“Sokong Kristian sama seperti sekutukan Allah”


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Nordin menegaskan golongan Melayu Islam yang menyokong penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam sama seperti menyekutukan Allah SWT kerana membenarkan nama Allah diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.

Menurutnya, puak Kristian berkeras mahu menggunakan nama Allah sebagai satu terminologi ketuhanan Triniti mereka iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan roh suci sedangkan bagi umat Islam, Allah SWT itu adalah satu akidah.

“Terminologi boleh ditukar ganti tetapi akidah tetap sebati, amaran dan peringatan saya kepada Melayu yang menjadi penyokong dan pendukung Kristian ini, kamu mungkin sudah melakukan suatu perbuatan syirik dan kufur atas keredaan kamu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu, Zulkifli turut menegaskan Malaysia boleh bertukar menjadi seperti Indonesia sekiranya isu penggunaan kalimah Allah tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.

Menurutnya, isu kalimah Allah ini amat sensitif dan semua pihak harus melihat isu ini daripada konteks masyarakat setempat iaitu negara Malaysia sebelum bersama mencari jalan penyelesaian bersama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 59,727 other followers
%d bloggers like this: