Kenali AKI
Masyarakat Islam di negara kita Malaysia pada hari ini sudah semakin terkehadapan dengan pelbagai pencapaian dan kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan. Sebaliknya tanpa menafikan kejayaan ini, ramai kalangan tokoh agama membayangkan kebimbangan tentang kefahaman dan pegangan umat Islam terhadap ajaran Islam terutama golongan remaja yang semakin luntur berdasarkan beberapa gejala sosial semasa yang berlaku saban hari.
Menyedari
Antara program yang telah dan akan kami adakan ialah Pengajian Kitab dalam masa singkat samada seminggu atau 2 minggu atau secara mingguan di mana kitab yang diajar merangkumi tiga aspek ilmu, iaitu tauhid, fekah dan tasawuf. Pengajian ini memperkenalkan teknik pengajian tradisional (kitab turath) yang telah terbukti kejayaannya di dalam membentuk peribadi muslim dari sudut ilmu dan amal.Kami turut menyediakan program Pengajian Iqra‘ dalam melahirkan generasi celik dan cintakan al-Quran dalam masa singkat disamping menekankan ilmu asas fardhu ain melalui beberapa kertas yang disediakan sepanjang program tersebut.
Tidak ketinggalan kami turut menerima jemputan daripada pusat pengajian, masjid dan syarikat untuk mengadakan kelas pengajian nahu bahasa arab secara mingguan dan juga kursus jenazah.
Pusat kefahaman Islam AKI juga menganjurkan program Rehlah Ibadat Bermotor bagi golongan remaja di mana ia merupakan suatu program penerapan nilai dan hukum agama kepada generasi remaja hari ini. Program ini menyuakan kepada peserta asas pengetahuan agama yang berkaitan dengan hukuman ibadat solat dan ibadat khusus yang lain yang disampaikan melalui modul yang disediakan. Ianya membuka ruang kepada generasi remaja untuk menimba ilmu dan pengajaran melalui program tersebut.
Ini sedikit sebanyak penerangan tentang aktiviti yang kami telah dan anjurkan. Kami berharap ia mendapat sokongan yang sebaik mungkin samada dari penyertaan atau bantuan kewangan dan sebagainya dalam menjayakan program-program yang dianjurkan dari masa ke semasa. Ingatlah bahawa Islam dipandang hina dan lemah bukan kerana salah dan silap Islam tetapi akibat kesalahan dan kesilapan umat Islam sendiri yang gagal mengenali dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan