Ganjaran besar kumandang azan, solat jemaah saf pertama

AL-BUKHARI dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika manusia mengetahui betapa besarnya pahala mengumandangkan azan dan duduk di saf pertama, pasti mereka tidak akan mampu mendapatkannya melainkan dengan cara mengundi, tentu mereka akan melakukan undian. Sekiranya mereka mengetahui betapa besarnya pahala orang yang datang lebih awal untuk mengerjakan solat berjemaah, pasti mereka akan berlumba-lumba untuk menunaikannya. Jika mereka tahu betapa besarnya pahala solat Isyak berjemaah, pasti mereka akan melaksanakannya, walaupun sambil merangkak.”

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jika dikumandangkan azan, syaitan akan melarikan diri mereka sambil terkentut-kentut sehingga tidak mendengar lagi suara azan. Ketika azan selesai dikumandangkan, dia datang lagi hingga iqamat dikumandangkan. Ketika iqamat dikumandangkan, dia melarikan diri lagi. Ketika iqamat selesai, dia datang lagi untuk menggoda seseorang hendak mengerjakan solat dengan membisik ke dalam hatinya: Ingatlah ini dan itu, iaitu sesuatu yang tidak diingat sebelum solat, sehingga orang itu tidak ingat lagi sudah berapa rakaat dikerjakannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Comments
2 Responses to “Ganjaran besar kumandang azan, solat jemaah saf pertama”
  1. soleh berkata:

    Terima kasih atas nasihat hadith ini. -smile-

  2. soleh berkata:

    Maksud saya terima kasih kerana menulis mengenai hadith ini. Banyak pengajaran saya telah pelajari

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 98 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 98 other followers