Beza kemeriahan raya korban dengan raya puasa

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh SELAMAT menyambut Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat. Takbir berkumandang dan suasana ziarah menziarahi masih rancak diadakan. Majlis ibadat korban ternakan masih menjadi tarikan terutama kanak-kanak dan remaja untuk melihat dari dekat binatang ditarik, diikat dan disembelih tapi bagaimana pengagihan daging korban berlangsung? Namun, dalam kemeriahan itu ramai terpaksa menyambutnya dengan … Teruskan membaca

Angin rindu Sarajevo

Oleh JUFITRI JOHA Bangunan fakulti Pengajian Islam Universiti Sarajevo.     SELEPAS 15 tahun berlalunya peristiwa tragik Perang Bosnia, Sarajevo kelihatan tenang dan terus meniti hari hari gemilang sebagai sebuah ibu kota yang masyhur dengan jolokan Jerusalem Eropah. Kehadiran saya di bumi Balkan ini bagi menghadiri persidangan The Future of Faith in the Age of … Teruskan membaca

Hab hiburan malam beringat sebelum turun laknat Allah

Dari: Solleh al-FatimiMemacu ekonomi negara. Itulah hasrat yang ingin dicapai dalam Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak. Namun sungguh memalukan dan mengaibkan apabila cadangan yang terkandung dalam ETP merangkumi penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, penganjuran konsert hiburan mega dan melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa. Tindakan ini adalah … Teruskan membaca

Siti Aishah perawi hadis

Susunan SITI AINIZA KAMSARI SEBELUM lebih jauh kita pergi merentasi sejarah perkembangan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah di Madinah dan ancaman-ancaman luar dan dalam yang begitu menguji kepimpinan baginda, ada baiknya kita mengenali satu lagi nama yang cukup besar tidak sahaja dalam hidup baginda, malah dalam Islam keseluruhannya. Beliau ialah Saidatina Siti Aishah Abu Bakar, … Teruskan membaca

Dakwah seni Peter

Susunan ZUARIDA MOHYIN SIAPAKAH gerangannya insan yang bernama Peter Gould ini? Melihat kepada komen-komen yang diberikan kepadanya sedikit sebanyak menggambarkan bahawa dia memiliki bakat uniknya dalam melihat keindahan Islam menerusi medium seni. Peter Gould ialah seorang pereka grafik dan artis digital yang beroperasi di Sydney, Australia. Menerusi jelajah dan pengajiannya ke Asia Barat sejak tahun … Teruskan membaca

Kesabaran jadi pengukur darjat keimanan umat Islam

SEORANG lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh. Kemudian Baginda menjawab: “Sekiranya benar seperti yang engkau katakan itu maka seolah-olah … Teruskan membaca

Ibadat saie Safa ke Marwah lambang kecekalan, ketakwaan

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi FIRMAN Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Safa dan Marwah itu sebahagian daripada syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa menunaikan ibadat haji ke Baitullah atau mengerjakan umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) antara kedua-duanya. Dan sesiapa suka rela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, … Teruskan membaca

Hab hiburan tambah lagi penyakit barah sosial masyarakat

Ahmad Afif Ahmad Mohtari Yasim Merujuk kepada tulisan Yang Dipertua MPMUM bertarikh1 November 2010, pihak MPMUM telah menyatakan pandangan bahawa mereka menyokong rancangan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam bagi memacu Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang digagaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Selaku wakil mahasiswa Islam, saya tidak bersetuju dengan pendirian … Teruskan membaca

Jabir gemar menjamu tetamu

JABIR bin Abdullah adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad. Beliau sudah berumah tangga. Beliau seorang yang berhati mulia. Semasa orang Islam di Kota Madinah sibuk menyelamatkan Madinah daripada serangan kafir Quraisy Mekah, salah satu kaedah yang digunakan ialah menggali parit. Ia bertujuan menghalang serangan musuh Islam. Idea menggali parit itu dicadangkan oleh Salaman al-Farisi. Menurut … Teruskan membaca

JAKIM diarah siasat agama bapa murid bawa sosej babi

Kerajaan telah mengarahkan bahagian penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyiasat status agama bapa seorang kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata selepas mengenal pasti status Beginda Anak Minda atau Noor Azman Abdullah, siasatan boleh dijalankan terhadap dakwaan … Teruskan membaca

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,618 other followers