Kenali Pintu Zina


Siri Keenam

Islam telah meletakkan kedudukan wanita di tempat yang mulia. Allah tidak akan menurunkan azab kepada seseorang melainkan setelah turunnya wahyu yang diterangkan oleh para nabi dan rasul tentang isi kandungannya. Setelah jelas tentang iman dan kufur, halal dan haram, hak dan batil maka umat manusia diberikan pilihan yang sepatutnya mereka pilih dengan cermat berdasarkan neraca wahyu bukannya nafsu bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Bagi memahami kehendak wahyu dengan menolak hasutan nafsu maka perlunya di sana ilmu pengetahuan. Oleh itu Islam mewajibkan setiap umatnya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin. Malah Islam bukan sahaja menyuruh dan membenarkan kaum lelaki sahaja untuk menuntut ilmu malah kaum wanita turut digalakkan terutama mereka ini bertanggungjawab dalam masalah mendidik anak-anak. Pengabaian terhadap ilmu menyebabkan wanita boleh menjadi mangsa kezaliman termasuk dalam rumah tangga akibat jahil tentang haknya. Tanpa ilmu juga boleh membuka pintu zina akibat kejahilan tentangan hukum pengharamannya serta tidak tahu hakikat zina yang sebenarnya yang mesti dijauhi. Sehubungan dengan itu maka Islam menitik-beratkan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh umatnya tanpa mengira jantina. 6. Hak pendidikan Kata Abu Said r.a : Ada seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata : Wahai Rasululllah! Orang-orang lelaki telah dapat pengajaran dengan hadis (sabda) engkau maka dengan demikian itu jadikanlah bagi kami golongan wanita dari engkau suatu hari yang kita dapat datang kepada engkau agar engkau memberikan pengajaran atas kami daripada apa yang telah Allah berikan atas engkau. Maka Rasulullah s.a.w bersabda : Hendaklah kamu sekalian berkumpul pada hari ini di tempat ini. ( Riwayat imam Bukhari ) Masyarakat yang menghidupkan ilmu serta berlumba untuk beramal dengannya maka kurang menghadapi masalah keruntuhan akhlak terutama zina. Manakala masyarakat yang hidup dalam kegelapan jahiliah dan tidak beramal dengan segala ilmu yang diperolehi maka banyak masalah sosial yang timbul di dalamnya. Bagi menahan gelora nafsu yang berusaha menghakis keimanan seseorang maka perlu kepada ketaqwaan hasil daripada ilmu yang mampu menjadi benteng yang kukuh dalam diri. Oleh itu hidupkan budaya ilmu agar diri kita tidak hanyut dek ombak nafsu Bersambung….. ——————————————————————- Petikan : 1. Al-Quran al-Karim 2. Buletin UPKN, Muharram-Sofar 1424, Bil. 01

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 53,027 other followers

%d bloggers like this: