Sayyidina Uthman Antara Lantik Dan Gugur Syahid


Gelaran Zu Nurul ‘Ain
        Sayyidina Uthman bin ‘Affan merupakan khalifah al-Rasyidin ketiga yang dilantik bermula hari Rabu 4 Muharram tahun 24 Hijrah iaitu 3 hari selepas kewafatan Sayyidina Umar bin al-Khattob. Sayyidina Uthman terkenal dengan sifat lemah lembutnya merupakan antara penulis wahyu pada zaman nabi s.a.w dan sebagai penasihat sewaktu Sayyidina Abu Bakar menjadi khalifah. Sayyidina Uthman terkenal dengan gelaran ‘ zu Nurul’ain ’ yang bermaksud Pemilik 2 Cahaya kerana beliau berkahwin dengan 2 orang puteri Rasulullah s.a.w. Beliau pada mulanya berkahwin dengan Ruqayyah tetapi isterinya itu wafat semasa peperangan Badar kerana sakit. Selepas kewafatan puterinya itu lalu Rasulullah s.a.w mengahwinkan seorang lagi puterinya iaitu Ummi Kalthum dengan Sayyidina Uthman. Antara jasa Sayyidina Uthman yang kekal sehingga hari ini ialah usaha pengumpulan wahyu al-Quran kemudian dicetak yang dikenali dengan mushaf Uthmani.

Pertukaran Panglima Perang Islam
        Sayyidina Uthman menjadi khalifah selama kurang 12 hari untuk mencukupi 12 tahun. Beliau banyak meneruskan usaha yang telah dilakukan oleh khalifah sebelumnya seperti perluasan tanah jajahan sehingga semasa beliau dilantik menjadi khalifah, tentera Islam sedang bertarung dengan tentera Rom di Yarmuk, Jordan. Beliau telah mengambil suatu keputusan yang mengejutkan di tengah-tengah tentera Islam bertarung dengan musuh apabila ditukarkan panglima perang iaitu Sayyidina Khalid ibnu Walid dengan sahabat yang lain. Namun begitu hasil daripada kerjasama dan taat kepada khalifah membolehkan Sayyidina Khalid dan panglima Islam yang baru dilantik itu menjalankan tugas dengan baik sehingga tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Rom. Ketika ditanya tentang tindakan yang mengejut ini lalu dengan tegas Sayyidina Uthman menjawab bahawa ia merupakan suatu peringatan kepada tentera Islam agar tidak berperang kerana seseorang kerana dibimbangkan apabila Sayyidina Khalid tiada maka tentera Islam akan kehilangan semangat untuk berjihad. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada kita bagaimana dalam memperjuang dan melaksanakan sistem Islam janganlah kita terlalu berharap dan bergantung kepada seseorang kerana pemimpin itu akan datang dan pergi tetapi perjuangan suci ini mesti diteruskan dengan istiqamah pada dasar Islam serta keyakinan yang tinggi kepada pertolongan Allah.

Gerakan Fitnah Abdullah bin Saba’
        Sayyidina Uthman telah menjalankan tugas dengan baik walau pun ada dikalangan ahli sejarah yang menyatakan kelemahannya seperti melantik gabenor daripada kalangan ahli keluarganya, hidup mewah tetapi tuduhan ini tidak tepat dan ia kebanyakannya berunsur kebencian terhadap Sayyidina Uthman yang juga merupakan salah seorang daripada 10 orang sahabat yang dijanjikan Syurga. Pemerintahannya berlangsung dengan aman sehinggalah apabila memasuki tahun ketujuh iaitu tahun 30 Hijrah maka bermulanya zaman fitnah. Kebanyakan fitnah ini dimainkan oleh golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba’ iaitu seorang yahudi dari Yaman yang memeluk Islam tetapi berperanan dalam melawan Islam dari dalam. Abdullah bin Saba’ telah memainkan peranan dalam mencari pengaruh apabila dia cuba menguasai dan menghasut penduduk di 3 negeri utama iaitu Basrah dan Kufah di Iraq serta penduduk Mesir. Banyak fitnah dan pengkhianatan yang dilakukan dengan matlamat yang besar iaitu mengahancurkan Islam itu sendiri daripada terus berkuasa walau pun mereka bergerak atas alasan untuk memastikan gabenor yang dilantik oleh Sayyidina Uthman mesti berlaku adil. Beberapa pertukaran gabenor selari dengan kehendak penduduk terpasa dilakukan oleh Sayyidina Uthman hasil desakan pendudukan tempatan yang termakan dengan racun fitnah yang dilakukan oleh Ibnu Saba’ itu. Sayyidina Uthman melakukannya bukanlah kerana beliau takut atau terlalu berlembut dengan permintaan golongan yang cuba melawannya tetapi bertujuan untuk memastikan keamanan tidak terjejas dan cubaan untuk membunuhnya dapat dilambatkan. Ini adalah kerana Sayyidina Uthman begitu yakin dengan 2 hadis Rasulullah s.a.w di mana yang pertama menyatakan bahawa beliau antara dua sahabat yang paling hampir dengan nabi akan mati syahid dan hadis kedua menyatakan bagaimana pada masa pemerintahannya nanti akan ada golongan munafik yang akan memaksanya agar melepaskan jawatan sebagai khalifah di mana nabi meminta agar beliau menjaga amanah itu dengan baik dan jangan sekali-kali mematuhi tuntutan munafik tersebut.
 

Fitnah Surat Layang
        Akhirnya tibalah kemuncak kepada fitnah itu apabila masuknya tahun 35 Hijrah sehingga Sayyidina Uthman sendiri memberitahu kepada para muslimin tentang perancangan jahat golongan Khawarij dan pengikut Abdullah bin Saba’. Para sahabat meminta agar mereka dibunuh kerana menderhaka kepada khalifah tetapi Sayyidina Uthman melarangnya kerana mengikuti jejak langkah Rasulullah s.a.w yang menegah daripada membunuh golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai sebelum ini di mana dibimbangi musuh Islam akan menuduh nabi membunuh sahabatnya sendiri. Fitnah terbesar ialah apabila serombongan penduduk Mesir sekitar seribu orang disamping rombongan dari Kufah dan Basrah yang datang ke Madinah bertujuan meminta Sayyidina Uthman supaya menukar gabenor Mesir lalu beliau bersetuju untuk melantik Muhammad bin Abu Bakar. Ketika pulang kira-kira tiga hari perjalanan dari Madinah maka rombongan dari Mesir terlihat seorang budak suruhan berkulit hitam melintasi mereka dalam keadaan tergesa-gesa lalu mereka meminta agar budak itu berhenti untuk disoal. Budak itu menjelaskan segala tujuannya untuk ke Mesir bagi menyampaikan surat yang didakwa daripada khalifah Sayyidina Uthman. Apabila surat yang mempunyai cop mohor Sayyidina Uthman itu dibaca oleh Muhammad bin Abu Bakar lalu rombongan ini terkejut besar apabila melihat isi surat itu di mana antara lainnya meminta agar gabenor Mesir sebelum ini mesti terus menjadi gabenor serta mesti membunuh Muhammad bin Abu Bakar dan rombongan bersamanya serta membatalkan surat perlantikan Muhammad bin Abu Bakar sebagai gabenor yang baru.

Penafian Terhadap Surat Layang dan Kepungan Ke atas Madinah

        Selepas itu rombongan dari Mesir ini dengan perasaan yang begitu marah terhadap Sayyidina Uthman berdasarkan kepada isi kandungan surat tersebut lalu mereka kembali semula ke Madinah. Setelah menerangkan tentang surat tersebut maka Sayyidina Ali dan beberapa orang sahabat terus menemui Sayyidina Uthman di mana beliau bersumpah serta menafikan penulisan surat tersebut dan ia merupakan antara usaha jahat pihak Ibnu Saba’ dan Khawarij dengan menggunakan khadam dan cop mohornya. Sayyidina Ali dan para sahabat mengakui kebenaran Sayyidina Uthman ditambah lagi kedatangan rombongan dari Mesir disusuli pula oleh ketibaan Khawarij dari Kufah dan Basrah sedangkan mereka telah berpisah dan sudah pasti tidak akan mengetahui isi surat tersebut melainkan perkara ini telah dirancang terlebih dahulu sebelum mereka pulang dari Madinah sebelum ini. Surat layang ini digunakan sepenuhnya dalam menjatuhkan Sayyidina Uthman terutama keadaan Madinah yang sememangnya pada waktu itu begitu kurang penduduknya terutama golongan lelaki kerana ramai di kalangan mereka sedang keluar berperang, ada juga pergi berdakwah dan tidak kurang yang ke Mekah menunaikan haji. Jumlah yang ada begitu sedikit berbanding puak Khawarij seramai 3 ribu orang.
    Setelah melihat keadaan Madinah yang begitu tegang maka Sayyidina Uthman telah mengutuskan surat bagi meminta bantuan para muslimin terutama di Mesir, Kufah dan Basrah untuk datang ke Madinah bagi mengusir puak Khawarij. Para muslimin begitu bersemangat dan bersedia untuk membantu Sayyidina Uthman yang kini dikepung di Madinah bermula 8 Zulkaedah tahun 35 Hijrah. Pada hari Jumaat pertama selepas pengepungan Madinah oleh Khawarij maka Sayyidina Uthman bangun membaca khutbah di masjid yang turut dihadiri oleh puak pemberontak Khawarij di mana dalamnya beliau telah melaknat puak yang memberontak itu. Puak Khawarij begitu marah lalu mereka menghalau para muslimin dari masjid dengan melontar batu sehingga Sayyidina Uthman sendiri terpaksa dipapah ke rumahnya kerana terkena lontaran batu itu. Sayyidina Uthman yang tahu tentang muslimin bersedia berperang dengan pemberontak lalu mengutuskan utusan untuk menegah para muslimin daripada berperang. Malah semasa dikepung Sayyidina Uthman yang ditemani oleh hampir 700 orang sahabat tetap menegah para sahabat daripada berperang dengan pemberontak.

 

       Pertemuan terakhir Sayyidina Uthman dengan para muslimin ialah seminggu selepas bermulanya kepungan di mana beliau menyeru agar mereka bersabar. Selepas itu Sayyidina Uthman terus terkepung di dalam rumahnya sehingga keputusan air. Ketika Sayyidina Ali dan isteri nabi Ummu Habibah meminta kebenaran daripada pemberontak untuk memberi air kepada Sayyidina Uthman maka ia ditolak mentah-mentah oleh pemberontak. Malah kuda Ummu Habibah telah diputuskan talinya sehingga kuda itu lari dalam keadaan terkejut yang menyebabkan Ummu Habibah hampir jatuh jika tidak diselamatkan oleh para muslimin. Siti Aisyah yang mendengar berita kebiadapan Khawarij terus mengambil keputusan untuk pergi ke Mekah serta merayu saudaranya Muhammad bin Abu Bakar yang termakan racun fitnah Khawarij untuk menemaninya tetapi ajakan ityu ditolak oleh Muhammad bin Abu Bakar.

Pertempuran di hadapan rumah Sayyidina Uthman

        Pemberontak Khawarij memulakan tindakan seterusnya selepas 30 hari membuat kepungan terhadap Sayyidina Uthman terutama mereka bimbang tibanya bantuan tentera muslimin. Serangan awal mereka ialah dengan membakar pintu dan atap rumah Sayyidina Uthman di mana beberapa orang yang berada dalam rumah itu berusaha memadamkan api sedangkan Sayyidina Uthman sedang sembahyang. Para muslimin yang bertindak mengawal rumah Sayyidina Uthman mula bertempur dengan pemberontak di mana 2 orang muslimin gugur syahid iaitu Mughirah dan Aslami. Melihat perkara itu lalu Sayyidina Uthman memerintahkan semua yang bertindak mengawalnya agar pulang ke rumah masing-masing. Para muslimin akur dengar perintah khalifah tersebut. Akhirnya tibalah hari Jumaat 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah yang merupakan hari terakhir bagi kehidupan dunia Sayyidina Uthman iaitu hari ke 40 daripada kepungan itu. Beliau yakin telah tibanya hari ajalnya lalu berpuasa dan banyak membaca al-Quran agar beliau mati syahid dalam keadaan berpuasa dan membaca al-Quran. Pemberontak meminta agar beberapa orang daripada kalangan mereka untuk masuk membunuh Sayyidina Uthman. Tetapi seorang demi seorang sehinggalah cukup 4 orang di mana orang terakhir ialah Muhammad bin Abu Bakar sendiri  di mana mereka masuk dan mengugut supaya Sayyidina Uthman nmelucutkan jawatan daripada khalifah tetapi beliau enggan dan memberi hujah yang menyebabkan cubaan membunuhnya gagal dilakukan oleh 4 orang tadi. Antaranya Sayyidina Uthman menyatakan bahawa mereka bukanlah orang sebenar yang akan membunuhnya serta antara mereka merupakan orang yang telah dijanjikan oleh Allah melalui lidah Rasulullah s.a.w tentang pengampunan dosa dan juga orang yang pernah didoakan oleh nabi dalam satu peperangan sebelum ini. Akhirnya mereka keluar dari rumah Sayyidina Uthman tanpa membunuhnya sebagaimana yang disuruh oleh ketua mereka.
 
    Selepas itu 3 pimpinan Khawarij dengan perasaan marah telah masuk ke dalam rumah Sayyidina Uthman di mana Ghafiqi telah memukul Sayyidina Uthman dengan besi dan menyepak al-Quran yang dibaca olehnya. Al-Quran itu terus terbuka dan tetap berada di tangan Sayyidina Uthman sehingga darah yang mengalir dari muka Sayyidina Uthman terkena ayat 137 surah al-Baqarah yang bermaksud :……..Maka cukuplah Allah bagi kamu daripada kejahatan mereka dan Dialah Tuhan Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

    Kemudian datang pula Sudan lalu dilibas pedangnya ke arah Sayyidina Uthman tetapi isterinya Nailah menahannya sehingga pedang itu telah memutuskan jari isteri Sayyidina Uthman itu. Sudan yang hilang peri kemanusian terus menetak Sayyidina Uthman beberapa kali sehingga beliau gugur syahid. Seorang anak Sayyidina Uthman iaitu Najih yang melihat Sudan membunuh ayahnya di mana dia terus menerkam ke arah Sudan lalu membunuhnya. Qatirah seorang lagi pimpinan Khawarij yang melihat perkara itu dengan segera terus membunuh anak Sayyidina Uthman itu iaitu Najih. Manakala seorang lagi anak Sayyidina Uthman iaitu Sobih turut gugur syahid dibunuh ketika membunuh Kalthom Tajibi yang sedang menganiayai ibunya Nailah. Kewafatan Sayyidina Uthman sebelum Maghrib hari Jumaat 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah dalam usia 83 tahun. Jasad enam orang termasuk jenazah Sayyidina Uthman dituntut daripada pemberontak pada malam tersebut manakala 3 mayat pemberontak pula dibuang di dalam kebun sehingga dimakan oleh anjing. Para muslimin begitu sedih dengan kewafatan Sayyidina Uthman dan para sahabat melaknat para pemberontak yang melakukan kekacauan dan pembunuhan kejam itu.

 

Rujukan :

1. al-Quran al-Karim
2. Dr Solah al-Khalidi, Al-Khulafa’ al-Rasyidun baina al-Istikhlaf wa  al-Istisyhad, Dar al-Qalam

About these ads
Comments
2 Responses to “Sayyidina Uthman Antara Lantik Dan Gugur Syahid”
  1. Habib Ahmad berkata:

    Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad
    Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAKIN’ dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.

    Tarikh

    Zon Utara (Kumpulan A)
    Zon Timur (Kumpulan B)

    09 Oktober 2010
    Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

    12 Oktober 2010
    Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
    Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

    13 Oktober 2010
    Masjid Zahir (Masjid Negeri, Kedah) Alor Setar, Kedah
    Masjid Besar Geliga, Cukai, Kemaman, Terengganu

    14 Oktober 2010
    Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
    Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

    Zon Sentral

    15 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Kuala Lumpur

    16 Oktober 2010
    Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

    17 Oktober 2010
    Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

    Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
    Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

    18 Oktober 2010
    Masjid Asyakirin, Bandar Maran, Pahang
    Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

    19 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
    Masjid Selat, Bandar Melaka, Melaka

    20 Oktober 2010
    Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
    Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

    21 Oktober 2010
    Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
    Masjid Tanjung Aru, WP Labuan

    Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
    Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

    22 Oktober 2010
    Masjid At-Taqwa, Kuching, Sarawak
    Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

    23 Oktober 2010
    Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
    Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

    24 Oktober 2010
    Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
    Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

    Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

    blog pondokhabib wordpress

  2. faathir berkata:

    saya rasa ada kesalahan sedikit dari segi fakta berkenaan sub tajuk pertukaran panglima perang islam.iaitu yang menggantikan khalid alwalid dalam peperangan yarmuk bukanlah arahan saidina uthman.tetapi arahan umar al-khattab.semasa saidina uthman jadi khalifah,khalid al-walid telah meninggal dunia.wallahu aklam.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 12,845 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 12,845 other followers

%d bloggers like this: