Syarat wajib dan rukun haji


Oleh Mohd Razali Zakaria

wukuf di Arafah adalah antara rukun haji yang mesti ditunaikan oleh setiap bakal haji. – Gambar hiasan

 

Daripada segi bahasa haji bermaksud mengqasadkan sesuatu. Haji dalam istilah syarak ialah mengqasadkan di dalam hati untuk mengunjungi kaabah bagi pekerjaan nusuk di Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, saie dan wuquf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.

Adapun bila haji itu difardukan menjadi khilaf ulama. Pendapat yang paling tepat haji itu diwajibkan pada tahun yang keenam hijrah (rujuk Bahru al-Wafi karangan Sheikh Daud Al-Fatani, muka surat 396).

Adapun Nabi Muhammad SAW menunaikan fardu haji pada tahun ke-10 hijrah.

Rasulullah SAW bersabda: Wahai manusia, telah difardukan ke atas kamu haji. Bertanya seorang lelaki adakah setiap tahun ya Rasulullah. Maka Nabi diam, sehingga lelaki itu bertanya sebanyak tiga kali. Maka Rasulullah bersabda: Jika aku berkata ya, nescaya akan diwajibkan ke atas kamu (setiap tahun) dan kamu sekali-kali tidak mampu untuk menunaikannya. (rujuk mukhtasar Sahih Muslim, Lilhafiz Zakiuddin Abdul A’zim al-Munziri, cetakan Dar Ibnu Affan, Jordan muka surat 171).

Dapatlah difahami daripada hadis di atas bahawa kefarduan haji ini cuma sekali seumur hidup. Namun, kewajipan menunaikan haji di dalam Mazhab Syafie boleh ditakkhirkan kecuali setelah sempurna syarat kemampuannya.

Syarat wajib haji

* Islam – Orang kafir atau murtad tidak wajib menunaikan ibadat Haji. Hanya orang Islam sahaja yang dibenarkan mengunjungi Baitullah dan sah untuk menunaikan ibadat Haji.

* Baligh – Orang yang sudah meningkat dewasa wajib menunaikan ibadat haji. Kanak-kanak yang belum meningkat dewasa atau cukup umur tidak wajib mengerjakannya.

Sekiranya kanak-kanak tersebut menunaikan haji maka jatuhlah haji tersebut kepada haji sunat dan mendapat pahala haji sunat.

* Berakal - Orang gila atau tidak waras akalnya tidak wajib menunaikan Haji. Jika ia menunaikan haji hajinya menjadi haji sunat dan perlu mengulanginya jika ia sembuh.

* Merdeka - Hamba sahaya tidak wajib menunaikan Haji kerana mereka tidak memiliki wang atau harta. Sekiranya mereka menunaikan Haji juga melalui pertolongan orang lain, Haji mereka masih dianggap sah mengikut pendapat para ulama.

* Berkemampuan - Berkemampuan adalah mampu dan berkuasa untuk mengerjakan haji. Ia dilihat daripada sudut kemampuan kewangan dan kemampuan kesihatan seseorang semasa menunaikan haji dan perjalanan pergi baliknya.

Para fuqaha melihat kemampuan dapat dibahagikan kepada dua bahagian:-

* Kemampuan dengan sendiri

* Kemampuan dengan pertolongan orang lain.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 8,456 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 8,456 other followers

%d bloggers like this: