Video dedah isi Kaabah


LEBIH dua juta umat Islam melakukan tawaf pada musim haji.

SELAMA beratus-ratus tahun, soalan apa ada di dalam Kaabah menjadi
misteri kepada berjuta-juta umat Islam yang melakukan tawaf mengelilingi
‘Rumah Allah’ itu. Hanya golongan diraja Arab Saudi, pemimpin negara
Islam dan orang tertentu dibenarkan memasukinya terutama semasa acara
mencuci Kaabah yang dilakukan setahun sekali.

Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan
rahsia Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke dalam
YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang
pertama seumpamanya yang boleh ditonton oleh orang ramai.

Sebelum ini, keadaan di dalam bangunan batu yang terletak di dalam
Masjidil Haram di Mekah itu sekadar digambarkan dan diceritakan dari
mulut ke mulut.

Paparan di dalam video itu hampir menyamai cerita seorang wartawan
dari Singapura, Ahmad Mohd. Don. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah
itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi
bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.

“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula
dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang
mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8
September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.

VIDEO selama lebih empat minit ini boleh ditonton di YouTube.

Dinding

Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk.

Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat
daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian
dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.

“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu
kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan
kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran.

“Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.

“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan
besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam
Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di
dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran
untuk memasuki Kaabah.

Pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada
apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video
di dalam Kaabah.

Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab
Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram.
Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik
tersebut di kawasan Kaabah.

Tambah  Daud, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan
pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil
Haram.

“Pintu Kaabah akan dibuka semasa  lawatan pembesar  dan juga ketika
hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya
kepada Jurnal.

Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang
mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah.

Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat  replika Kaabah di
Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia   menyerupai isi kandungan sebenar di
dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat
al-Quran.

PINTU Kaabah yang seberat lapan tan diperbuat daripada emas tulen.

Kunci

Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan
diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).

Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari
Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW
meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani
Syaibah.

Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang
dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya
mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak
dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.

Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah
Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, ‘Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya’.

Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah
memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani
Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya.

Keturunan Bani Syaibah telah  diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah  sehingga hari ini.

About these ads
Comments
One Response to “Video dedah isi Kaabah”
  1. pena al azhari berkata:

    salam admin..pe nme video ni ea utk mmdhkan cari di youtube..?hrp pertlgan admin ea

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 8,456 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 8,456 other followers

%d bloggers like this: