Cara Puasa Agama Lain


AL-QURAN menegaskan, maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.” (al-Baqarah:183)

Ayat di atas menjelaskan puasa adalah satu kewajipan, bukan saja diwajibkan terhadap umat Islam, malah generasi terdahulu juga tidak terkecuali menunaikannya.
Sesetengah pihak merujuk generasi dahulu itu adalah golongan Nasrani manakala yang lain merujuk orang Nasrani dan Yahudi.

Bahkan, ada mengatakan golongan terdahulu itu bererti seluruh umat dahulu yang menjadikan puasa amalan dalam kehidupan baik kerana tuntutan agama, masyarakat atau menolak bencana.

Orang Yahudi misalnya, mereka adalah pengikut syariat Nabi Musa a.s yang berpuasa selama 40 hari sebelum menerima kitab Taurat.

Bagi orang Yahudi, mereka berpuasa sehari sahaja sebagai puasa wajib pada hari pengampunan atas dakwaan hari itu diwajibkan puasa ke atas mereka.

Dalam puasa itu mereka dilarang makan, minum dan melakukan hubungan seksual. Golongan terbabit menjadikan amalan puasa itu hingga hari ini.

Orang Nasrani tergolong tiga aliran: Katolik, Protestan dan Ortodoks sama juga dengan Yahudi iaitu golongan Ahli Kitab, yang turut berpuasa sebagai satu amalan keagamaan.

Cuma cara amalan puasa mereka berbeza antara satu dengan lain. Aliran Katolik, dikatakan mula berpuasa pada tengah malam hingga pertengahan siang keesokannya, manakala pengikut Ortodoks berpuasa pada waktu ditentukan paderi.

Dalam Protestan, puasa menjadi amalan galakan kerana tiada nas yang mewajibkannya, malah pengikutnya berpuasa mengikut selera masing-masing.

Bagaimanapun, bagi aliran Nasrani hubungan seksual tiada kaitan dengan puasa dan tidak membatalkan. Dalam amalan puasa, orang Yahudi dikatakan lebih tersusun.

Amalan puasa juga tidak asing dalam kalangan penduduk rantau Arab dahulu, yang mengenali agama Hanif dibawa Nabi Ibrahim a.s, agama Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), Brahma, Sabi’ah, agama berhala, Majusi, penyembahan bintang dan roh.

Bahkan, pada zaman Jahiliyah, Arab Quraisy Makkah berpuasa pada hari Asyura sebagai penebus dosa. Ada pendapat puasa Asyura itu sempena hari dipasang kelambu Kaabah.

Mereka berpuasa pada 10 Muharam dan puasa ini sama dengan puasa orang Yahudi yang juga dinamakan puasa hari Asyura atau hari pengampunan.

Orang Arab yang menerima pengaruh Nasrani, sesetengahnya mengamalkan amalan puasa fardu selama 30 hari yang kemudian bertukar menjadi 50 hari pada waktu tertentu setiap tahun.

Penganut Buddha juga dikatakan berpuasa iaitu berpantang, tetapi mereka menganggap puasa sepenuhnya sepanjang hari bukanlah suruhan agama.

Mengikut ajaran itu, mengurangkan makan atau berpantang adalah satu daripada tiga belas ajaran untuk mencapai hidup bahagia.

Tetapi walaupun berpuasa, mereka boleh makan sekali sehari sebelum waktu tengah hari.

Dalam kalangan penganut Buddha, dikatakan hanya sami yang patut berpuasa (berpantang) dan menjadikannya amalan empat kali dalam sebulan iaitu pada hari pertama, kesembilan, ke-15 dan ke-20 dipanggil ‘uposatha’.

Penyembah bintang juga mengenali amalan berpuasa. Mereka melakukan puasa sebagai penghormatan kepada bulan, matahari dan planet Marikh yang mengikut kepercayaan mereka sebagai bintang nasib.

Dalam kepercayaan lain seperti Hindu, Tao dan Kung-fu Tze, puasa juga suatu amalan dan kaedah pemujaan roh nenek moyang, namun ia lebih kepada terma berpantang dengan tidak makan daging.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 12,899 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 12,899 other followers

%d bloggers like this: