AJL 24 unsur illuminati dan Freemason?


Oleh SY MUSSADDAD MAHDI

 

ALYAH yang mengenakan persalinan merah, sama seperti Lady In Red.

 

Kehangatan Anugerah Juara Lagu yang ke-24 sudah dua minggu berlalu, tiba-tiba khalayak dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat dalam blog milik seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan mengenai unsur-unsur negatif yang dapat dilihat dengan jelas sepanjang acara itu berlangsung.

Bagi yang sudah membaca blog tersebut, ada yang terkejut dengan pendedahan itu. Dan bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan sendiri, Pancaindera cuba merungkai apa yang yang cuba didedahkan penulis blog tersebut dengan lebih terperinci.

Dalam blog yang ditulis oleh penulis yang hanya dikenali sebagai Sufian itu, ada enam perkara yang menimbulkan keraguan terutama melibatkan set pentas AJL 24 yang dikatakan mirip kepada gerakan Freemason dan Illuminati.

Apakah yang dimaksudkan dengan Freemason dan Iluminati?

Tujuan tertubuhnya Freemason dan Illuminati dan macam-macam lagi pertubuhan rahsia adalah ke arah pembetukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan. Bukan senang ingin mengawal satu dunia disebabkan perangai dan sifat manusia yang bermacam, jadi mereka perlu meletakkan asas-asas yang kukuh supaya perancangan ini menjadi kenyataan.

Persoalannya, mungkinkah semua ini satu kebetulan atau AJL memang sengaja dirancang ke arah menyokong gerakan berkenaan? Seperti mana dipaparkan penulis blog berkenaan, terlalu banyak persamaan yang dipaparkan oleh krew penerbitan AJL yang menyerupai ajaran berkenaan.

Antara yang paling menarik perhatian sudah tentu melibatkan set pentas ketika persembahan Datuk Siti Nurhaliza yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason.

Selain itu turut dipersoalkan kenapa pakaian penari-penari memakai kostum seperti di zaman Firaun sedangkan sudah diketahui ia bukan budaya yang harus ditonjolkan.

Anda mungkin sudah tahu mengenai The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor. Ia digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang ternyata bertentangan dengan agama Islam.

Ironinya, ramai pemain gitar pada malam AJL 24 menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet dan imej yang jelas kelihatan semasa persembahan kumpulan Hujan. Adakah ini satu kebetulan?

Mohammad Sufian Talib juga mendakwa wujudnya keraguan lain seperti pakaian yang dipakai oleh Alyah yang mirip kepada Lady In Red, lambang kumpulan Search yang menyerupai lambang Illuminati dan imej piramid tergambar pada pentas.

About these ads
Comments
15 Responses to “AJL 24 unsur illuminati dan Freemason?”
  1. shafifah berkata:

    Majlis Ta’lim Darul Murtadza pimpinan al-Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin : http://wp.me/piAx4-15U

    Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad : http://wp.me/piAx4-167

    Kemelut Pemikiran Agama : http://wp.me/piAx4-15S

    Kajian (nama Allah) bawa paderi kepada Islam ! : http://wp.me/piAx4-15P

    KALIMAH ALLAH : BUKAN BERMAKNA ‘GOD’ SEMATA-MATA : http://wp.me/piAx4-15A

  2. mira izzaty berkata:

    saya tidak faham lah tentang lady in red dengan freemason.boleh terangkan sedikit tak.

  3. avataraang berkata:

    Ade xgambar2 yg boleh ditunjukkan..aku ingin mengtahui lb lanjut perkara ni..

  4. kelhomes berkata:

    ni dia banyak lagi gambar lain. mungkin itu tema tahun ni agaknya. itu dlm tranungkite
    http://bit.ly/50HXsH

  5. kuya berkata:

    korg semua…if nak tau dgn lanjut lg…
    bukak youtube…
    search “satu kedatangan” ataupun “the arrival”
    dlm video tu tunjuk penuh ttg benda2 sial ni siap explanation yg complete utk pemahaman kita…

    jgn tkejut…dubai tu pun dah teruk tgaruh dgn dajal ni.

  6. adamantium berkata:

    untuk menengetahui maklumat lengkap ttg illuminati dan freemason, download 50 episod dokumentari yg bertajuk “the arrivals ( the dajjal)”

  7. bon berkata:

    aku penah tgk dokumentari nih…
    bukak…wakeupproject.com

  8. alya aelyana berkata:

    saya sangat bersetuju ngn pndpt saudara serta saudari yng tlh meng comment di blog ini.sepatutnya kta sbgi umat islam membanteraskan isu ini.umat islam sepatutnya menyebarkan mesej ini agar umat islam di seluruh dunia ini tidak terpesong.ke manakah perginya akhlak kita sebagai umat islam??..apakah yang sudah berlaku kepada semua umat islam??..semua sudah terpengaruh dengan unsur-unsur iluminati ini.pelajar sekolah juga harus mengelakkan menggunakan fesyen2 seperti ini..sekian
    renungkanlh…dan..selamat beramal….huhu

  9. anis soya berkata:

    saya sangat bersetuju ngn pndpt saudara serta saudari yng tlh meng comment di blog ini.sepatutnya kta sbgi umat islam membanteraskan isu ini.umat islam sepatutnya menyebarkan mesej ini agar umat islam di seluruh dunia ini tidak terpesong.ke manakah perginya akhlak kita sebagai umat islam??..apakah yang sudah berlaku kepada semua umat islam??..semua sudah terpengaruh dengan unsur-unsur iluminati ini.pelajar sekolah juga harus mengelakkan menggunakan fesyen2 seperti ini..sekian
    renungkanlh…dan..selamat beramal….huhu

  10. dreeda berkata:

    saya rasa choreographer dan production designer untuk ajl malam tu memang dipengaruhi oleh iluminati n freemasons ni. tgk skit apa race dia? maybe artis tu langsung tak tau tapi ikut jer telunjuk designer mlm tu. we hv to be an informed muslim. jgn jahil tentang budaya2 yg berunsur syirik .

  11. hantu berkata:

    lady in red ini yg menyesatkan manusia, dikelilingi dengan satan.

    sex, drug, entertaiment, money dan sekutu dgnnya.

  12. ena berkata:

    betapa masih lemahnya umat islam sekarang

  13. I.am.14. berkata:

    Saye bru 14 tahun.tpi sye tau pasal benda nie.bile sye tye kat kwn sye psl bnde nie..rmi yg tak tau..bende nie memang da melarat..makin byk tanda tanda dye kat malaysia nie..

  14. malaysia sekular berkata:

    penasihat economy berkontrak (apco) di malaysia adalah salah satu anak buah organisasi freemason…apco masuk malaysia selpas najib naik jadi PM…dengan alasan belajar dari krisis economi 1997…apco dah masuk malaysia…dan PM sudah tntu masonic…Imalaysia…new world order..novus ordo soclorum…process mnyatukan dan sebagai medium dari kerajaan mentadbir dimalaysia untuk memperolehi kepercayaan rakyat supaya rakyat senang dikawal…diberi kesenangan sementara dalam program2 1malaysia supaya kepercayaan terhadap kerajaan yang diracuni ajaran freemason bertambah kuat dan terlaksana…sebelum ne rosmah anjur fesyen2 islam tapi tidak menunujukkn islam langsung…aurat terbuka luas dalam pertunjukan tersebut….penggunaan simbol2 islamic secara salah…itu adalah propaganda ajaran freemason setelah najib jd PM dan melalui rosmah islam tercemar…contoh sosial ajaran freemason yang di sampaikan oleh rosmah…dan sekarang…dengan menggunakan tv3…AJL jadik medium penyampaian mesej ajaran freemason…terbaru…fitnah tv3 tentang kewujudan masjid AL MUSYRIKIN…hebatkan freemason dan dengan process penyatuan dan pencerahan…sebnanrnya da banyak lagi…sebelum najib…malaysia memang suda teracuni dengan esej2 freemason dan iluminati…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 9,700 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 9,700 other followers

%d bloggers like this: