Ringankan tangan bersedekah


Oleh AHMAD LUQMAN HAKIM

SERINGKALI kita disogokkan dengan berita pengemis jalanan atau peminta sedekah tidak berlesen berlegar-legar di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Sebahagian kita mungkin mencemuh mereka malah tidak kurang juga mengumpat mereka.

Namun tidak dinafikan ramai daripada rakyat Malaysia mempunyai nurani bersih, mudah memberi wang atau apa-apa bantuan.

Isu yang timbul di sini bukannya mengenai fenomena mengapa pengemis itu masih berkeliaran ataupun sikap bergantung harap dengan sedekah orang lain.

Saya lebih suka menekankan kebaikan atau kelebihan memberi sedekah. Kita tidak perlu menyalahkan para peminta sedekah itu. Bukan mereka yang meminta untuk mejadi seperti itu, tetapi kita ini yang berperanan untuk melaksanakan amalan yang disukai oleh Allah dan Rasulullah s.a.w.

Mari kita teliti dalil-dalil al-Quran dan hadis Nabi yang menyebut tentang fadilat sedekah dan manfaat kita bersedekah. Allah menyebut dalam surah al-Baqarah ayat 261, bermaksud: “Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji.

Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang disukainya dan Allah Maha Luas kurnianya dan lagi Maha Mengetahui.”

Apa yang dapat difahami daripada ayat ini? Secara ringkas, ayat ini menzahirkan betapa beruntungnya insan yang bersedekah ini.

Anloginya, kita menderma RM1.00, Allah menggandakan pahala kita sebanyak tujuh kali ganda, malah lebih lagi! Masya-Allah.

Bukankah pahala sebegini yang kita mahukan dan impikan?

Tidak cukup dengan itu, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang sanggup di antara kamu menjaga dirinya daripada api neraka, hendaklah dia bersedekah walau hanya dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik.” (Riwayat Ahmad dan Muslim).

Hadis ini jelas menyatakan kita bahawa walaupun semiskin mana pun kita di anggapan kita, jangan pernah berasa berat untuk bersedekah. Jangan kita membayangkan hanya wang sahaja, makanan, pakaian malah kata-kata kita dianggap sedekah di sisi Allah Taala.

Betapa beruntungnya kita selaku umat Muhammad s.a.w. yang dianugerahkan pelbagai nikmat dan ganjaran yang berlipat-lipat kali ganda, Subhanallah!

Bukan setakat itu sahaja Allahtitipkan dalam al-Quran tentang manfaat bersedekah ini, begitu juga dengan hadis-hadis Nabi yang banyak lagi riwayatnya, namun pada kesempatan terhad ini, moleklah hanya dua sahaja untuk kita ketahui bagi pedoman kita semua. Ayuh kita singkap apa yang dikatakan oleh sebahagian ulama muktabar di seluruh dunia berkenaan isu sedekah ini.

Menurut sebahagian ulama kontemporari, sedekah itu terdapat sepuluh kebaikan dan kelebihan, iaitu lima di dunia dan lima di akhirat:

LIMA DI DUNIA

1. Mencuci hartanya

2. Mencuci badannya

3. Menolak sebarang penyakit

4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amalan

5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah akan rezekinya

LIMA DI AKHIRAT

1. Allah akan menaungi orang yang bersedekah pada hari Kiamat ketika cuaca panas bersangatan

2. Ringan hisabnya

3. Berat mizannya, iaitu timbangan (amalan) di akhirat

4. Mudah meniti titian siratulmustaqim

5. Bertambah darjatnya di dalam syurga.

Kesimpulannya, amalan sedekah ini mempunyai seribu satu fadilat yang diketahui mahupun tidak diketahui oleh semua Umat Islam. Kita sebagai para hamba Allah yang Maha Memberi perlu mematuhi segala ajaran Islam yang telah disampaikan melalui Rasulullah s.a.w. dengan penuh taat dan takwa.

Sematkan amalan sedekah ini sebagai salah satu kewajipan kita setiap hari. Jika tidak mampu memberi duit, sumbangkan pakaian atau makanan. Andai tidak mampu jua, hulurkan kata-kata manis dan senyuman yang ikhlas kerana semua itu mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah Taala.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 12,845 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 12,845 other followers

%d bloggers like this: