Kitab Injil 1,500 tahun ditemui di Turki


 

KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan   kedatangan Nabi Muhammad.

KITAB Injil berusia 1,500 tahun yang ditemui di Turki dan dikatakan mencatat ramalan kedatangan Nabi Muhammad.

Terdapat catatan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad SAW

ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.

Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.

 

Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.

 

Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.

Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.

Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.

Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).

Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.

Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).

Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

About these ads
Comments
7 Responses to “Kitab Injil 1,500 tahun ditemui di Turki”
  1. Maimunah berkata:

    Saya tak hairan sedikit pun tentang tulisan tangan Nabi Isa itu, besar kemungkinan, Nabi Isa benar2 telah menulisnya sendiri diatas sekeping kulit, dan disimpan rapi tulisan itu sehingga ianya dibukukan pada kelwatan waaktu itu. tu je, yang depa nak pertikaikan buat apa.?? takut termonyeh kut.

  2. Maimunah berkata:

    Saya minta izin nak publishkan artikal ni diFB boleh tak??

  3. kialjr65.com berkata:

    Reblogged this on KUkial_Jr@com.

  4. abah berkata:

    Semoga Cahaya Terang akan semakin terang, amiin..

  5. em berkata:

    Reblogged this on My Cup of Coffee and commented:
    Mohon reblog.
    Saya ada terjemahan Injil Barnabas oleh Drs Fauzi Haji Awang. I embrace Islam because of the book. Semoga ramai orang yang mendapat hidayaha dengan penemuan ini. Amin.

  6. syaiful.o berkata:

    Kebenaran haqiqi milik Alloh swt biarpun sepandai apapun manusia merubah itu namanya hanya pembenaran..kebenaran isi Kitab njil yang asli tetap akan muncul.. “MAHA SUCI ALLOH DENGAN SEGALA FIRMAN NYA”

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 12,734 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 12,734 other followers

%d bloggers like this: