Bukti cinta Nabi Muhammad s.a.w


DIRIWAYATKAN daripada Umar bin al-Khattab, beliau berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku. Lalu Rasulullah SAW berkata: Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri. Umar pun berkata: Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku. Baginda berkata kepada Umar: Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!” (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah SAW adalah orang yang paling berhak dicintai daripada sekalian makhluk di dunia ini. Mencintai Baginda tidak mencukupi hanya menyatakan dengan lisan tetapi hendaklah dibuktikan melalui perbuatan dan amal seperti mempraktikkan sunnahnya serta melaksanakan segala ajarannya.

Orang yang sentiasa menjaga akhlaknya dan mencontohi peribadi Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak akan mendapat ganjaran syafaat daripada Baginda.

Kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menyuburkan iman di jiwa dan memastikan bahawa setiap perbuatan dilakukan tidak bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh Baginda SAW.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,618 other followers
%d bloggers like this: