Pusat Kefahaman Islam AKI

Ayesha berdakwah kepada wanita Korea
Susunan ZUARIDA MOHYIN

Peranan Ayesha Kim (kiri) kepada siswi-siswi di negara Korea bukan sekadar berdakwah tetapi menjadi tempat rujukan, khasnya yang berjinak-jinak dengan Islam.

DARIPADA namanya sahaja, orang sudah mengetahui asal wanita ini. Penggunaan nama Kim menjelaskan akan identitinya sebagai orang Korea. Sebab itu dia sengaja tidak membuangkan nama Kim walaupun telah memilih nama Ayesha sebaik bergelar Muslim.

Kini, Ayesha Kim umpama sinar atau cahaya keyakinan kepada wanita-wanita Korea, khasnya para siswi di negara itu. Dia membimbing mereka menuju jalan kebenaran.

Malah dia juga aktif menyampaikan ceramah dari kampus ke kampus. Ayesha memilih pendekatan logik dalam mengajar Islam.

Menurut Ayesha, hidayah Ilahi datang kepada suami terlebih dahulu. Imam Mahdevoon yang sekarang ini Pengerusi Kesatuan Muslim di Korea Selatan. Mereka berdua berazam akan sentiasa bersama merentasi jalan kebenaran.

Ayesha mampu menemui kebenaran di tengah-tengah peperangan yang membadai saat dia memilih Islam sebagai pegangan agamanya. Malah dia mengambil nama isteri junjungan Nabi Muhammad SAW sebagai nama Islamnya dengan harapan nama tersebut akan membawa sumber kekuatan dan rahmat.

Bila ditanya penglibatan awalnya dalam Islam, Ayesha diam seketika dan memejamkan mata seolah-olah sedang mencari sesuatu yang tersembunyi jauh di lubuk hatinya.

Beberapa minit kemudian terpacul kata-kata: “Saya mencari ketenangan dalam hidup. Kebenaran suara hatilah yang telah mendorong dan menyakinkan saya bahawa mesti ada satu cara untuk mencapai kebenaran.”

Pada masa yang sama Perang Korea meletus dan memaksanya berpindah jauh ke pelabuhan Pusan. Ayesha semakin merenung dalam-dalam akan makna sebenar kehidupan.

“Akhirnya saya bersetuju memeluk Islam di hadapan suami setelah melihat Islamlah satu-satunya benteng atau kubu yang akan menyelamatkan diri kita sendiri serta masyarakat,” akui Ayesha.

Perihal penglibatan Ayesha dalam dunia dakwah, ia tidak dapat lari daripada Omar Kim, yang memeluk Islam pada tahun 1950-an.

“Sebelum Omar meninggal, dia pernah berpesan atau lebih tepat mendesak kami agar menyebarkan mesej Islam dan mengundang lebih ramai warga Korea untuk menerima Islam,” jelas Ayesha.

Selepas perang tamat, amanat Omar Kim diteruskan oleh Ayesha. Beliau pergi menemui keluarga mangsa-mangsa perang memberikan semangat kepada mereka.

Ada antara mereka yang menerima Islam dan tidak kurang juga yang masih tetap dengan agama lama. Pun begitu, hubungan silaturahim antara mereka tetap teguh bertahun-tahun kemudian.

Setelah itu, dakwahnya ditumpukan kepada dua orang anaknya. Akui Ayesha, dia memahami kesulitan mereka.

“Namun saya yakin, bahawa kebenaran akan berbicara tanpa perlu saya memaksa mereka,” jelasnya.

Ia ditujukan kepada anak sulungnya yang menolak segala bentuk campur tangan ibu bapa dalam soal beragama. Namun pada usia 25 tahun, kejutan daripada anak itu dengan mengakui bahawa hatinya menjadi tenang apabila mendengarkan bacaan al-Quran.

Namun, itu tidak bermakna dia akan menerima bulat-bulan tanpa mencari maklumat tambahan tentang Islam, sebelum benar-benar melakukan syahadah.

Tidak lama selepas itu, anaknya itu menerima Islam. Namanya diubah dari Yoong kepada Jamila. Jamila kemudiannya bernikah dengan seorang Muslim Korea.

“Anak perempuan saya menerima Islam pada usia jauh lebih muda daripada saya iaitu 20 tahun. Dia juga menikah dengan seorang Muslim Korea dan tinggal berdekatan dengan kami,” katanya.

Ayesha Kim, wanita Korea yang teguh, tegas, lembut hati dan tinggi keazaman telah melalui saat getir dalam mencari erti kebenaran sebelum pintu hatinya diketuk sentuhan cahaya Islam.

Sejak itu, perjalanan hidupnya mengikut landasan Islam. Hari ini, Ayesha aktif berdakwah di kalangan wanita Korea. Dia telah mendorong ramai wanita Korea untuk menerima Islam.

“Saya membuat mereka memahami bagaimana Islam melindungi hak-hak bersama pasangan yang telah menikah dan bagaimana Islam menyediakan dasar untuk kehidupan keluarga.

“Hakikatnya agama Islam menghormati wanita. Segala puji bagi Allah, saya telah berhasil membimbing sejumlah besar wanita ke jalan kebenaran,” ujar beliau.

Ayesha bersyukur para mualaf Korea cukup istiqamah. Mereka umumnya menjadi pendakwah baru, seperti dirinya. Mereka juga terus didorong untuk aktif melakukan kegiatan sosial.

“Itulah sesungguhnya inti pesan Islam, menjadi rahmat bagi siapa saja di sekelilingnya,” ujarnya.

Ditanya hasratnya di hujung usia, kata Ayesha, dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana suami, anak-anak dan dirinya menerima hidayah Allah SWT.

Mereka telah beberapa kali menunaikan haji dan umrah. Sungguhpun masih ada di kalangan sanak saudara yang belum memeluk Islam, namun Ayesha masih berbaik dan saling hormat menghormati.

“Ibadat haji saya yang pertama adalah pada tahun 1978 di mana saya mengambil peluang menjalani kehidupan dalam komuniti Muslim. Sekarang setelah kembali semula dari Arab Saudi ke Korea, saya tinggalkan hati saya di sana.

“Kepulangan itu telah menambahkan lagi azam saya untuk terus berkunjung ke tanah kelahiran baginda Rasulullah SAW,” jelasnya.

Kejayaannya akui Ayesha adalah berkat berpegang teguh kepada firman Allah SWT sebagaimana dalam surah Ali Imran ayat 160 yang bermaksud: Jika Allah menolong kamu, maka tidak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu…

Allah mudahkan Yusuf jadi Muslim
Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Kisah Yusuf Derbeshyre, 43, dari Leicester England yang akhirnya menjadi seorang Muslim boleh dianggap agak unik. Ini apabila beliau secara tidak sengaja menemui sebuah buku biografi mengenai Nabi Muhammad SAW, terus tertarik membaca buku tersebut yang membuatkan Yusuf terus memeluk Islam.

Ya, semudah itu!

Sebelum menjadi seorang Muslim itu, beliau sebagaimana kebanyakan pemuda-pemuda Inggeris yang lainnya.

Antara kemestian mereka menghabiskan malam minggu dengan minum minuman keras sampai mabuk dan lain-lain gaya hidup yang tidak bermoral.

Namun kehidupan Yusuf berubah 180 darjah kira-kira lima tahun lalu apabila beliau menghabiskan masa bercuti di Pulau Greek.

Oleh kerana tidak mahu membawa beg yang berat, Yusuf tidak membawa buku-buku untuk dibaca kerana beliau bercadang membelinya di Greek sahaja.

“Sambil baring di kerusi malas di tepi kolam renang, berjemur di bawah cahaya matahari sambil membaca buku, bagi saya itulah antara makna terbaik sebuah percutian,” katanya.

Lalu, sejurus tiba di Greek Yusuf terus mencari kedai buku bagi mendapatkan buku-buku yang menarik untuk dibaca.

Seingat Yusuf, beliau akhirnya menemui sebuah kedai buku bernama WHSmith. Beliau menghabiskan masa berjam-jam lamanya di kedai buku itu untuk mencari dan membeli buku-buku untuk dibaca sepanjang percutian itu.

Bagaimanapun, Yusuf agak hampa kerana beliau tidak menemui satu pun buku yang menarik perhatiannya untuk dibaca sehinggalah beliau hendak angkat kaki sambil menyandang kembali sebuah beg sandang ke bahu.

Ketika hendak menyandangkan ke bahu, begnya terkena sebahagian buku di rak yang menyebabkan banyak buku jatuh bertaburan ke lantai.

Ketika beliau mengutip buku-buku itulah, matanya terpaku pada salah sebuah buku yang jatuh itu.

Bagaikan jatuh cinta pandangan pertama, Yusuf terus mengambil buku yang bertajuk The Prophet Muhammad: A Biography yang ditulis oleh penulis Barat terkenal, Barnaby Rogerson.

“Pada muka surat pertama saya membaca buku tersebut, sepertinya agak menarik. Saya menyambung pada halaman kedua dan tidak boleh berhenti membacanya lalu segera saya beli dan baca sepanjang percutian di Greek itu,” jelasnya.

Selesai membaca buku tersebut, perasaan Yusuf begitu membuak-buak untuk ingin tahu mengenai Islam. Beliau ingin mempelajari lebih jauh dari apa yang telah baca dari buku tersebut.

Lalu apabila pulang dari melancong itu, Yusuf terus mengunjungi sebuah masjid di Leicester dan menyatakan hasrat kepada pengurus masjid untuk mengetahui lebih mendalam tentang Islam.

Beliau kemudiannya dibawa menemui imam masjid itu untuk membantunya mempelajari Islam.

Namun imam tersebut memberitahu Yusuf: “Baiklah saya boleh membantu saudara tetapi biarlah saya berkata jujur dan berterus terang dengan anda bahawa bagi saya cara terbaik untuk memahami Islam adalah dengan menjadi seorang Muslim itu sendiri.”

Tanpa berfikir panjang, Yusuf terus bersetuju, tanpa sebarang keraguan lagi dengan cadangan imam itu.

Beliau kemudiannya diislamkan secara rasmi dengan mengucap dua kalimah syahadah di masjid itu dan menambahkan nama Yusuf sebagai bukti dan identiti beliau kini seorang Muslim.

Perbalahan Kaab dan Huyyay dalam menyerang nabi s.a.w
Susunan SITI AINIZA KAMSARI

SEBAGAI pemimpin kepada kaumnya, Kaab bin Asad telah mengumpulkan semua anak buah dalam satu perjumpaan yang besar. Ia turut dihadiri ketua Kaum Yahudi Bani Nadhir yang terbuang dari Madinah, Huyyay bin Akhtab.

Dalam suasana yang amat tegang kerana dikepung oleh tentera Islam, Kaab mengajak kaumnya sama-sama mencari jalan keluar daripada kemelut yang mereka hadapi itu.

Dia sendiri turut mengemukakan beberapa cadangan dengan harapan ia akan diterima oleh kaumnya.

“Wahai seluruh kaum Bani Quraizah, kita sebelum ini sudah mengikat perjanjian damai dengan Muhammad dan selama itu keselamatan kita benar-benar terjamin tanpa sebarang gangguan selagi kita patuh dengan perjanjian itu.

“Tetapi kita sendiri akhirnya yang memutuskan tali perjanjian itu yang menyebabkan kita sendiri terjerat. Akibatnya seperti yang kita tanggung hari ini. Kita dikepung, kita disekat, kita dihalang, kita tidak lagi bebas. Nyawa kita semua bagaikan telur dihujung tanduk. Bila-bila masa sahaja lagi akan melayang atas kebodohan kita sendiri,” katanya.

Kaumnya yang hadir hanya terdiam mendengarkan kata-kata ketua mereka itu dan mengakui dan menelan dengan pahit kebenaran akibat melanggar perjanjian tersebut.

“Kerana itu demi menyelamatkan diri dan seluruh ahli keluarga maka saya mengusulkan agar kita berdamai semula dengan Muhammad.

“Sementelah beliau seorang yang sangat baik hati, seorang pemaaf dan tidak suka berdendam dengan sesiapa,” katanya.

Melihatkan seluruh yang hadir tunduk dan tidak membantah akan kata-katanya, Kaab pun berterus terang.

“Sekarang saya sedar satu-satunya jalan yang paling selamat buat kita semua ialah apabila kita menjadi pengikut Muhammad. Iaitu kita masih bangsa Yahudi tetapi kita mengaku tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan mengaku bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah,” katanya yang mengejutkan semua yang hadir.

Namun Kaab tidak menghiraukan semua itu. Dengan bersungguh-sungguh dia mengajak kaumnya supaya menerima Islam dan tidak lagi boleh berdolak dalik soal kebenaran kerana dalam kitab Taurat (Perjanjian Lama) ada menyebut tentang Muhammad yang sememangnya nabi dan rasul yang ditunggu-tunggu.

“Jika kita menerima hakikat dan kebenaran ini, pasti nyawa kita akan selamat. Begitu juga nyawa anak-anak dan isteri serta harta benda kita,” jelasnya.

Melihatkan semuanya terus diam, Kaab pun meneruskan ucapannya dengan melahirkan rasa kesal kerana memutuskan perjanjian dengan Nabi Muhammad.

“Tetapi ada orang sudah memujuk rayu, menaburkan segala macam janji-janji manis dan kata-kata yang cukup memikat sehingga akhirnya saya sendiri terpedaya dan terjerat.

“Orang itu menyebabkan kita terpaksa menanggung kesusahan ini. Orang yang saya maksudkan ada disini, dia inilah orangnya,” kata Kaab sambil jarinya menuding ke arah Huyyay.

Huyyay begitu terkejut apabila dia dipersalahkan dan segera bangun membela dirinya.

“Memang benar saya yang memujuk Kaab supaya membatalkan perjanjiannya dengan Muhammad. Tetapi ia sama sekali tidak ada kepentingannya kepada saya atau tentera Ahzab tetapi kepada seluruh kaum Bani Quraizah juga.

“Kami datang untuk membebaskan kamu semua dari kekuasaan Nabi Muhammad. Supaya kita semua dapat memerintah sendiri, kita bebas menentukan haluan nasib kita sendiri, bukan terikat dengan perjanjian yang seperti ini.

“Namun apakan daya, kami anggota tentera Ahzab kalah dan tidak dapat menawan Kota Madinah. Walaupun kalah tetapi saya tetap bersama anda kerana hendak menjaga maruah.

“Maruah bahawa kita tidak akan sesekali tunduk kepada Muhammad. Sekiranya kamu melutut dan meminta maaf kepada Muhammad maka di manakah maruah kamu semua,” soal Huyyay yang begitu bijak berkata-kata.

Mendengarkan kata-kata Huyyay itu ramai pula yang bangun menyokongnya.

Huyyay pun meneruskan kata-katanya supaya beliau mempunyai pengaruh di kalangan kaum tersebut.

“Kitab Taurat selamanya adalah kitab kita. Milik nenek moyang kita sejak dahulu kala lagi kerana itulah kitab rujukan kita selama ini. Tetapi kenapa hanya kerana Muhammad kita perlu menukarkan kitab Taurat itu kepada kitab lain? Sanggupkah kita menukar hukum Taurat kepada hukum lain,” kata Huyyay lagi.

Akhirnya semua yang hadir menolak cadangan damai Kaab supaya mereka menjadi pengikut Muhammad atau dengan lain perkataan memeluk Islam supaya mereka tidak diperangi.

Namun Kaab tidak berputus asa lalu terus mengemukakan cadangan yang tidak masuk akal yang dianggapnya sebagai penyelesaian terbaik.

“Tidak mengapa kalau kamu semua menolak cadangan saya sedangkan ia satu cadangan yang sangat mudah kerana yang penting kita tetap bangsa Yahudi dengan percaya tuhan yang sama dalam Islam.

“Tetapi kalau kita hendak mengambil pendekatan untuk terus menentang Muhammad dan anggota tentera yang begitu ramai di luar sana, saya cadangkan mari kita bunuh anak-anak dan isteri kita tanpa meninggalkan seorang pun yang hidup.

“Kemudian kita keluar daripada benteng ini untuk kita berperang satu lawan satu dengan Muhammad dan seluruh anggota tenteranya sehinggalah kita semua terkorban.

“Kita tidak perlu bimbang andai kita semua akan mati kerana anak-anak isteri kita pun sudah tiada di muka bumi ini, semuanya sudah mati,” kata Kaab.

Tentu sahaja cadangan itu ditentang hebat oleh para pengikutnya. Suatu cadangan yang dianggap gila dan andainya mereka menang dan berjaya mengalahkan Nabi Muhammad tetapi seluruh keluarga sudah tiada, maka apa gunanya lagi?

Ekoran ituApabila itu Kaab mengemukakan cadangannya yang ketiga.

“Baiklah, kebetulan hari ini adalah hari Jumaat dan malam ini merupakan malam Sabtu. Muhammad tentu menyangka bahawa kita sesekali tidak akan keluar untuk berperang melainkan kita akan beramal ibadat sempena kedatangan hari Sabtu.

“Sedangkan kita akan keluar memerangi mereka pada malam ini tanpa mereka sedari dan saya sangat yakin dengan serangan mengejut itu kita akan beroleh kemenangan,” kata Kaab.

Huyyay akhirnya bersetuju dengan cadangan Kaab untuk melakukan serangan itu kerana menyangka Nabi Muhammad dan anggota tenteranya tidak berbuat apa-apa kecuali berehat dan tidur lena ketika serangan dilakukan.

Tetapi sudah pastinya cadangan itu ditentang hebat oleh kalangan ahli-ahli ibadat dan pendeta-pendeta Yahudi dari kaum tersebut.

“Wahai Kaab dan Huyyay, tidakkah kamu tahu bahawa hari Sabtu adalah hari kita beramal ibadat. Kita dilarang kerana pantang kita berperang mahupun keluar bekerja mencari rezeki pada hari tersebut.

“Sekiranya kita melanggarnya, pasti kita akan ditimpa bencana. Nenek moyang kita dahulu disumpah menjadi kera kerana melanggar sumpah itu kerana keluar juga menangkap ikan di laut pada hari Sabtu,” kata salah seorang pendeta Yahudi dengan begitu marah sekali.

Bila 1 sahaja daripada 1000 yang masuk Syurga
Oleh: PenyairCinta

“Bismillahirrahmanirrahim, Sekadar renungan bersama menjelang hari-hari yang dinantikan ..Bacalah dengan seikhlas hati ..Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!

Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.

Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”

Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!”

Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”

Allah Taala berfirman: Setiap seribu orang yang kamu ingin hantarkan seorang ke syurga, 999 dari orang-orang itu kau hantarkan ke neraka.”

Allah Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”

Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”

Selepas peristiwa Zalzalah… Allah SWT akan menyeru Nabi Adam bangkit dari kubur menuju ke hari neraka… dan Allah SWT berfirman pada ketika itu, setiap 1000 jiwa yang diciptakan, 999 akan ke neraka (nauzubillahminzalik)… dan digambarkan jika seorang bayi mendengar akan berita itu, nescaya berubanlah rambut bayi tersebut…”

Hadis Sahih Riwayat Bukhari

Dalam lautan manusia yang berbondong-bondong di Yaumil Mahsyar. Sejak Adam sehingga manusia terakhir, nanti akan ada manusia yang meminta agar dikembalikan ke Malaysia untuk beramal. Tetapi masa itu sudah lewat. Bumi Malaysia telah hancur lebur. Hilang bagai puing-puing. Terpelanting. Tika bumi dikiamatkan, segala-galanya tiada. Takhta, kekuasaan, tidak ada lagi dalam sebutan. Yang ada hanyalah penantian yang panjang.

Harta dan anak pinak, semuanya tidak boleh menolong. Semuanya sibuk dengan urusan peribadi. Semuanya menunggu ulang tayang video hidup tika di atas bumi, entah berapa ribuan tahun menenati di padang pengadilan.

Usahlah menanti untuk kembali ke bumi asalmu. Itu menjadi mimpi di siang hari. Hari-hari sesudah Mahsyar, tanpa penghujungannya. Syurga dan neraka itu ada bezanya.

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya

“Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”.

Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi..

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda..

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga `Arasy itu tiba dibumi.

15. `Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah.. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari `Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & `Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat..

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. .

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya 1 sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

*Sewaktu Adam baru turun ke muka bumi, keadaan sekeliling gelap gelita. Maka Allah memperintahkan Jibril menghantar sedikit cahaya api untuk kegunaan Nabi Adam di bumi. “Wahai Jibril, pergilah engkau meminta sedikit api neraka dari Zabaniyah. Dia malaikat yang menjaga api neraka”.

Lantas Jibril menemui Zabaniyah.

Jibril : Wahai Zabaniyah, Allah perintahkan aku meminta sedikit api neraka darimu untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam.

Zabaniyah : Banyak mana sedikit api neraka yang engkau mahu?

Jibril : Berilahku sebesar buah tamar.

Zabaniyah : Wahai Jibril, jika aku memberi api neraka sebesar buah tamar, nescaya akan cairlah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan bumi.

Jibril : Jika begitu berilah separuh dari buah tamar.

Zabaniyah : Jika separuh dari buah tamar ini engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walau setitik air hujan dan tidak ada tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.

Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniyah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai.

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan api tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.

PENGAJARAN

Itulah api neraka. Kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri nanti.

* Terkenang kisah Rasulullah lari ke Gua Hira’ dan pemuda Kahfi lari ke dalam gua selama 309 tahun ..

Surah Al Hadiid

[57.20] Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ada ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

*Yang menolak kedatangan2 peristiwa ini tidak mengapa .. teruskan dengan kehidupan kalian, yang masih beriman dan mempercayainya, persiapkanlah diri kita ..

Wallahua’lam ..

Solat Jadikan Amanda Tenang
Oleh: zharifjenn

Amanda Gormley

Di suatu pagi sebelum matahari menampakkan cahaya yang warnanya keperak-perakkan itu, Amanda Gormley berdiri di ruang tamu rumahnya. Pagi itu, untuk pertama kalinya, perempuan muda ini melaksanakan solat seperti yang dilakukan oleh seluruh kaum Muslimin.

Beliau berkongsi kisah, sejujurnya pertama kali mencuba sendiri solat itu, Amanda canggung kerana tidak tahu bagaimana hendak solat dengan betul terutama dalam aspek bacaan.

Lalu cara penyelesaiannya Amanda menggunakan bantuan kad flash mengenai cara-cara bersolat dan bacaannya.

“Saya berdiri ke arah yang saya yakin adalah arah kiblat ke kota Mekah. Lalu saya meletakkan tangan kanan di dada. Sedangkan tangan kiri memegang kad yang mengandungi petunjuk solat dan surah al-Fatihah itu,” ujarnya menceritakan pengalaman pertamanya bersolat.

Suku-suku kata (bahasa Arab) dirasakan begitu asing dan aneh menyekat saluran tenggorok Amanda. namun seperti tangisan yang tertahan, beliau tetap berjuang untuk mengucapkan bunyi dari suku-suku kata yang asing itu.

“Tetapi, sejurus mengucapkan bacaan dalam solat itu, saya dapat merasakan seluruh roh saya memasuki sebuah dunia yang ada di luar indera saya, menembusi dimensi ruang dan waktu, dimana tubuh membebaskan jiwa.

“Saya merasakan ketenangan, sebuah pengampunan dan kasih sayang yang begitu menyelubungi diri,” katanya.

Dengan cahaya pagi pertama yang masih lembut sinarannya, Amanda rukuk lalu bersujud di lantai sambil menangis dan mengucap Subhana rabbial a’la (Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi).

“Saya dapat merasakan juga benda dari sekecil-kecil dan sehalus atom juga turut ikut memuji Allah.

“Kerusi, permaidani tempat saya solat malah bayang-bayang saya sendiri pun seperti berzikir, ‘segala puji bagi Allah’. Matahari dan cahayanya ikut berdoa bersama saya” ungkap Amanda.

Saat itu membuatkannya merasa seperti orang yang sangat tidak sempurna, kerdil dan punya banyak kelemahan. Namun pada saat yang sama juga, Amanda merasa dirinya diterima, diampuni, dicintai dan dikasihi.

Perasaan yang membuatnya percaya bahawa Allah Maha Pencipta tahu apa yang ada dalam dirinya dan melindunginya.

“Pada saat itulah saya menyatakan komitmen hidup saya kini adalah untuk Dia Sang Pencipta,” jelasnya.

Solat menjadi permulaan perubahan besar dalam diri perempuan muda yang menetap di Syracuse, New York ini.

Syracuse, New York, tempat tinggalnya Amanda

Setelah mencuba solat, Amanda cuba berpuasa di bulan Ramadan dan membaca satu atau dua halaman kitab suci al-Quran setiap kali waktu yang terluang.

Lalu semua ini membuatkan Amanda merasakan ada perubahan dalam caranya memandang kehidupan dunia.

Kicauan burung turut membuat beliau bersyukur kepada Allah akan kurnia deria pendengaran ini. “Melihat kuda menggoyang-goyangkan kepalanya turut membuat hati saya bersenandung memuji Dia yang menciptakan makhluk yang sungguh indah itu,” tambahnya.

Hari demi hari, hati Amanda makin tertaut kepada Islam, komitmennya dalam memeluk Islam itu semakin dalam.

“Seperti pancaran rasa ingin tahu di mata anak-anak saat menemukan sesuatu yang baru, mengingatkan saya akan kurnia ilmu pengetahuan dan membuat saya sangat ingin memahami ajaran Islam,” tutur anak gadis ini.

Beliau solat lima waktu setiap hari, menghafal surah-surah al-Quran dan sering berkunjung ke masjid berhampiran.

Amanda (kiri) solat lima waktu setiap hari

Meskipun demikian, Amanda sempat dilanda kegelisahan. Beliau bingung untuk mendefinisikan dirinya dalam kategori muslim yang mana sama ada konservatif, sufi, atau muslim moden abad ini?

Kegelisahan itu membuatkan Amanda berhati-hati untuk berjalan di antara laluan sikap yang skeptis dan spiritualnya.

“Saya berusaha untuk berfikir secara objektif terhadap apa pun yang saya pelajari. Saya berusaha menghindari kelakuan yang hanya didorong oleh keinginan untuk merasa sesuai dan padan dengan kehendak diri saya sahaja.

“Tetapi berusaha untuk mengikuti jalan yang memang benar untuk saya lalui,” ujarnya lagi.

Sehinggalah pada suatu hari, setelah balik daripada kerja, Amanda menuju ke masjid untuk berehat sambil ingin merasakan ketenangan. Setibanya di masjid itu, beliau yang hanya berseluar jean, berkemeja lengan panjang, tanpa menutup kepalanya, Amanda berniat untuk melaksanakan solat.

Tiba-tiba ada seorang lelaki yang kelihatannya tidak senang dengan kehadiran Amanda itu lalu menegurnya dengan suara yang agak keras.

“Apa perlunya kamu ke masjid ini,” tanya lelaki itu.

“Saya di sini untuk solat,” jawab Amanda tegas.

Lelaki itu berkata lagi, “Bagaimana kamu hendak bersolat dalam keadaan yang seperti ini? Mana tudung kamu?”

Pertanyaan itu membuatkan Amanda terkesima.

“Haruskah melayani orang ini. Tidak bolehkah dia mengeluarkan kata-kata yang memberikan saya semangat dan motivasi,” fikirnya.

Ekspresi Ketakwaan

Lalu Amanda menuju ke tempat solat wanita, mengambil sepasang telekung, lalu beliau pun bersolat.

Amanda kemudiannya berdoa kepada Allah agar menolongnya, agar ia diberi kesabaran dan petunjuk. Beliau berdoa minta ditunjukkan cara jika beliau akan berhadapan dan bertemu lelaki itu lagi.

Beliau kemudiannya memutuskan untuk lebih melibatkan dirinya dengan komuniti Muslim.

Amanda ingin tahu bagaimana orang lain melihat siapa dirinya, berharap akan bertemu beberapa orang yang akan menerimanya sebagai seorang yang merdeka, menerimanya sebagai seorang perempuan Barat sekali gus seorang muslimah.

“Saya mengucap dua kalimah syahadat setelah melalui satu perjalanan spiritual yang panjang. Jalan yang membawa saya kepada Islam. Untuk saya menerima agama ini dan menghormati ajarannya,” kata Amanda.

“Saya ingin menunjukkan pada semua orang bahwa saya tidak memerlukan seorang lelaki yang menyuruh saya memakai tudung hanya kerana itu yang biasa dilakukan dalam budaya bangsanya,” kata Amanda.

Lalu Amanda menghubungi pihak masjid dan menyatakan ingin menjadi sukarelawan.

Pihak masjid tidak menolak permintaannya itu yang menyaksikan secara rutin beliau datang hampir setiap hari terutama pada hari Jumaat dan beliau ramah memperkenalkan dirinya pada setiap orang yang hadir ke masjid itu.

Tanpa diduga Amanda bertemu dengan ramai muslimah yang juga seperti dirinya; berdikari, penuh semangat dan kadang kala begitu humor. Di antara mereka merupakan ahli akademik, pelajar, pemimpin dan aktivis masyarakat.

Namun seperkara yang menarik perhatian Amanda, kesemua kenalan wanitanya itu memakai tudung dalam pelbagai gaya dan fesyen yang menutup aurat.

Akhirnya, Amanda menyedari bahawa tudung atau purdah bukan sebuah tradisi atau budaya sesuatu bangsa, tapi ekspresi ketakwaan seorang muslimah.

“Saya sudah faham bahawa bertudung itu adalah tuntutan dalam Islam. Dan saya memutuskan untuk memakainya sebagai identiti diri saya. Saya inginkan sesuatu seperti tudung itu sebagai yang mengingatkan saya akan siapa diri saya kini,” ungkapnya penuh makna.

Wanita Adalah Perhiasan
Oleh al_mawardah

Dari Abu Abdulloh bin ‘Amr Rodhiyallohu ‘Anhuma bahwa Rosulullooh Sholalloohu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Dunia ini adalah perhiasan/kesenangan dan sebaik-baik perhiasan/kesenangan dunia adalah wanita sholihah.” [HR. Muslim: 3649, Nasai, Ibnu Majah, dan Ahmad]

Dalam lafazh lain:

“Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan dan tidak ada di antara perhiasan dunia yang lebih baik daripada wanita sholihah.” [HR. Ibnu Majah: 1855]

Dalam lafadz lain:

“Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita sholihah.” [HR. Ahmad 2/162]

WANITA DAN KEINDAHAN

Sudah menjadi sunnatulloh bagi anak Adam diberikan kepada mereka berbagai kenikmatan yang mereka cintai dan jadikan pandangan mereka dengannya di dunia ini sebagaimana firman Allah Subhaanahu wa Ta’ala, “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang dingini, yaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia. Dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).” [QS. ‘Ali Imron: 14]

Ketika menyebutkan berbagai hal yang menjadi kecintaan manusia dalam ayat ini, Alloh mendahulukan wanita sebelum yang lain, Hal ini memberikan isyarat bahwa wanita menjadi sumber terbesar kenikmatan, kesenangan, dan perhiasan hidup di dunia ini. Tidak terkecuali bagi Rosululloh Sholalloohu ‘Alaihi wa Sallam sebagai sosok manusia terbaik dan termulia, wanita adalah sesuatu yang paling beliau cintai di antara kenikmatan dunia yang lain, dan ini merupakan fitroh beliau sebagai manusia biasa.

Dari Anas Rodhiyallohu ‘Anhu bahwa Rosululloh Sholalloohu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Aku diberikan rasa cinta di dunia ini terhadap para wanita dan wewangian, dan dijadikan penyejuk mataku ada di dalam sholat.” [HR. Ahmad dalam Musnad-nya 3/128, 199, 285 dan Nasai dalam al-Mujtaba 7/61, 62]

Walhasil, Alloh Subhaanahu wa Ta’ala telah menciptakan wanita sebagai perhiasan dan bahkan perhiasan terbesar dunia ini namun sekaligus ia juga merupakan fitnah terbesar di dunia ini yang pernah diciptakan Alloh bagi kaum laki-laki.

WANITA SHOLIHAH

Alloh Subhaanahu wa Ta’ala telah memberikan sebuah definisi wanita sholihah yang menjadi perhiasan dan kesenangan terbaik di dunia, sebagaimana dalam firman-Nya, “……….. maka wanita sholihah ialah yang taat kepada Alloh serta memelihara diri ketika suaminya tidak ada. Oleh karena Alloh telah memelihara (mereka) …………” [QS. An-Nisa’: 34]

Dari Abu Huroiroh Rodhiyallohu ‘Anhu berkata: “Nabi Sholalloohu ‘Alaihi wa Sallam ditanya, ‘Siapakah wanita yang paling baik?’ Beliau menjawab, ‘(Sebaik-baik wanita) adalah yang menyenangkan (suami)-nya jika ia melihatnya, manaati (suami)-nya jika ia memerintahnya, dan tidak menyelisihi (suami)-nya dalam hal yang dibenci suami pada dirinya dan harta suaminya’.” [HR. Ahmad, Al-Hakim, An-Nasai dalam As-Sunan Al-Kubro, dan Ath-Thobroni. Dishohihkan oleh Al-Albani dalam Shohih Al-Jami’ush Shoghir No. 3298]

Rosululloh Sholalloohu ‘Alaihi wa Sallam juga berwasiat untuk memilih wanita yang memilki dien (agama) yang baik sebagai ukuran kesholihan seorang wanita. Bukan kecantikan, kedudukan, atau hartanya.

Dari Abu Huroiroh Rhodiyalloohu ‘Anhu bahwa Rosululloh Sholalloohu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Wanita dinikahi karena empat hal: karena hartanya, kedudukannya, kecantikannya, dan karena dien (agama)-nya. Maka pilihlah yang memiliki dien maka engkau akan beruntung.” [HR. Bukhori dan Muslim]

KHOTIMAH

Bagi laki-laki, hal ini merupakan wasiat agar mereka memilih wanita bukan sekedar karena kecantikan, kedudukan, atau harta wanita semata. Karena hal itu bukanlah ukuran kebahagiaan yang hakiki di dunia ini. Namun hendaknya ia lebih mengutamakan sisi dien karena itulah yang akan memberikan hakikat kebahagiaan hidupnya di dunia dan di akhirat.

Adapun bagi para wanita, ini merupakan dorongan untuk menjadi perhiasan terbaik di dunia, wanita yang sholihah, wanita yang mendorong suami dan keluarganya untuk semakin beriman dan bertaqwa kepada Alloh Subhaanahu wa Ta’ala, bukan wanita yang menjadi fitnah terbesar bagi kaum laki-laki yang menjadikan mereka semakin menjauh dari Alloh dan menyeret mereka ke jurang neraka jahannam.

Sedangkan bagi orang tua, ini tentunya sebuah pengingat bahwa ada amanah menunaikan kewajiban mendidik anak-anak mereka untuk menjadi anak-anak yang sholih dan sholihah guna menggapai kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat

Islam tak halang rai Tahun Baru Cina bersama keluarga
Oleh SITI AINIZA KAMSARI

Sambutan meriah termasuk tarian singa di rumah terbuka tahun baru cina yang dianjurkan oleh Hidayah Centre dan Pertubuhan Cina Muslim Malaysia yang diadakan pada tahun lalu.

BELIAU masih ingat ketika itu dadanya berdebar kencang. Sambutan Tahun Baru Cina hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tetapi beliau seolah-olah tidak mempunyai banyak pilihan. Sama ada untuk menyambutnya atau tidak.

Andai beliau seorang penganut Buddha sudah sewajibnya beliau pulang ke kampung di Bandar Maharani, Muar, Johor untuk menyambut Tahun Baru Cina (TBC).

Tetapi masalahnya kini, beliau baharu memeluk Islam, perlukah beliau pulang menyambut perayaan itu?

Lebih-lebih lagi mengenangkan keluarga terutama ibu bapanya masih menyimpan perasaan marah dan tidak puas hati atas tindakannya memeluk Islam itu tanpa pengetahuan mereka, iaitu pada Ogos dua tahun lalu.

Begitulah dilema yang dihadapi oleh anak muda ini, Yeo Wee Kiat, 25, pada tahun pertama atau buat pertama kali hendak menyambut TBC selepas memeluk Islam pada tahun 2011.

“Ibu bapa mana terutama bapa saya yang dapat menerima anak lelaki sulung mereka secara tiba-tiba memeluk Islam. Teruk juga menerima penangan daripada bapa saya.

“Tidak sahaja beliau ‘berceramah’ marah dan kemuncaknya saya dihalau keluar rumah, seolah-olah saya bukan anaknya lagi.

“Mujurlah ibu berjaya memujuk bapa dan meminta supaya saya jangan dibuang dalam hidup mereka,” katanya.

Memeluk Islam tanpa desakan atau pengaruh sesiapa melainkan atas kesedaran dan minat terhadap agama tersebut, Wee Kiat sedar risiko apabila beliau selama-lamanya meninggalkan Buddha, agama yang dipertahankan oleh keluarga dan nenek moyang.

Wee Kiat berkata, dengan keyakinan tinggi terhadap Allah maka segala risiko yang bakal terjadi terutamanya kemarahan ibu bapa akan dihadapi dengan penuh kesabaran.

“Sebabnya, semua itu saya anggap sebagai satu ujian sejauh mana keimanan dan keikhlasan saya memeluk Islam.

“Lantaran apabila bapa menuduh saya sengaja untuk menukar identiti sebagai bangsa Cina semata-mata kononnya untuk ‘masuk’ Melayu dengan memeluk Islam, lalu saya buktikan bahawa saya tetap Cina dengan mengekalkan nama Yeo Wee Kiat,” jelasnya.

Beliau tidak mengubah nama atau menambahkan sebarang nama Melayu atau Islam lain sebagai identiti baru selepas berstatus Muslim.

“Sebagaimana tokoh Cina Muslim yang menjadi idola saya iaitu Ann Wan Seng yang tetap dengan nama asalnya.

“Dengan nama Cina itu bermakna kami tetap berketurunan Cina, namun tetap kental Muslimnya, insya-Allah,” katanya.

Seperkara yang Wee Kiat perlu buktikan terutama kepada ibu bapanya bahawa Islam bukan penghalangnya menyambut tahun baru.

“Cuma saya bimbang mengenai penerimaan keluarga dan kemungkinan saya dihalang menyambutnya. Walhal Islam sendiri tidak melarang selagi saya menjaga batas-batasnya,” jelas beliau.

Lalu Wee Kiat memberanikan diri pulang ke kampung untuk menyambut TBC tahun lalu.

Alhamdulillah, sambutan di luar dugaan. Beliau disambut baik oleh seluruh keluarga terutama ibu bapanya dan seolah-olah mereka menantikan kepulangannya untuk sama-sama menyambut tahun baru.

Lalu saat yang ditunggu-tunggu iaitu acara makan besar pada malam TBC tetap berlangsung dengan meriah walaupun Wee Kiat sendiri tidak dapat menjamah masakan ibunya.

“Saya tidak mahu menyusahkan ibu saya semata-mata menyediakan juadah yang halal. Lalu saya mendapat idea, kenapa tidak saya membeli ayam KFC lalu kami makan bersama-sama seluruh keluarga. Saya dapat makan dan saya rasa seronok kerana dapat belanja keluarga pada hari yang cukup yang bermakna itu,” katanya yang baru tamat pengajian di Universiti Selangor (Unisel).

Sementara menunggu pekerjaan tetap, Wee Kiat kini bertugas sebagai fasilitator program Madrasatul Hayah untuk lepasan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di bawah anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia.

Disebabkan bertugas di situ, rakan-rakan memanggilnya Ikram Yeo.

Wee Kiat sebenarnya tidak dapat melupakan saat manis pada TBC yang lalu kerana bapanya masih sudi menghulurkan angpau kepadanya.

“Saya benar-benar terharu atas pemberian bapa yang sangat bermakna itu kerana masing-masing kini sudah dapat menerima perbezaan agama antara kami. Berbeza agama bukan penghalang untuk satu hubungan baik kami anak beranak.

“Saya amat bersyukur kepada Allah yang memakbulkan doa saya agar tetap diterima oleh keluarga terutama ibu dan bapa kerana selamanya saya tetap memerlukan mereka dalam hidup saya,” katanya.

Untuk sambutan tahun baru yang akan menjelang beberapa hari sahaja lagi, kali ini Wee Kiat akan pulang ke kampung menemui keluarga dengan lebih yakin dan penuh kegembiraan.

Bagi yang sudah lama memeluk Islam, seperti Timbalan Pengerusi Pertubuhan Cina Muslim Malaysia (Macma) Cawangan Selangor, Effenddy Teoh Gin Hoe, TBC sememangnya disambut meriah hampir setiap tahun.

Lebih-lebih lagi beliau adalah anak lelaki sulung dalam keluarga empat beradik. Ibunya yang kini berusia 83 tahun tinggal bersamanya.

Maka menjadi satu tanggungjawab kepadanya menjadi tuan rumah mengumpulkan adik-beradik dan anak-anak saudara terutama bagi acara makan besar, acara minum teh dan pemberian angpau setiap kali tibanya tahun baru.

Boleh dibayangkan kemeriahan beliau sekeluarga menyambut perayaan itu yang tentunya juga sebagai penghormatan dan kasih sayang kepada ibu yang melahir dan membesarkannya sehingga berjaya.

“Walaupun kami berbeza agama dan saya masih berusaha agar ibu mengucap dua kalimah syahadah,” katanya.

Walaupun dahulunya si ibulah yang paling keras membantah Effenddy memeluk Islam sedangkan si ayah tidak berkata apa-apa.

“Ibu bagai terkena histeria apabila tahu saya memeluk Islam. Tetapi itu adalah normal bagi setiap ibu apabila tanpa diduga si anak menukarkan agama.

“Bagi ibu, apabila saya memeluk Islam bermakna saya akan masuk Melayu dan segala-galanya saya akan mengikut cara hidup orang Melayu. Maka ibu bimbang, beliau akan kehilangan anak Cinanya ini,” jelasnya

Dengkuran misteri dari langit
SHAH ALAM – Kejadian bunyi dengkuran kuat diselang-seli bunyi nyaring frekuensi radio yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak pada malam 11 dan 12 Januari lalu menggegarkan banyak kampung sekitar dan terus menjadi misteri hingga kini.

Salah seorang saksi, guru, Mohammad Ferdauz Jumain, 28, berasal dari Kampung Meranek menceritakan semula detik tersebut berkata, dia terjaga pada jam tiga pagi kerana gangguan bunyi misteri tersebut yang terlalu kuat.

Dia berkata, bunyi itu seolah-olah bunyi dengkuran dari kaki langit namun tidak mengetahui dari mana puncanya.

“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki apa-apa pun, tetapi semakin lama bunyi tersebut semakin kuat. Saya mengejutkan ibu dan ayah, kami terus tertanya-tanya bunyi apa itu. Saya juga sempat menghubungi dan menghantar SMS kepada beberapa kawan terdekat, mereka juga terdengar bunyi yang sama.

“Semakin pelik dengan bunyi itu, saya dan ayah mengambil keputusan memeriksa di luar rumah tetapi kami terkejut kerana bunyi itu dari tempat yang jauh, jiran-jiran saya yang lain pun terjaga,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ayahnya, Jumain Abang, 69, penduduk asal Kota Samarahan menjelaskan, sepanjang hayat itulah kali pertama dia terdengar bunyi dengkuran yang amat kuat dari langit.

“Kita hanya boleh berdoa kepada ALLAH semoga segalanya selamat dan tidak berlaku apa-apa, mungkin bunyi itu boleh dijelaskan oleh mereka yang pakar,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bunyi tersebut berpunca dari kilang kelapa sawit berdekatan, Ferdauz menafikan dakwaan itu kerana bunyi enjin memproses kelapa sawit tidak mungkin didengari sehingga ke Kampung Muara Tuang yang sejauh 10 kilometer.

Katanya lagi, pada malam pertama kejadian, jiran sekeliling keluar beramai-ramai dari rumah kerana berasa amat pelik di samping perasaan yang takut dan panik.“Pada malam kedua (12 Januari) saya dan penduduk sekitar Samarahan sudah bersedia untuk merakamkan kejadian tersebut dan Alhamdulillah kami berjaya merakamnya,” katanya.

Jurutera komputer, Mohd Adzil Yusuf, 28, yang tinggal di Desa Ilmu, kira-kira tiga kilometer dari Kampung Meranek turut mendengar bunyi tersebut namun tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya.

“Selepas kejadian malam pertama kecoh, saya mengambil keputusan untuk memeriksa sendiri kilang kelapa sawit yang dikatakan punca bunyi itu, namun saya dapati kilang itu tidak mengeluarkan bunyi apa pun,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan dan teori banyak pihak di laman-laman web yang mengatakan bunyi itu berpunca daripada program High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP), Ferdauz tidak menolak kemungkinan itu kerana pada malam kejadian dia sempat melihat awan di langit dalam keadaan ‘bergaris-garis’.

“Bentuk awan pada malam itu seolah seperti kesan asap kapal terbang lurus dalam pertunjukan udara tetapi banyak, jadi berdasarkan kajian saya, kemungkinan HAARP menjadi punca itu ada,” katanya.

HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.

HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.

Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument (IRI).

IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.

Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia sejak tahun lepas.

Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.

Daripada maklumat, sehari sebelum kejadian ini perkara yang sama turut berlaku di Aaborg, Denmark bahkan bunyi aneh yang menakutkan ini pernah didengar dan direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu

Tips Lahir diri sebagai isteri solehah
Oleh MuslimahNgoya

1. Mainkan setiap peranan isteri dengan seimbang iaitu sebagai isteri, kekasih, kawan, penyokong, perangsang, penasihat, pendengar, pendidik dan pendoa.

2. Sentiasa taat kepada semua suami dalam semua hal yang dibenarkan oleh syarak. Tetapi isteri tidak perlu taat dalam hal yang melibatkan kemungkaran.

3. Layan setiap keperluan suami dengan saksama terutama keperluan seksual. Bagi suami, hubungan seks adalah bukti dan kaedah mengeratkan kasih sayang yang penting.

4. Fahami kerenah suami dan banyak bersabar. Gunakan gerak hati yang sedia ada dalam diri wanita bagi memahami kehendak dan pengharapan suami tanpa perlu disebut.

5. Didik suami berkenaan apa yang anda harapkan secara hikmah. Adakalanya anda kena berpesan kepada suami sehingga 200 kali untuk dia faham dengan jelas. Sabar apabila memberi pesanan kepada suami.

6. Berhias dan pastikan anda sentiasa kemas serta menawan untuk suami. Bincang dengan suami cara penampilan yang dia gemari. Lakukan mengikut kehendaknya.

7. Maafkan suami dan orang lain setiap malam sebelum tidur dan minta maaf daripada suami. Kemaafannya mencuci hati, menyembuhkan sakit, mencantikkan wajah, menarik sayang dan memakbulkan doa.

8. Doakan suami setiap masa. Doa mengeratkan roh anda dengan roh suami. Seterusnya membentuk kasih sayang yang mendalam dan berkekalan.

9. Pastikan anda melebihkan suami daripada ibu bapa ataupun orang lain. Tetapi pastikan anda bersopan santun terhadap ibu bapa supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

10. Berbahagialah apabila melahirkan anak seramai yang munasabah. Asuh dan didik anak sebaik mungkin. Jangan terlalu mengharapkan orang lain mendidik anak anda.

11. Pastikan anda meminta izin suami setiap kali keluar dari rumah ataupun dapatkan keizinan dalam jangka masa panjang. Keluar rumah tanpa izin adalah berdosa.

12. Elakkan daripada menjadi queen control. Nabi menyatakan, suami yang terpaksa taat kepada isterinya akan binasa dan rumahtangga akan musnah.

13. Pandang suami dengan lemah lembut, senyum, kata yang manis, sentuhan, dengar cakapnya dan peluk dia semasa pergi dan balik kerja.

14. Temankan suami makan walaupun anda sudah makan. Ramai suami rasa terbiar apabila terpaksa makan bersendirian selalu. Amalkan makan bersama suami.

15. Sesekali mandi bersama suami. Ini dapat mengeratkan kasih sayang dan keakraban antara suami dan isteri. Mandi bersama adalah sunah.

16. Rawat suami dengan penuh kasih sayang apabila sakit. Sentuhan dan kata-kata manis yang positif bertindak sebagai ubat yang mujarab.

17. Mengalahlah kepada suami bagi perkara yang harus. Suami rasa kecewa dan kurang berwibawa apabila isteri melawan atau enggan patuh arahan. Ini menyebabkan suami stres.

18. Tutup diri anda daripada sebarang lelaki lain. Pastikan anda menutup aurat dengan sempurna untuk kejayaan dunia dan akhirat.

19. Cintai suami sepenuhnya dan senangkan hati suami. Suami anda adalah lelaki terbaik buat anda mengikut perancangan Tuhan. Dan anda adalah wanita terbaik bagi suami anda.

20. Jaga rahsia suami. Ada isteri yang tanpa sedar menceritakan keburukan suami kepada kawan ataupun ahli keluarga lain. Perbuatan ini salah dan berdosa.

21. Tuhan tidak memandang isteri yang tidak berterima kasih atas kebaikan suaminya. Justeru, berterima kasihlah atas kebaikan yang suami lakukan.

22. Kebanyakan penghuni neraka adalah wanita kerana ramai wanita yang menyumpah seranah dan tidak bersyukur kepada suami mereka. Elak daripada khianat atau sabotaj suami.

23. Elakkan daripada menyakiti hati suami dengan bertindak malas, melawan, menghina, komplen, menghambakan suami, sombong ataupun buat perkara yang suami larang.

24. Jangan menerima tetamu yang bukan muhrim semasa suami tiada di rumah. Ini amalan yang bakal menghancurkan rumahtangga.

25. Kejutkan suami untuk sembahyang malam dan isteri juga turut sama melakukan sembahyang malam. Ia adalah amalan yang menarik hidayat dan menerangkan kubur.

26. Dalam kes berpoligami, jangan menyuruh suami menceraikan madu anda. Ini kesalahan yang amat besar. Belajarlah bersabar dan berkongsi dengan aman.

27. Isteri yang meminta cerai tanpa alasan yang sail, tidak akan masuk syurga. Justeru, jangan meminta cerai apabila tiada alasan yang dibenarkan syarak.

28. Benteng diri daripada gangguan syaitan dengan membaca basmalah, ta’awuz, ayat kursi, sembahyang 5 waktu, sentiasa dalam keadaan berwuduk dan baca Fatihah dengan ayat 3 ‘Qul’.

29. Kekalkan sifat malu dalam diri wanita. Sifat malu untuk lelaki itu baik. Sifat malu untuk wanita itu sangat baik. Wanita yang hilang sifat malu jatuh martabat dan maruah diri.

30. Apabila suami balik kerja, beri dia rehat 30 minit sebelum bertanya pelbagai soalan. Sampaikan berita yang baik dan kurangkan berita yang buruk.

31. Jadikan Quran sebagai teman dalam menghadapi masalah, gelisah dan sakit. Amalkan juga sembahyang isyrak dan dhuha.

32. Taubat sekarang sebelum terlambat. Pohon maaf daripada suami setiap masa kerana biasanya suami mati dahulu daripada isteri.

33. Jauhi perasaan buruk sangka terhadap suami, mertua, ipar duai, jiran dan orang lain. Apa yang kita sangkakan itu bertindak sebagai doa dan mungkin berlaku.

34. Bersangka baik dengan semua ketentuan Tuhan. Apa yang Tuhan tentukan adalah terbaik untuk kita dan untuk semua orang di sekitar kita. Orang jahil tak nampak hakikat ini.

35. Penuhi semua hak Tuhan. Apa yang Tuhan suruh, lakukan semuanya. Apa yang dilarang jauhi sepenuhnya. Apa yang Tuhan beri kita terima dengan redha dan syukur.

36. Kenal pasti punca yang menyebabkan kita marah. Adakah kita terlalu sensitif, gangguan, tertekan, tidak dihargai, orang ambil hak kita, masalah rumahtangga dan sebagainya. Selepas mengetahui punca, mudah kita mengatasi masalah.

37. Fahami kesan marah. Wajah hodoh, sakit jantung, darah tinggi, selesema, jangkitan virus, tulang rapuh, mati syahwat, hancur rumahtangga. Justeru, kawal marah.

38. Bergaul dengan orang yang baik-baik. Cari kawan baru. Orang yang mempunyai ramai kawan baik tidak gagal di dunia dan akhirat. Bagi mendapatkan kawan baik, jadilah kawan yang baik.

39. Buat undang-undang di rumah. Apabila suami marah, kita diam dan bersabar. Apabila kita marah, suami diam, sabar dan pujuk kita. Mengalah tanda orang yang hebat dan matang.

40. Ubat hati yang berkarat dengan solat taubat, istighfar, baca Quran, sedekah, minta maaf, maafkan semua orang, beri orang makan dan berkawan dengan orang alim ataupun yang baik-baik.

41. Sambut suami setiap masa dengan cara yang menyenangkan. Berhias diri dahulu sebelum membuka pintu menyambut kepulangan suami. Beri air dan picit tengkuk dan bahu suami setiap petang.

42. Suara yang lunak dapat mengubat jiwa dan merawat tekanan yang dihadapi suami. Indahkan dan lembutkan suara setiap kali bercakap dengan suami.

43. Apabila melakukan hubungan seks dengan suami, pamerkan yang terbaik. Seboleh bolehnya penuhi kehendak suami. Suami rasa amat kecewa dan terluka apabila kehendaknya ditolak.

44. Redakan marah suami dengan hikmah. Jangan menjawab walaupun kita betul. Terangkan hal sebenar apabila suami sudah reda. Rumahtangga hancur apabila suami isteri sama-sama ego.

45. Sentiasa muliakan keluarga suami. Layan mereka seperti keluarga sendiri. Apabila kita sayang suami, kita wajib memuliakan orang yang suami kita sayang.

46. Cemburu itu sifat orang yang beriman dan tanda sayang. Tetapi cemburu yang berlebihan buat suami serba-salah dan tertekan. Apabila terasa cemburu terus berdoa supaya Tuhan selamatkan rumahtangga kita.

47. Isteri mithali mengawal diri daripada melakukan sebarang dosa besar. Dosa kecil yang diulang-ulang menjadi dosa besar. Segera bertaubat apabila melakukan dosa.

48. Jangan benarkan kemungkaran berlaku dalam rumahtangga kita. Pesan pada diri dan ahli keluarga supaya menghindari kemungkaran. Apabila melakukan kemungkaran, hidayat Tuhan tidak turun ke rumah kita.

49. Amalan harian terbaik isteri mithali adalah sembahyang taubat, istighfar 70 kali, sembahyang hajat, memaafkan semua orang, bersangka baik kepada semua orang dan doakan keluarga dan semua jiran kita.

50. Seimbangkan hidup dengan membersihkan hati, membetulkan amalan, berkawan dengan orang yang baik, jaga solat, berkatkan rezeki, riadah dan buat semua perkara sebaik mungkin

Kepimpinan Saidina Abu Bakar
Oleh: MERONG

“Nama sebenar Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorang saudagar yang tersangat kaya serta datangnya dan keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi,

Abu Bakar telah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidak pernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesar Quraisy yang lain. Dan segi umur, Saiyidina Abu Bakar R.A. adalah dua tahun lebih muda dan Rasulullah S.A.W. dan telah menjalin persahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W. menjadi Rasul.

Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekali berkorban harta benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi Muhammad S.A.W. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernah mengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbanan Saiyidina Abu Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan kepadanya itu adalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupun perbuatan Nabi Muhammad S.A.W.

Dalam hal ini elok kita petik suatu kisah seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud yang dicenitakan sendiri kepadanya oleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar R.A. memeluk agama Islam.Dan memanglah tidak menghairankan sekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah kenal akan Muhammad S.A.W. bukan sehari dua, melainkan sudah boleh dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahawa sahabatnya itu benkata benar, tak pernah bohong; orang amin. Mustahil baginda akan khianat kepada pengikutnya yang pencaya kepadanya.

Beliau mengimani sahabatnya itu Pesunuh Allah Yang Maha Kuasa, menenima wahyu danipada Tuhannya. Beliau sudah bertahun-tahun mengikutkan petunjuk yang diwahyukan oleh Allah kepada sahabatnya itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya. Keunggulan beliau dapat dilihat dengan jelas selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. di kala mana ummat Islam hampir-hampir menjadi panik serta tidak percaya kepada kewafatannya.

Bahkan sahabat besar Saiyidina Umar Al Khattab sendiri telah diselubungi kekacauan fikinan dan tampil ke muka umum sambil mencabar dan mengugut sesiapa sahaja yang berani mengatakan baginda telah wafat. Ujan Umar n.a., “Rasulullah tidak wafat, dia hanya pergi menghadap Allah sahaja seperti perginya Nabi Musa yang telah menghilangkan diri dan kaumnya selama empat puluh hari, kemudian pulang semula kepada kaumnya setelah diheboh-hebohkan wafatnya. Ketika kegawatan itu berlaku Saiyidina Abu Bakar sedang berada di suatu kampung Al-Sunnah.

Tatkala berita kewafatan Rasulullah itu sampai kepadanya, beliau dengan segera menuju ke Madinah. Di sana beliau dapati ramai orang sedang benkumpul mendengarkan pidato Saiyidina Umar Al Khattab tadi. Tanpa lengah-lengah lagi Saiyidina Abu Bakar terus ke rumah puterinya Siti Aisyah dan di sanalah beliau dapati mayat Rasulullah S.A.W. terbujur di satu sudut rumah. Beliau lantas membuka wajah Rasulullah dan mengucupkannya, sambil benkata, “Wahai, betapa cantiknya engkau ketika hidup dan betapa cantiknya engkau ketika mati!

Kemudian beliau pun keluar mendapatkan orang ramai yang sedang dalam panik itu lalu berkata dengan nada yang keras: “Wahai kaum Muslimin! Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka Muhammad telah mati. Tetapi barangsiapa yang menyembah Allah maka Allah selama-lamanya hidup tidak mati. Seraya menyambung membacakan sepotong ayat dan Al Qun’an: “Muhammad itu tidak lebih dari seorang rasul seperti rasul-rasul yang terdahulu darinya. Jika ia mati atau terbunuh patutkah kamu berundur ke belakang.

Sesiapa yang surut ke belakang, dia tidak akan membahayai Allah sedikit pun dan sesungguhnya Allah akan memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur. Sejurus sahaja mendengar ayat itu, Saiyidina Umar Al Khattab pun terus rebah hingga barulah beliau dan orang ramai Islam yang telah mendengar pidatonya tadi mendapat kepastian bahawa Rasulullah sudah wafat. Kaum Muslimin tentunya telah pernah dengar ayat ini sebelumnya, kerana ayat itu telah turun semasa peperangan Uhud, ketika Rasulullah S.A.W. telah diberitakan mati terkorban dan menyebabkan banyak pejuang-pejuang Islam berundur ke Madinah.

Tetapi mereka tidaklah memahami maksud ayat ini seperti yang difahami oleh Saiyidina Abu Bakar R.A. Ini jelas membuktikan kecerdasan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dalam memahami Islam. Ketika Rasulullah S.A.W. wafat, baginda memang tidak meninggalkan pesan tentang siapa yang patut menggantikan baginda sebagai Khalifah ummat Islam. Tetapi setelah lama berbincang kaum Muslimin dengan suara ramai memilih Saiyidma Abu Bakan Al-Siddiq sebagai Khalifah setelah namanya itu dicalunkan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab R.A. Pemilihan ini tentulah tepat sekali kenana pada pandangan kaum Muslimin memang beliaulah yang paling layak sekali memegang kedudukan itu memandangkan kelebihan-kelebihannya dari para sahabat yang lain.

Apatah lagi beliaulah yang pernah ditunjuk oleh baginda Rasul semasa hayatnya untuk menggantikan baginda sebagai imam sembahyang tatkala baginda sedang uzur. Setelah dipilih oleh sebahagian besar ummat ketika itu Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq pun memberikan ucapannya yang tenkenal yang antana lainnya baginda berkata: “Wahai sekelian ummat!

Aku telah dipilih menjadi pemimpin kamu padahal aku ini bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Sebab itu jika pemenintahanku baik, maka sokonglah, tetapi jika tiada baik, maka perbaikilah. Orang yang lemah di antara kamu adalah kuat pada sisiku hingga aku harus menolongnya mendapatkan haknya, sedang orang yang kuat di antara kamu adalah lemah pada sisiku, hingga aku harus mengambil hak orang lain yang berada di sisi nya, untuk dikembalikan kepada yang berhak semula. Patuhilah kepadaku selama aku patuh kepada Allah dan RasulNya. Akan tetapi jika aku mendurhakai Allah, maka kamu sekelian tak harus lagi patuh kepadaku. A

ku dipilih untuk memimpin urusan ini padahal aku enggan menerimanya. Demi Allah aku ingin benar kalau ada di antaramu orang yang cekap untuk urusan ini. Ketahuilah jika kamu meminta kepadaku agar aku berbuat sebagai yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. sungguh aku tidak dapat memperkenankannya, Rasulullah adalah seorang hamba Allah yang dapat kurnia wahyu dari Tuhan, kerana itu baginda terpelihara dari kesalahan-kesalahan, sedang aku ini hanyalah manusia biasa yang tidak ada kelebihannya dari seorangpun juga di antara kamu.

Ini adalah satu pembaharuan dalam pemerintahan yang belum pernah dikenali oleh rakyat jelata kerajaan Rome dan Parsi yang memerintah dunia barat dan timur ketika itu. Baginda telah mematuhi manifesto politiknya. Baginda hidup seperti rakyat biasa dan sangat tidak suka didewa-dewakan. Adalah diriwayatkan bahawa pada satu masa ada orang memanggilnya,

”Ya Khalifah Allah! Baginda dengan segena memintas cakap orang itu dengan katanya: “Saya bukan Khalifah Allah, saya hanya Khalifah RasulNya! Adalah diriwayatkan bahawa pada keesokan harinya iaitu sehari setelah baginda terpilih sebagai Khalifah, Saiyidina Abu Bakan R.A. kelihatan membawa barang perniagaannya ke pasar. Beberapa orang yang melihat itu lalu mendekati baginda, di antananya Abu Ubaidah Bin Janrah. Sahabat besar itu mendekati baginda seraya berkata,

”Urusan Khalifah itu tidak boleh dicampuri dengan berniaga! Lalu Abu Bakar R.A. bertanya, “Jadi dengan apakah aku hidup, dan bagaimana aku membelanjai rumah tanggaku? Demikian sedihnya nasib yang menimpa Saiyidina Abu Bakar R.A. sebab walaupun kedudukannya sebagai Kepala Negara namun belum ada lagi ketetapan untuk bagi seseorang kepala pemenintah Islam memperolehi gaji dari hanta kerajaan. Keadaan ini mendapat perhatian dari para sahabat lalu mereka menentukan tunjangan secukupnya buat baginda dan buat keluarga baginda yang diambil dari Baitul Mal.

Kemudian itu baharulah Khalifah Abu Bakar meninggalkan usaha penniagaannya kerana hendak memusatkan selunuh tenaganya untuk mengembangkan agama Islam dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Khalifah. Semasa hertugas sebagai Khalifah ummat Islam baginda hanya menerima penuntukan sebanyak enam ribu dirham sahaja setahun iaitu kira-kira lebih kurang 1,200 dolar sahaja setahun. Peruntukan itu tidak dibelanjakannya untuk keperluan dirinya malahan sebelum wafatnya baginda telah memenintahkan supaya pendapatannya itu diserahkan kembali kepada Baitul Mal.

Kebijaksanaan Abu Bakar R.A. juga ternyata dalam polisinya menyamakan pemberian elaun kepada orang-orang yang berhak agar mereka tidak dipisahkan oleh jurang-jurang perbezaan yang jauh agar tidak lahir satu golongan yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa dan golongan-golongan yang lain. Sedangkan baginda sendiri hanya mengambil sekadar keperluan-keperluan asasi buat diri dan keluarganya.

Sebelum baginda wafat, kepada Saiyidina Umar Al Khattab baginda telah mewasiatkan agar jangan menghiraukan jenazahnya nanti bila baginda pulang ke rahmatullah, melainkan haruslah dia segera mengirim bala tentera ke Iraq untuk membantu Al Muthanna yang sedang bertempur di Iraq itu. Saiyidina Abu Bakar R.A. tidak lupa mengingatkan Saiyidma Umar R.A. apa yang dikerjakannya di waktu Rasulullah wafat dan bagaimana cintanya kepada Rasul dan perhatiannya kepada jenazah baginda yang suci itu tidak mengabaikannya dan melaksanakan kewajipan bianpun yang demikian itu amat berat bagi jiwanya.

Dengarlah antara lain kata-katanya kepada Umar Ibnul Khattab R.A.: “Denganlah hai Umar! Apa yang akan kukatakan ini dan laksanakanlah. Aku mengharap akan kembali ke hadrat Allah hari ini sebab itu sebelum matahani terbit pada esok hari engkau hendaknya telah mengirim bala hantuan kepada Al Muthanna. Janganlah hendaknya sesuatu bencana bagaimana pun besannya dapat melupakan kamu dan urusan agama dan wasiat Tuhan. Engkau telah melihat apa yang telah ku lakukan tatkala Rasulullah wafat sedang wafatnya Rasulullah itu adalah satu bencana yang belum pernah manusia ditimpa bencana yang sebesar itu.

Demi Allah, andaikata di waktu itu aku melalaikan perintah Allah dan RasulNya, tentu kita telah jatuh dan mendapat siksaan Allah, dan pasti pula kota Madinah mi telah jadi lautan api. Dalam masa pemerintahannya yang singkat Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq yang memerintah hanya dalam masa dua tahun sahaja itu telah meletakkan asas pembangunan sebuah pemenintahan Islam yang teguh dan kuat setelah berjaya mengatasi berbagai macam masalah dalam negeri dengan segala kebijaksanaan dan kewibawaannya.

Baginda telah memenuhi segenap janji-janjinya dan dalam masa dua tahun pemerintahannya itu telah terbentuk rantai sejarah Islam yang merupakan lembaran-lembaran yang abadi. Sungguh kehidupan Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq adalah penuh dengan ibarat, penuh dengan nasihat, penuh dengan ajaran serta kenang-kenangan yang indah mulia. Selama dua tahun pemerintahannya itu baginda telah berjaya menyusun tiang-tiang pokok dan kekuatan Islam. Baginda telah membangunkan kekuatan-kekuatan yang penting bagi memelihara kepercayaan kaum Muslimin dan bagi memelihara keagungan Agama Islam. Bahkan baginda telah mengakhiri niwayat pemerintahan yang dipimpinnya dengan menundukkan sebahagian daripada negeri Syam dan sebahagian danpada negeri Iraq, Lalu pulang ke rahmatullah dengan dada yang lapang, ketika umur baginda menginjak 63 tahun. Baginda dikebumikan di samping makam Rasulullah