FADHILAT BUAT JAMUAN BERBUKA


 

1. Daripada Anas telah berkata: talah ditanya Wahai Rasulullah! apakah sedekah yang lebih afdhal? sabda S.A.W yang bermaksud : Sedekah pada bulan Ramadhan

Riwayat imam Tarmizi, Al-Baihaqi, Ibn jauzi dan Al-Baghawi –

2. Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni telah berkata: talah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa adalah baginya pahala sebagaimana orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang berpuasa sesuatu, dan sesiapa yang menyiapkan untuk orang yang pergi berperang atau mengalihnya pada ahli keluarganya adalah baginya seperti pahalanya tanpa berkurangan daripada pahalanya sesuatu.

Riwayat imam Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e, Ibn Majah, Ibn Habban, Ahmad dan Al-Baihaqi-

 

Pengajaran hadis

1. Memberitahu kita mengenai kelebihan bersedekah pada bulan Ramadhan.

2. Bagi mereka yang membuat jamuan berbuka maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa menjejaskan pahala orang yang berpuasa itu(tetamu).

3. Digalakkan agar kita membuat jamuan kepada orang yang berpuasa.

4. hadis juga menekankan berkenaan kelebihan bagi mereka yang menyiapkan segala kelengkapan bagi mereka yang keluar berperang iaitu dia akan mendapat pahala sebagaimana mereka yang keluar berperang.

5. Dalam mengadakan jamuan, kita dilarang membazir malah kita hendaklah melakukannya mengikut kemampuan yang ada.

 

Bibiografi

1. Fadhailul Awqat oleh imam Baihaqi

Comments
4 Responses to “FADHILAT BUAT JAMUAN BERBUKA”
  1. faisol berkata:

    terima kasih sharing info/ilmunya…
    saya membuat tulisan tentang “Mengapa Pahala Tidak Berbentuk Harta Saja, Ya?”
    silakan berkunjung ke:

    http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/08/mengapa-pahala-tidak-berbentuk-harta.html

    salam,
    achmad faisol
    http://achmadfaisol.blogspot.com/

  2. mashadi masyuti berkata:

    Salamun Alaikum:
    1.Kita sering mndengar kalimah Afdhal dalam banyak hadis2 Nabi saw, tapi apa maknanya ye?
    Ada orang yang bermati2an mengajak manusia untuk mendapatkan fadhilat2 tu, apa ye maknanya ye?
    2. sanad2 hadis kenapa selalu tak diberatkan ia. kan ilmu tu.
    wallahuaalam.

  3. mashadi masyuti berkata:

    1. Sedekah ni bahasa arab kan, apa makna sedekah ye? bukan terjemahan bahasa tapi tanya maknanya? mumkin para ustaz yang ada disini mengerti maknannya ye? seronoknya jika kita beribadat dengan tahu maknanya ye? tk wslm.
    2. kenapa kita jarang menggunakan nama infak ye sedangkan albaqaroh menyebutnya dengan kalimah infak?
    apakah ada makna berlainan dengan kedua makna kalimah tu, sedekah dan infak. wallahuaalam. tk wslm

  4. mashadi masyuti berkata:

    – Riwayat imam Tarmizi, Al-Baihaqi, Ibn jauzi dan Al-Baghawi –

    1. Imam tarmizi tu sebut hadisnya dalam kitab apa ye?
    2. aL Baihaqi ini sapa ye anak ustaz Atiqullah ke? dalam kitab apa ye imam baihaqi kata tu ye.
    3. apa nama kitab Ibnu Jauzi tu ye?
    4. Al Bughawi pula nyatakan hadis ni dalam kitab apa ye?
    minta jasa baik ustaz2 beri jawabannya? saya amat rindukan jawabannya. tk.wslm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,618 other followers
%d bloggers like this: