Craig sering terima belas kasihan Allah


Susunan ZUARIDA MOHYIN

BERKENALAN dengan seorang teman sekerja yang beragama Islam, telah menyedarkan Craig Robertson atau nama Islamnya, Abdullah Al-Kanadi bahawa orang Islam itu tidaklah sejahat seperti yang digambarkan terutama oleh media Barat.

Apa tidaknya, sikap teman barunya yang tidak suka menyumpah, tidak cepat melenting, tidak mudah marah, sentiasa tenang, baik dan menghormati orang lain, secara total telah mengubah persepsi negatifnya yang sebelum ini terpateri sisi gelap umat Islam.

Malah, ciri-ciri terpuji itu jugalah memikat hati Craig untuk membawa misi barunya iaitu mengkristiankan teman baru Islamnya itu.

Lantaran itu, waima ketika ramai di kalangan teman-teman sekerjanya memulaukan lelaki Islam itu, Craig lebih selesa berdebat dan bertukar-tukar pandangan berkisar mengenai agama masing-masing.

“Sungguhpun pada ketika itu, saya telah berputus asa dengan agama kepercayaan nenek moyang saya itu, namun apabila sentiasa diasak dengan pelbagai persoalan, saya masih berusaha menegakkan agama Kristian yang saya peluk dan saya percayai suatu ketika dahulu sebelum saya selesa dengan keadaan tanpa pegangan mana-mana agama.

“Masalahnya, semakin lama berjalannya perbincangan kami, saya dapat rasakan yang hujahan saya semakin hambar berbanding dengan hujah tentang Islam. Pada satu peringkat, perasaan geram dan marah saya tidak dapat dibendung lagi. Ini kerana, saya dapat rasakan agama Islam itu semakin jelas kebenarannya dan semakin bukan sahaja diterima akal tetapi ia serasi dengan fitrah manusia itu,” cerita Craig.

Hal ini menyedarkan Craig bahawa insiden itu tadi mempunyai tujuan tertentu yang dia sendiri tidak berapa pasti arah tujuannya. Justeru, dia tidak putus-putus berdoa agar diberikan petunjuk dan reda dengan segala kehendak penciptanya.

Kata Craig lagi, dia reda dengan mana-mana agama yang terbaik tetapi, sebaik habis pengucapan doanya itu, Craig sudah tahu jawapannya.

Keesokkan paginya, ketika sampai ke tempat kerjanya, dia terus berjumpa dengan teman Muslimnya itu dan terus menyuarakan hasratnya untuk memeluk agama Islam. Sepantas kilat, diri Craig didakap erat teman Muslimnya itu sambil melaungkan Allahu Akbar! Saat itulah bermulanya perjalanan Craig sebagai seorang Muslim.

Tambah Craig, melihat rentetan peristiwa yang berlaku di dalam hidupnya itu, dia akui bahawa dirinya telah dipersiapkan terlebih dahulu untuk bergelar Muslim.

“Saya telah dipertunjukkan dengan bermacam-macam belas kasihan daripada Allah. Dalam banyak perkara yang dialami di dalam kehidupan saya ini, hakikatnya banyak yang perlu dipelajari.

“Memang agama Islam itu sungguh cantik. Setiap pengharaman seperti mengharamkan seks bebas, minuman keras dan arahan pemakaian hijab, ada hikmah di sebaliknya.

“Bergelar mualaf memang kita tidak boleh lari daripada pelbagai cabaran. Malah saya yakin bukan saya seorang yang berada dalam situasi sebegini tetapi semua orang perlu menghadapinya, cuma kadarnya sahaja berbeza-beza.

“Sesungguhnya, menerusi pelbagai tekanan inilah, menjadikan kita seorang yang lebih kuat, belajar daripada pengalaman dan sentiasa bergantung kepada Allah SWT.

“Bagi mereka yang menerima hidayah Allah, sesungguhnya bersyukurlah kerana kita telah terpilih untuk menerima Islam dan inilah anugerah yang paling berharga, sama ada di dunia dan di akhirat.

“Maka janganlah kita mempersia-siakan hidayah yang dikurniakan itu. Malah dengan sinar Islam ini jugalah saya telah kembali bersatu dengan keluarga,” kata Craig sambil berpesan supaya sentiasa bersabar dan yakin pada Allah, walaupun seseorang mualaf itu menerima layanan buruk.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 16,894 other followers

%d bloggers like this: