Isu Azan : Peguam mohon maaf


Oleh Haspaizi Mohd Zain, Siti Haliza Yusop dan Lum Chee Hong

KIAN NAM (kanan) bersalam dengan Ikram selepas mohon maaf berikutan isu laungan azan di Kampung Kerinchi,  semalam.
KIAN NAM (kanan) bersalam dengan Ikram selepas mohon maaf berikutan isu laungan azan di Kampung Kerinchi, semalam.

Kian Nam akui keliru antara panggilan solat, kuliah Subuh

KUALA LUMPUR: Peguam yang didakwa membantah kelantangan laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, di sini, Ng Kian Nam semalam memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini berhubung kontroversi itu.

 

Beliau yang mengadakan pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak pengurusan masjid berkenaan, mengakui kesilapannya itu disebabkan kerana kurang kefahaman mengenai laungan azan.

 

Katanya, surat yang dihantar kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebenarnya bukan untuk membantah kelantangan laungan azan, sebaliknya mahu kuliah Subuh di masjid itu diperlahankan.

“Saya memohon maaf dengan hati tulus dan ikhlas. Melalui sesi dialog dengan persatuan tempatan di kawasan ini membuatkan saya cukup gembira kerana memberi pengajaran dan pengetahuan mengenai Islam dengan lebih jelas.

“Saya berharap kita semua dapat hidup dalam suasana aman, bukan saja di Pantai Dalam tetapi mana-mana bahagian di seluruh Malaysia,” katanya selepas pertemuan itu di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Pengerusi Masjid Al-Ikhlasiah, Ikram Mohd Yusof.
Kian Nam berkata, buat masa ini beliau terpaksa menetap di kawasan lain terlebih dulu selepas isu berkenaan tercetus kerana bimbang keselamatan dirinya.

Bagaimanapun, selepas isu itu diselesaikan dan penduduk di kawasan berkenaan boleh menerima permohonan maafnya, beliau akan kembali menetap di Lembah Pantai.

Ditanya mengenai keahliannya dalam parti MCA, beliau mengakuinya dan mendakwa surat yang dihantar kepada JPM adalah berdasarkan kepada kapasiti dirinya sendiri, bukannya mewakili parti itu.

Sementara itu, Raja Nong Chik, berkata apa yang berlaku itu perlu dijadikan iktibar selain menasihati orang ramai di negara ini supaya tidak mensensasikan isu berkenaan kerana ia boleh menggugat keharmonian negara.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz menghantar memorandum kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menuntut penjelasan berhubung kontroversi itu.

Dalam perkembangan sama, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, berkata tindakan peguam itu yang juga ahli MCA meminta laungan azan diperlahankan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi baru-baru ini tidak mewakili suara keseluruhan parti itu.

Katanya, MCA yang mempunyai kira-kira sejuta ahli tidak bermakna apabila seseorang itu (ahli) bercakap akan menggambarkan pendirian MCA dan isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan.

“Contohnya, Parti UMNO yang mempunyai keahlian tiga juta orang tidak bermakna seseorang itu bercakap sama seperti yang diperkatakan Perdana Menteri,” katanya selepas merasmikan Kempen Galakan Mempelajari dan Menduduki Peperiksaan Mata Pelajaran Bahasa Cina di Ibu Pejabat MCA di sini, semalam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,894 other followers

%d bloggers like this: