Saidatina Khadija tokoh ikutan wanita terbaik


Oleh Nik Mustapha Nik Hassan
Isteri Rasulullah contoh keperibadian tulang belakang kejayaan suami, kebahagian keluarga

KONTEKS kehidupan masa kini, manusia sangat perlu kepada seorang tokoh ikutan. Tanpa tokoh ikutan, manusia akan mengalami cara hidup tidak sempurna dan mengelirukan kerana gagal menonjol serta menghayati tokoh ikutan sempurna.

Allah SWT mencipta lelaki dan wanita untuk berganding tenaga memartabatkan ajaran Islam. Lelaki dan wanita pada fitrahnya saling memerlukan satu sama lain. Tanpa peranan dan sokongan wanita tidak akan sempurna kehebatan lelaki dan begitu juga sebaliknya.

Di samping kehebatan Nabi SAW sebagai manusia terulung, ada wanita sejak awal hidup dewasa Baginda berkongsi kehidupan sebagai isteri yang banyak berperanan. Beliau memberi kasih sayang dan bantuan besar kepada kejayaan perjuangan Nabi SAW.

Tokoh yang dimaksudkan ialah Saidatina Khadija Binti Khuwaylid, individu serta wanita pertama memeluk agama Islam. Bahkan, Khadija adalah salah seorang daripada empat pemimpin wanita penghuni syurga yang terulung dicipta Allah bersama Fatimah binti Muhammad, Aasiyah binti Mazaahim (isteri Firaun) dan Mariam Binti Imraan (ibu kepada Isa).

Bagi wanita, tokoh peribadi Saidatina Khadija sudah pasti tokoh ikutan terbaik. Selain menjadi isteri kepada Nabi SAW, Khadija adalah penasihat dan pembekal kewangan kepada perjuangan Nabi SAW.

Sebagai isteri kepada Nabi SAW selama 25 tahun, Khadija mampu memberi kasih sayang berpanjangan dan perkongsian hidup mereka dikurniakan Allah SWT, dua putera dan empat puteri. Malah, setelah Khadija wafat, Nabi SAW tidak putus-putus mengingati beliau.

Nabi SAW apabila ditanya oleh Saidatina Aisha mengenai kehebatan Khadija bersabda yang bermaksud: “Beliau mempercayai kepadaku ketika tiada siapa yang berbuat demikian; beliau menerima Islam ketika masyarakat menolakku dan beliau membantu dan menghiburku ketika tiada siapa yang ingin memanjangkan pertolongan kepadaku.”

Khadija adalah penasihat terulung dalam permulaan tugas Nabi SAW dan 15 tahun sebelum kenabian, beliau berjaya sebagai isteri mewujudkan sebuah keluarga stabil dan harmoni sehingga apabila tugas kenabian dikurnia Allah kepada Muhammad, baginda tidak dibebani urusan keluarga.

Kesempurnaan rumah tangga adalah asas dan prasyarat untuk suami mampu berperanan secara aktif serta berkesan dalam tugas terhadap masyarakat.

Apabila Nabi SAW menerima wahyu di Gua Hira, Khadija secara positif memberi segala rangsangan kepada Baginda tanpa sekali-kali menunjuk kebimbangan, bahkan memberi inspirasi meyakinkan Nabi wahyu diterima adalah petanda tugas kenabian.

Khadija berkata: “Jangan bimbang, kepada-Nya yang memiliki jiwaku, saya berharap kamu adalah nabi kepada kaum ini. Allah SWT tidak akan menghina kamu kerana kamu berbuat baik kepada ahli keluarga, kamu jujur dengan bersikap benar dengan kata-katamu, Kamu membantu yang memerlukan pertolongan, kamu menyokong golongan lemah, kamu menyedia makanan kepada tetamu dan kamu bersimpati kepada mereka yang menghadapi kesusahan.”

Ungkapan itu mengajar kita, jika menghayati sifat mulia seperti Nabi SAW, sudah pasti Allah SWT akan bersama kita. Pertolongan Allah adalah paksi kepada kejayaan dalam kesemua aspek kehidupan.

Apabila wahyu seterusnya diterima Nabi SAW dari Jibril yang menugaskan baginda memanggil manusia beribadat kepada Allah SWT, Khadija dengan serta merta menerima Islam. Kemampuan Khadija memahami dan meyakini kebenaran kenabian Nabi SAW adalah sifat mulia tiada tolak banding kerana pada masa itu tiada siapa beriman kepada Allah SWT selain Nabi.

Sifat cepat peka dan cinta kepada kebenaran Khadija menggambarkan beliau memiliki kebolehan intelek yang tinggi dan murni. Khadija terus menerus tidak jemu-jemu menyokong perjuangan Nabi SAW menyebarkan kalimah Ilahi.

Tentangan demi tentangan dihadapi Nabi SAW terus mendapat sokongan dan bantuan Khadija dari semua aspek termasuk pertolongan buah fikiran, tenaga, harta benda, demi melihat tugas Nabi mencatat kejayaan demi kejayaan di dunia, seterusnya di alam akhirat.

Masyarakat Islam kini wanita atau lelaki perlu peka bahawa ketokohan Khadija daripada perwatakan serta peranannya adalah untuk dicontohi khususnya golongan wanita jika mahu berjaya menepati kehendak Islam.

Umat Islam kini perlu kepada tokoh peribadi yang unggul dalam semua aspek kehidupan untuk mereka contohi. Kemampuan menghayati nilai luhur peribadi agung ini akan menghasil kejayaan kepada umat Islam masa kini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 17,645 other followers

%d bloggers like this: