NABI IBRAHIM A.S MENGHANCUR BERHALA


Nabi Ibrahim a.s merupakan salah seorang hamba Allah mulia yang dilantik oleh Allah menjadi nabi lagi rasul. Baginda a.s dikenali sebaga Khalilullah yang telah menunjukkan kepada umat manusia sifat dan amalan yang terpuji. Sehingga kini kita sentiasa menyebut nabi Ibrahim dan ahli keluarganya bersama dengan selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad s.a.w dalam tahiyyat. Ini membuktikan bagaimana hebat dan lebihnya nabi Allah Ibrahim a.s.

        Di sini akan dibawa sedikit kisah tentang nabi Ibrahim berdasarkan surah al-Anbiya’ dari ayat 51 sehingga 70. Kita semua maklum bagaimana ayah nabi Ibrahim iaitu Azar merupakan penyembah berhala dan menjalankan kerja mengukir patung serta menjualnya kepada orang ramai. Nabi Ibrahim a.s telah diuji dengan keadaan yang memerlukan kecekapan dan kebijaksanaan di mana baginda sebagai seorang pendakwah yang menentang amalan penyembahan berhala sedangkan dalam masa yang sama baginda terpaksa patuh kepada arahan ayahnya supaya menjual berhala. Baginda a.s dengan kebijaksanaan yang ada telah mengheret patung untuk dijual sambil menyebut-nyebut tentang keadaan patung yang tidak bernyawa itu tidak mampu memberi manfaat dan mudharat kepada penyembahnya.Ini ditambah lagi dengan keadaan patung yang diheret untuk dijual tadi telah ada yang terputus tangan, patah hidung dan sebagainya sehingga nabi Ibrahim a.s menyebut-nyebut tentang kecacatan tersebut di mana baginda sempat berhujah secara tidak langsung dengan menyatakan bagaimana patung berhala yang dianggap tuhan itu tidak mampu untuk bertindak apa-apa ke atas orang yag mengkhianatinya sedangkan tuhan yang sebenar iaitu Allah yang sepatutnya disembah berkuasa atas segala makhlukNya.Manusia yang melihat patung yang telah cacat itu bukan sahaja tidak membelinya malah mula membuka minda apabila mendengar hujah yang keluar melalui mulut nabi Ibrahim a.s. itu. Di sini kita dapat lihat bagaimana hebatnya nabi Ibrahim a.s dala menjalankan tugas sebagai pendakwah yang cuba menjauhkan manusia daripada syirik. Dalam konteks kita umat nabi Muhammad s.a.w memang dilarang mentaati arahah yang berbentuk maksiat walaupun ia datang daripada ibubapa kita sendiri. Cuma kita mesti menjaga adab dalam menjelaskan kepada mereka sebab penolakan kita itu agar kita tidak dianggap sebagai anak derhaka. Ini memerlukan kebijaksaan dalam menanganinya dengan penuh cermat dan hikmah.

        Nabi Ibrahim selepas itu telah bertindak menghancurkan semua berhala yang ada dikeliling Ka’abah kecualai yang paling besar yang merupakan induk kepada patung-patung yang lain berjumlah 365 buah. Baginda a.s melakukan perkara ini ketika kaumnya sedang berhimpun di suatu padang dalam menyambut perayaan yang besar. Selepas melakukan perkara yang tinggi risikonya ini maka nabi Ibrahim a.s telah menggantung kapak yang telah digunakan untuk menghancurkan patung yang lain di tengkuk patung yang besar tadi agar ia boleh dijadikan hujah dalam berlawan dengan mereka yang menyembah berhala. Apabila kaumnya telagh selesai mengadakan upacara perayaan maka mereka kembali ke Ka’abah lalu mereka terkejut besar melihat patung-patung telah hancur melainkan patung yang paling besar di mana ada tersangkut kapak di tengkuknya. Masint-masing berasa begityu marah lalu mencari-cari siapakah yang telah melakukan perkata itu lalu ada di kalangan mereka menyatakan bahawa mereka ada terdengar bahawa ada seorang pemuda yang bernama Ibrahim yang telah bertindak menghancurkan patung penyembahan mereka itu.Lalu Raja terus mengerahkan pengawalnya agar ditangkap nabi Ibrahim dan dibawa ke hadapan rakyat umum untuk disoal-siasat.Ketika ditanya lalu nabi Ibrahim dengan menyatakan bahawa patung besar itulah yang mungkin melakukannya kerana ditengkoknya masih tersangkut kapak yang digunakan untuk menghancurkan berhala yang lain.Raja begitu murka dengan jawapan yang diberikan oleh nabi Ibrahim yang dianggap cuba mempermain-mainkannya lalu nabi Ibrahim dengan tegas menyatakan bahawa bagaimana mereka semua boleh menyembah berhala yang sememangnya tidak mempunyai kuasa. Di sini kita melihat sekali lagi kebijaksanaan nabi Ibrahim di dalam menyampaikan mesej dakwah  sehingga kaumnya mula berfikir tentang kesilapan mereka yang menyembah berhala yang tidak bernyawa. Namun disebabkan kejahilan dan tidak memperolehi hidayah Alla menyebabkan kaumnya dengan menurut perintah raja di mana mereka telah menghimpun kayu yang banyak sebagai unggun api bagi membakar nabi Ibrahim.Kesimpulan daripada perkara tersebut maka kita dapati bagaimana pentingnya hujah yang kuat di dalam melawan segala dakyah musuh Islam. Orang bukan Islam sebenarnya masih sangsi tentang kehebatan Islam kerana ia sekarang hanya sekadar ada dalam buku-buku sahaja sedangkan tidak terlaksana di atas bumi yang nyata. Mereka mengakui tentang kegagalan sistem dan ideologi ciptaan manusia tetapi dalam masa yang sama mereka masih kurang yakin dengan sistem Islam kerana ia belum dilaksana. Jika kita kaji sekarang di mana ramai di kalangan orang bukan Islam terutama bangsa Cina di negara ini yang lebih yakin menggunakan sistem perbankan Islam sedangkan masih ramai umat Islam masih tergila-gila dengan sistem riba tajaan yahudi. Oleh itu sampai bilakah kita mahu meyakinkan orang bukan Islam tentang kemampuan Islam sedangkan umat Islam sendiri memusuhi sistem Islam.

        Ketika berada di dalam unggun api nabi Ibrahim a.s sentiasa berdoa kepada Allah sehingga api yang biasanya panas dan membakar menjadi sejuk serta tidak memamah tubuh nabi Ibrahim. Ketika sedang dibakar ini juga dikisahkan bagaimana adanya burung pipit yang membawa air bertujuan untuk memadamkan api yang sedang marak menjulang. Jika difikirkan bagaimana burung pipit yang kecil dengan air yang sedikit dapat memadamkan api yang begitu besar. Inilah erti perjuangan dan usaha ke arah membantu perjuangan Islam di mana setiap masing-masing wajib berjuang mengikut kemampuan masing-masing.Perjuangan bukan dikira pada pangkat kedudukan dan bukan dikira pada darjat dan harta tetapi ia ditimbang melalui usaha yang dilakukan beserta dengan keikhlasan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah.

Comments
2 Responses to “NABI IBRAHIM A.S MENGHANCUR BERHALA”
  1. dee berkata:

    buknnya ka bah juga bangunan ya??

  2. Muhammah shazami berkata:

    Musykil dgn jln cerita mana mungkin berhala diletak sekeliling kaabah sedangkan kaabah yg letak di mekah lembah yg dibuka oleh hajar dan ismail

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 53,029 other followers

%d bloggers like this: