Qada’ Puasa dan Fidyah


Dalam membincangkan masalah qadha’, fidyah dan kafarah kerana meninggalkan puasa Ramadhan disebabkan beberapa sebab yang mana setiap sebab itu ada perbezaan dari segi hukumnya iaitu mengikut perkara di bawah :

PERTAMA : MUSAFIR DAN SAKIT

Sesiapa yang meninggal puasa Ramadhan disebabkan oleh musafir ataupun sakit maka dia diwajibkan menggantikannya (qadha’) sebelum masuknya Ramadhan untuk tahun berikutnya mengikut jumlah hari yang mana dia meninggalkan puasa. Sekiranya dia gagal menggantikannya sehingga masuk Ramadhan untuk tahun berikutnya maka dia diwajibkan menggantikan puasa disamping membayar fidyah iaitu sebanyak secupak beras bagi setiap hari. Jumlah fidyah bergantung kepada berapa hari dia meninggalkan puasa. Jumlah fidyah juga akan meningkat jika seseorang itu gagal menggantikan puasanya sehingga masuk tahun-tahun berikutnya.

Manakala jika seseorang yang sakit itu tidak sembuh daripada sakitnya sehingga masuknya Ramadhan yang seterusnya maka dia hanya diwajibkan menggantikan puasa sahaja dan tidak dikenakan fidyah.

Sekiranya dia mati sebelum menggantikan puasanya maka hukumnya bergantung pada dua keadaan iaitu :

a. Jika dia mati sedangkan dia tidak mampu untuk menggantikan puasanya kerana sakit yang berterusan maka tidak diwajib- kan warisnya untuk menggantikannya serta dia tidak berdosa kerana ia bukanlah disebabkan kecuaiannya.

b. Jika dia mati sedangkan dia mempunyai peluang sebelum ini untuk menggantikan puasanya maka diminta kepada keluarga terdekat untuk berpuasa untuknya mengikut jumlah hari yang ditinggalkannya.

Ini diambil daripada hadis riwayat imam Bukhari dan Muslim daripada ‘Aisyah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang mati sedangkan diatasnya masih ada puasa maka hendaklah ahli terdekat menggantikannya.

Hadis riwayat imam Bukhari dan Muslim daripada Ibn Abbas telah memberitahu: Telah datang seorang pemuda kepada Rasulullah S.A.W maka sabda dia bertanya: Wahai Rasulullah! sesungguhnya ibuku telah mati sedangkan atasnya ada puasa sebulan(yang belum diganti), Apakah aku mesti menggantikannya? Sabda S.A.W yang bermaksud :Ya! Maka hutang Allah lebih diutamakan untuk diganti.

Jika ada seorang yang mana bukan daripada kalangan ahli keluarga terdekat ingin menggantikan puasa si mati maka dia perlu mendapatkan keizinan daripada keluarga terdekat si mati terlebih dahulu ataupun si mati telah berwasiat kepadanya.

Sekiranya tiada mereka yang sanggup menggantikan puasa si mati maka diwajibkan ke atas mereka membayar fidyah iaitu secupak bagi setiap hari yang mana perbelanjaannya hendaklah diambil daripada harta peninggalan si mati sebagaimana hutang. Sekiranya tidak ada harta peninggalan maka bolehlah diambil daripada sumber lain seperti harta keluarganya ataupun daripada sedekah daripada orang lain.

Telah diriwayat oleh imam Tamizi daripada Ibn Umar telah berkata : Sesiapa yang mati sedangkan atasnya puasa sebulan maka hendaklah diberi makan sebagai menggantikannya setiap hari seorang fakir miskin.

Imam Abu Daud telah meriwayatkan daripada Ibn Abbas telah berkata : Apabila seseorang sakit pada bulan Ramadhan kemudian dia mati sedangkan dia belum berpuasa(qadha’) maka hendaklah diberi makan sebagai gantinya.

KEDUA : ORANG TUA YANG UZUR DAN ORANG SAKIT YANG MANA TIADA HARAPAN UNTUK SEMBUH

Jika seseorang tua yang lemah tidak mampu lagi untuk berpuasa maka diwajibkan ke atasnya bersedekah bagi setiap hari secupak beras dan tidak diwajibkan lagi ke atasnya atau keluarga terdekat selain daripada membayar fidyah.

Imam Bukhari telah meriwayatkan daripada ‘Ata’ : dia telah mendengar Ibn Abbas membaca ayat al-Quran yang bermaksud:….dan wajib bagi mereka yang berat menjalankannya membayar fidyah memberi makan seorang miskin.- surah al-baqarah ayat 184. Ibn Abbas berkata : Yang dimaksudkan ialah orang tua lanjut usia yang mana tidak mampu untuk berpuasa maka diwajibkan ke atasnya memberi makan bagi setiap hari seorang fakir miskin.

Begitulah juga dengan hukum bagi mereka yang mengidap penyakit yang mana tiada harapan lagi untuk sembuh seperti mereka yang telah lanjut usianya. Dia boleh berbuka dan bersedekah bagi setiap hari secupak beras.

KETIGA: ORANG HAMIL DAN MENYUSU ANAK KECIL

Apabila seseorang yang mengandung ataupun menyusukan anak kecil yang mana mereka tidak berpuasa kerana takut memberi kesan kepada kesihatan dirinya ataupun takut sesuatu terjadi kepada anaknya maka Islam telah menggariskan hukum-hukum berkenaan iaitu sebagaimana di bawah :

a. Sekiranya dia berbuka kerana bimbang akan membahayakan dirinya maka dia diwajibkan qadha’ sahaja sebelum masuknya Ramadhan untuk tahun berikutnya.

Imam Tarmizi, Abu Daud dan selain keduanya telah meriwayatkan daripada Anas Al-Ka’bi daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : sesumgguhnya Allah telah memberi kemudahan kepada orang bermusafir puasa dan memendekkan solat(qasar), dan bagi orang hamil dan menyusu (kemudahan dalam) puasa. Iaitu meringankan dengan qasar solat dan memberi kemudahan dalam puasa disertakan dengan qadha’.

b. Sekiranya dia berbuka kerana bimbang keselamatan anaknya iaitu bimbang berlakunya keguguran misalnya ataupun bagi mereka yang menyusukan anak kecil bimbang kekurangan susu yang menyebabkan sesuatu yang buruk menimpa anaknya maka dia wajib qadha’ dan bersedekah bagi setiap hari secupak beras.

Demikian juga sekiranya dia berbuka untuk menyelamatkan daripada sesuatu yang buruk menimpanya maka dia wajib qadha’ dan membayar fidyah selepas itu.

About these ads
Comments
One Response to “Qada’ Puasa dan Fidyah”
  1. ainy berkata:

    salam. sy nk bertanya mengenai qada puasa dan fidyah.
    kalau lah sy x engat sama ada saya qada ke x.. puasa pada tahun2 sebelom ini. bagaimanakah sy ingin qada puasa dan mmbyr fidyah. fidyah itu dibayar semasa qada. ataupun selepas qada puasa… dan seandaunya masih di bawah tangungan ibu bapa. adakah ibu bapa yang mnsti mmbyr fidyah? terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 12,892 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 12,892 other followers

%d bloggers like this: