihasilkan. Antara pilihan ayat yang sering digunakan ialah syahadah, nama Nabi Muhammad SAW dan para sahabat.

Motif bunga tempatan seperti bunga teratai dan bunga plum turut diabadikan di atas barangan seramik yang dihasilkan seperti teko teh dan pinggan mangkuk.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 17,072 other followers

%d bloggers like this: