Kemusnahan akibat bencana timpa semua manusia


RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Bakal ada tentera yang akan menyerang Kaabah, tetapi ketika mereka sampai di suatu tempat lapang, tiba-tiba ia dibinasakan semuanya, baik yang pertama hingga yang terakhir. Aisyah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana dibinasakan semuanya, pada hal di situ ada orang yang tidak ikut serta, iaitu orang yang sedang di pasar dan lain-lainnya? Jawab Nabi: Dibinasakan semua, kemudian dibangkitkan menurut niat masing-masing.” (Hadis riwayat Bukhari Muslim)

Kebinasaan yang menimpa pada suatu daerah akan mengenai yang bersalah dan tidak bersalah, orang baik dan yang tidak baik, ia akan mengenai semuanya apabila kecelakaan itu berlaku.
Pada satu zaman, akan berlaku serangan atau pertempuran antara golongan atau puak di tempat yang disasarkan menyebabkan ramai terkorban atau cedera akibat pertempuran itu.
Perhitungan atau balasan di akhirat kelak hanya terhadap mereka yang bersalah. Bagi semua pejuang akan menerima perhitungan menurut niatnya, yang baik akan menerima balasan baik manakala perjuangan yang jahat menerima balasan kejahatannya di akhirat kelak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,618 other followers
%d bloggers like this: