Pengukuhan Akidah Menerusi Sains Dan Al-Quran


Oleh:HambaAllah

 

Saya ada terbaca di majalah Mastika berkenaan ceramah Dr Mohd Arip Kasmo dari Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) Bangi yang telah membuat kajian dan telah menemui kunci al-Quran, cukup menarik perhatian saya dan membuatkan saya menyedari akan kebesaran Allah yang telah menciptakan manusia dan alam semesta ini.

 

Di dalam ceramahnya itu, beliau telah menceritakan bagaimana al-Quran telah mempersonakan ramai cendekiawan barat dan salah seorang darinya ialah ahli falsafah ateis bernama Anthony Flew yang percaya kewujudan Tuhan selepas melihat kehebatan alam semesta dan kajian biologi tentang DNA. Dr Mohd Arip juga menceritakan tentang seorang profesor dalam bidang psikologi dari Amerika Syarikat dan penganut fahaman ateis bernama Muhamad Al-Mahdi percayakan Tuhan melalui kaedah fizik dan kosmologi. Profesor Ibrahim Stokes, seorang profesor geologi yang percayakan Tuhan selepas meminjam al-Quran dari rakannya yang beragama Islam ketika berada di Gunung Rocky. Tetapi mengapa Anthony Flew yang percayakan Tuhan itu wujud tidak masuk Islam? Mengapa Muhamad Al-Mahdi dan Ibrahim Stokes memeluk Islam? Tak ada sesiapa yang boleh menjawap kepada persolan ini.

Dr Mohd Arip menceritakan pula bagaimana mukjizat dianugerahkan Allah kepada nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Muhammad. Nabi Musa dengan tongkatnya boleh menjelmakan ular dan membelah lautan. Nabi Isa boleh hidupkan orang mati. Tapi Nabi Muhammad diberikan dua mukjizat iaitu hissi dan mukjizat ma’nawiyy. Mukjizat hissi seperti bulan terbelah dua, air keluar dari celah-celah jari. Mukjizat ini hanya dapat disaksikan oleh mereka yang berada bersama-sama Nabi ketika itu. Tapi Allah juga menganugerahkan kepada Nabi mukjizat teragung iaitu al-Quran yang akan dipelihara dan kekal sampai hari kiamat. Dr Mohd Arip kaitkan pula bagaimana kehebatan al-Quran dengan sains. Bermacam-macam diceritakan termasuk penciptaan alam semesta, asal usul kehidupan organisme, proses kejadian manusia, hujan, lebah, labah-labah, semut dan lautan. Kemudian beliau menerangkan bahawa semua ini sebenarnya sudah di wahyukan Allah dalam al-Quran. Kajilah ayat-ayat Allah yang dibaca. paling penting, perhatikan al-Manzurrah iaitu janji Allah bahawa Allah bersumpah akan menjaga al-Quran sehingga hari kiamat. Hayatilah makna ayat yang dibaca dan carilah kebenaran dalam al-Quran. Mukjizat ini hanya akan dapat kita rasai apabila kita membacanya, hati kita akan menjadi tenang. Sebenarnya beliau mahu kita mengkaji bagaimana alam ini terjadi, apa yang terdapat di angkasaraya, di atas tanah, di dalam laut dan segala yang berlaku di alam maya ini. Beliau ada juga menyertakan bacaan surah al-Isra ayat 88. ” Katakanlah sekiranya jin-jin dan manusia dikumpulkan untuk mengadakan sesuatu yang serupa dengan al-Quran ini, tidak akan mampu mereka mengadakanya walaupun mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain “. Kemudian beliau juga mengatakan jika terdengar ada al-Quran palsu jangan risau, Allah telah berjanji, Dia akan jaga. Tak ada orang yang boleh ubah, tiru atau palsukan “. dan beliau mengatakan bahawa ada juga manusia yang menyahut cabaran Allah itu lalu menulis sebuah al-Quran palsu seperti Furqan al-haqq karya Anish Shorrosh, penulis berketurunan Amerika-Palestin.

Seterusnya Dr Mohd Arip ada juga mengaitkan bagaimana kehebatan al-Quran dengan sains. Beliau ada membuat pengiraan nilai huruf alif, lam, ha, dal,ya dan dal berdasarkan nilai akibat ( sequential value ) dan nilai gematrikal ( gematrical value ) antara huruf Arab dengan rumi. Mengikut susunan abjab itu alif mempunyai nilai (1), lam (30), ha (8), dal (4), ya (10) dan dal (4). Apabila bilangan nilai itu dicampurkan, jumlahnya ialah 57. Jumlah itu sama dengan bilangan surah al-Hadid iaitu surah ke-57 dalam al-Quran. Adakah ini satu kebetulan? Kemudian beliau mengira pula nilai abjab Arab bagi ayat Hadid sahaja tanpa alih dan lam, jumlahnya ialah 26 dan beliau menunjukkan pula jadual unsur-unsur atom berdasarkan susunan nilai proton. Nilainya ditandakan huruf P26. Nombor atom yang tertera bagi terum ( besi ) ialah P26 dan makna hadid dalam bahasa Arab bermaksud besi. Apakah ini semua adalah kebetulan atau ketetapan Allah?

Dr Mohd Arip juga ada menunjukkan simpulan al-Quran yang diibaratkan bagai anak kunci dan mangga. Dimana jika kita fahamkan betul-betul, didalam al-Quran ada 114 surah. Surah yang jumlah ayatnya ganjil, misalnya 13, 27 dan 121 ada 54. Surah yang bilangan ayatnya genap, misalnya 8, 14 dan 110 ada 60. Apabila kita kaji lagi surah genap, misalnya surah ke-4, ke-22 dan ke-68, yang mempunyai ayat ganjil ialah 27. Manakala surah ganjil yang bilangan ayatnya pun ganjil, juga ada 27. Bagi ayat genap pula, surah genap yang jumlah ayatnya adalah genap, ada 30 dan surah ganjil yang bilangan ayatnya pun ganjil, ada 30. Ianya satu padanan yang menakjubkan, bagai kunci dan mangga. Jika salah satu daripada ayat-ayat ini diubah atau dimansuhkan, ia dapat dikesan dengan mudah kerana padanan dan persilangan itu akan hancur. Jadi ini bermakna ayat-ayat atau surah dalam al-Quran tidak boleh diubahsuai oleh manusia! Keasliannya tetap terpelihara seperti anak kunci dan mangganya, jika salah satu diubah atau hilang, maka anak kunci tadi tidak boleh membuka mangga tersebut. Adakah ini juga satu kebetulan?

Seterusnya Dr Mohd Arip membuat satu demonstrasi dengan mengunakan Graf Microsoft Excel. Dimana beliau telah memasukan jumlah bilangan ayat-ayat dari 114 surah al-Quran kedalam sel-sel Microsoft Excel. Paksi X mewakili nombor surah, manakala paksi Y ialah jumlah ayat. Susunan yang dimasukkan kedalam graf itu membentuk huruf ‘J’. Kemudian satu lagi graf ditunjukan, kali ini susunan 61 surah al-Quran palsu karya Anish Shorrosh. Dengan mengunakan teknik yang sama, graf menunjukan taburan titik ayat dan surah al-Quran palsu ini tidak membentuk apa-apa susunan yang seragam. Seterusnya taburan titik-titik al-Quran pada graf tersebut dicantumkan, lalu terbentuklah huruf alif, lam, lam, ha dan cantuman itu terhenti secara spontan pada titik terakhir, membentuk kalimah ‘Allah’. Satu lagi graf disambungkan, kali ini titik-titik yang disambungkan membentuk huruf mim, ha, mim, dal, ‘Muhammad’. Adakah ini semua berlaku secara kebetulan juga?
Untuk pengetahuan anda semua, Dr Mohd Arip telah melakukan kajian forensik selama tiga (3) bulan mengunakan Microsoft Excel dengan memasukan jumlah setiap ayat dan setiap surah kedalam petak-petak Microsoft Excel tersebut kemudian Microsoft Excel diarahkan membuat graf taburan titik-titik berkenaan dan apabila siap dihubungkan, maka tititk-titik itu akan menghasilkan dua bentuk khat iaitu ‘Allah’ dan ‘Muhammad’. Ini bermakna khat Allah dan Muhammad ini disambung-sambungkan sendiri, bukannya terjadi secara automatik. Apakah yang dimaksudkan bukan secara automatik? Apabila kita hubungkan titik-titik yang mewakili jumlah surah dan bilangan ayat tadi, misalnya untuk mendapatkan huruf alif, hubungkan antara titik-titik yang mewakili surah al-Baqarah (2), al-Imran (3) dan al-Fatihah (1) dan juga al-Baqarah (2), al-A’raaf (7), al-An’am (6), al-Maidah (5) dan al-Fatihah (1). begitu juga dengan huruf-huruf yang lain yang dapat dihasilkan melalui cara yang serupa dengan menghubungkan titik-titik yang tertentu.
Seindah& sewangi Alquran

Dari penerangan didalam ceramah beliau, menunjukkan bahawa al-Quran memang tidak dapat dipalsukan kerana ianya mempunyai hubung kait kesemua isi kandungannya umpama kunci dan mangga seperti yang di sebutkan tadi. Dan apabila kita selidiki dengan lebih mendalam mengunakan kaedah moden sekarang ini, samaada dari pengiraan matematik ataupun penyelidikan sains ianya tetap tidak berubah. Begitu banyak rahsia yang tersembunyi yang tidak kita ketahui akan keistimewaan dan kelebihan al-Quran. Di dalam al-Quran itu sendiri tersembunyi pelbagai rahsia sains, teknologi, matematik, perubatan dan sebagainya yang belum diketahui oleh manusia dan perlu dikaji untuk mengetahuinya.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan dan masih ragu-ragu berhubung perkara ini, bolehlah menghubungi sendiri Dr Mohd Arip Kasmo melalui email : arip@pkrisc.cc.ukm.my atau telefon 03-89216918 ( Pusat Pengajian Umum, UKM ) dan H/P : 017-3164928.
Penghayatan Sains Dalam al-Quran tadi adalah hasil tesis sarjana kedoktoran Ph.D Dr Mohd Arip Kasmo pada tahun 2000. Modul ini telah di anugerahkan pingat emas oleh UKM pada tahun 2005. Beliau pernah mengikuti pengajian di Blackpool College of Science and Art Blackpool, Lanchashire dan University College of Swansea, Wales. ( Mastika Julai 2007 )

http://interbiznetworking.blogspot.com

About these ads
Comments
One Response to “Pengukuhan Akidah Menerusi Sains Dan Al-Quran”
  1. hj hairil anwar hj abdul karim berkata:

    masyallah hebatnya al-ur’an

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 9,707 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 9,707 other followers

%d bloggers like this: