Adab dan cara hormati ibubapa


MAKSUD ADAB DENGAN IBU BAPA

· Bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku.
· Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran anak
· Ibu mengandung akan melahirkan anak
· Ibu bapa juga bertanggungjawab menyara nafkah anak, memberi kasih sayang, dan pendidikan kepada anak
· Oleh itu, setiap anak wajib taat kepada ibu bapanya
· Menderhaka kepada ibu bapa hukumnya adalah haram dan berdosa besar
· Anak yang derhaka akan dimasukkan ke dalam neraka
CARA MENGHORMATI IBU BAPA

1. Dari Segi Percakapan
· Bercakap dengan sopan santun
· Bercakap dengan penuh hormat
· Merendahkan suara
· Menggunakan perkataan yang baik
· Menunjukkan muka yang manis
· Tidak membantah kata-kata mereka.
· Tidak menyakiti perasaan mereka.

2. Dari Segi Pergaulan
· Mencium tangan mereka ketika hendak keluar
· Meminta izin mereka sebelum keluar
· Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka
· Jagan menghulurkan kaki ke arah mereka
· Jangan menjamah makanan sebelum mereka makan
· Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.
· Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan.

Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.
· Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
· Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam.

SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBUBAPA

· Merupakan perintah Allah S.W.T.
· Sunnah Rasulullah S.A.W.
· Sebagai balasan jasa baik mereka
· Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan
· Mendapat pahala dan ganjaran di akhirat
CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

1. Semasa Mereka Hidup
· Membantu ketika diperluakn terutamanya ketika mereka sakit atau tua
· Selalu menziarahi mereka
· Mendoakan kesejahteraan bagi mereka
· Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
· Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
· Merawati mereka ketika sakit.
· Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
· Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
· Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!

2. Setelah Mereka Meninggal Dunia
· Mendoakan agar Allah S.W.T.mengampuni dosa mereka
· Membayar hitang mereka sekiranya ada
· Melaksanakan wasiat mereka yang tidak bercanggah dengan syarak
· Berbuat baik kepada rakan mereka
· Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!

AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA

· Tidak mendapat keredhaan allah s.w.t
· Dibenci oleh allah s.w.t
· Tidak selamat hidup di dunia dan di akhirat
· Mendapat dosa besar
· Institusi keluarga akan hancur
· Masyarakat menjadi kucar-kacir
· Akan mendapat balasan azab neraka di akhirat

HIKMAH MENGHORMATI IBU BAPA

· Mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan Allah S.W.T
· Dihormati dan dikasihi oleh manusia
· Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
· Dikurniakan pahala yang banyak di sisi Allah S.W.T
· Jiwa tenang dan tenteram
· Ikatan kekeluargaan bertambah erat

About these ads
Comments
10 Responses to “Adab dan cara hormati ibubapa”
  1. liyana berkata:

    izinkan saya mengambil maklumat yaa .. terima kasih :)

  2. NORLAILA AZUA berkata:

    saya pun same juga ,sy nk mntk izin untuk mengambil maklumt sbg panduan….thankz:)

  3. yanie karimah berkata:

    saya pun sama nak minta izin….perkongsian ilmu untuk generasi muda….

  4. lin berkata:

    Sy pn nk mtk izin guna mklumt ini dlm pgjrn sy

  5. zulhilmi berkata:

    Benarkan saya ambil maklumat ini.Terima kasih.

  6. wirama iman berkata:

    syukran jiddan3x

  7. faris berkata:

    Saya hendak meminta izin hendak menggunakan maklumat ini..Terima kasih..:D

  8. adeelah berkata:

    As salam…mohon keizinan mengambil maklumat…t.kasih

  9. Anak Emas berkata:

    Berbaktilah Kepada Ibu Dan Ayah, Sebelum Mereka Meniggalkan Kita Untuk Selama-lamanya.

  10. aziah berkata:

    assalamualaikum…saya mohon keizinan utk mengambil maklumat di sini..terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 12,734 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 12,734 other followers

%d bloggers like this: