4 Kewajipan Terhadap Orang Mati
SIRI ANNAIM (38)
CARA-CARA PENGURUSAN MAYAT
(memandi, mengapan, sembahyang dan kebumi)
Oleh : Haji Muhammad B. Haji Abdul Rahman
Ketua Bahagian Penyelidikan dan Dakwah JHEUIK
Dikeluarkan oleh :
Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Kelantan
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الذي جعلنا من عباده المؤمنين ، ووفقنا لإقامة الدين ، والصلاة والسلام على سيدنا محمد القائل من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين ، وعلى آله وصحبه أجمعين .
Risalah kecil ini datang menemui adik-adik saudara kaum muslimin bagi menjelaskan cara-cara urusan fardhu kifayah yang mesti disempurnakan oleh orang-orang Islam terhadap seseorang Islam yang telah mati sama ada kecil atau besar, lelaki maupun perempuan, kita sedia maklum dan percaya setiap yang hidup pasti akan berkesudahan dengan mati . Firman Allah SWT :
Ertinya : Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawa pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan amalan kamu, ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.
Hidup lawannya mati, selepas mati kemudian manusia akan dibangkit hidup semula pada hari kiamat bagi menerima balasan di atas segala amalan dan perbuatannya di dunia ini.
Sabda Nabi SAW :
عن عرو بن ميمون الأودي , رضي الله عنه , قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لرجل وهو يعظه إغتنم خمسا قبل خمس , شبابك قبل هرمك , وصحتك قيل سقمك , وغناك قبل فقرك , وفراغك قبل شغلك , وحياتك قبل قومك .
Ertinya : Daripada Amru Bin Maimun Al-Aidi R.A, katanya Rasulullah S.A.W ada bersabda kepada seorang, menasihatkannya : “Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya keadaan yang lain, keadaan mudamu sebelum datang keadaan tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datangnya keadaan sakitmu, dan keadaan berada (kaya)mu sebelum datangnya keadaan fakir (berhajat)mu dan keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu, dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu. (hadis riwayat At-tirmizi).
Dan Sabda Nabi SAW lagi :
اكيس الناس اكثرهم ذكر الموت واشدهم استعدادا له اولئكهم الاكياس , ذهبوا بشرف الدنيا وكرامة الأخرة .
Ertinya : Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada mati serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi mati itu, mereka itu ialah orang-orang yang benar-benar cerdik. Dan mereka akan pergi ke alam akhirat (alam baqa’) dalam keadaan mulia di dunia dan membawa iman dan amalan yang akan memberi kemuliaan di akhirat (beramal sempurna untuk mendapat balasan di akhirat tanpa meninggal nikmatnya di dunia).
PERKARA-PERKARA YANG WAJIB TERHADAP ORANG MATI
Perkara-perkara yang wajib terhadap orang mati (fardu kifayah) empat perkara :
1.Memandikan mayat.
2.Mengapankannya.
3. Sembahyang ke atasnya.
4. Mengebumikannya.