Usamah bin Zaid jadi panglima perang ketika remaja

Usamah menentang musuh Islam SEBELUM Nabi Muhammad meninggal dunia, beliau membentuk satu angkatan tentera yang diketuai oleh Usamah bin Zaid. Angkatan tentera itu dibentuk bagi menentang penduduk Ghassan. Ghassan adalah sebuah daerah jajahan Rom Timur. Permusuhan Rom disebabkan oleh tindakan mereka membunuh utusan Nabi Muhammad. Permusuhan itu membawa kepada Perang Mu’tah. Dalam peperangan itu, beberapa … Teruskan membaca

Kesabaran jadi pengukur darjat keimanan umat Islam

SEORANG lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh. Kemudian Baginda menjawab: “Sekiranya benar seperti yang engkau katakan itu maka seolah-olah … Teruskan membaca

Konsep tahlil dalam Islam

MAJORITI ulama dunia menerima tahlil sebagai amalan yang membolehkan pahala ibadat ini disedekahkan kepada orang yang telah meninggal dunia. Meskipun terdapat pandangan berbeza mendakwa tahlil sebagai bidaah (amalan ibadat sekarang yang tidak ada secara khusus dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW), ulama terkemuka menerima konsep tahlil. Pensyarah Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) … Teruskan membaca

Hakim bin Hizam tidak lagi meminta-minta

HAKIM bin Hizam adalah sahabat Nabi Muhammad SAW. Beliau memiliki tubuh yang sasa dan mampu melakukan kerja-kerja berat tetapi beliau enggan berbuat demikian. Nabi Muhammad suka pada orang yang suka bekerja dan tidak malas. Walaupun Hakim seorang yang kuat dan dapat bekerja, beliau mempunyai sikap yang tidak dapat dielakkan pada dirinya. Beliau suka meminta-minta barang … Teruskan membaca

Hidayah milik Allah

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI Mukadimah Sheikh al-Maraghi berkata: “Sesungguhnya Allah SWT menerangkan bukti-bukti kekuasaan-Nya, menarik perhatian golongan pengingkar agar memerhatikan tanda-tanda kekuasaan dan kemampuan-Nya mengatur alam ini, kemudian Dia mencela keingkaran dan kegagalan mereka dalam kebatilan dengan hujah yang terang dan bukti jelas, lalu disusuli dengan perintah-Nya kepada Rasulullah SAW agar mengingatkan mereka dengan … Teruskan membaca

Pengalaman di Arab Saudi bawa Gray peluk Islam

Susunan SITI AINIZA KAMSARI APABILA Nabi Musa a.s hendak bertemu dengan Allah di Bukit Tursina, seluruh gunung-ganang di situ bergoncang hebat umpama gempa bumi yang sangat kuat. Malah ia dikatakan hancur sehingga tidak berbekas akibat tidak dapat menahan cahaya apabila Allah akhirnya menampakkan sedikit daripada zat-NYA. Nabi Musa sendiri sangat terkejut, seluruh badannya gementar dengan … Teruskan membaca

Nabi Yunus yang kecewa

DAN mengapa tidak ada (penduduk) suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan daripada mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai kepada waktu tertentu. (Yunus: 98) Terdapat sebuah negeri yang bernama Ninawa yang mana kebanyakan penduduknya … Teruskan membaca

JAKIM jelas kekeliruan tarikh korban

Oleh Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz Sukacita Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memberikan maklum balas mengenai kekeliruan tempoh masa menjalankan ibadah korban yang timbul baru-baru ini. JAKIM ingin memaklumkan bahawa Ibadah korban boleh dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh Malaysia bermula dari selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah dan pada hari tasyrik, iaitu … Teruskan membaca

Pendaftaran pakej cuti Sekolah/IPT ditutup

Pendaftaran pakej pengajian khusus sempena cuti sekolah /IPT iaitu Pondok Intensif di Pondok Tunjung 27 November – 11 Disember 2010 dan program Halaqah Ilmu 4 – 18 Disember di Pondok Pasir Tumboh sudah penuh ditempah oleh peserta dan pihak penganjur tidak lagi menerima sebarang pendaftaran yang baru Peringatan bagi yang telah menempah tempat bahawa pembayaran … Teruskan membaca

Misteri Parsi diresapi budaya Arab terungkai

Oleh Mohd Radzi Othman Pengaruh Islam tukar imej, peradaban SAAD bin Abi Waqqas menghitung jumlah penduduk daerah Ctesiphon ketika beliau membuka kota itu kira-kira 137,000 orang namun bangsa berkenaan lenyap selepas berlalu beberapa waktu. Persoalannya ke mana hilang seluruh bangsa Parsi itu? Ibn Khaldun berkata, sesuatu bangsa yang sudah dikalahkan dan berada di bawah kekuasaan … Teruskan membaca

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,727 other followers