Sumber yang tidak disepakati ulama
![]() |
|
Ziarah menziarahi dan memberi duit raya adalah antara kebiasaan dalam masyarakat Islam menyambut Aidilfitri. – Gambar hiasan
|
DALAM artikel sebelum ini, penulis telah membincangkan berkenaan dengan sumber-sumber yang telah disepakati oleh ulama yang menjadi sumber rujukan utama dalam perundangan Islam. Sumber-sumber tersebut adalah al-Quran, sunnah, ijmak dan qiyas.
Di samping sumber-sumber berkenaan di sana terdapat juga sumber-sumber yang dikategorikan sebagai sumber-sumber yang tidak disepakati oleh para ulama.
Penggunaannya ada yang diterima oleh mazhab tertentu dan ada yang tidak digunapakai oleh mazhab yang lain. Dengan kata lain, berlaku khilaf atau percanggahan pandangan ulama dalam menerima sumber-sumber ini sebagai rujukan dalam mengistinbatkan hukum.
Namun begitu, ia tidak menjejaskan adab dan disiplin para ulama dalam menerima pandangan-pandangan yang mungkin berbeza daripada pandangan mazhab yang didokongi. Antara sumber-sumber yang tidak disepakati oleh ulama adalah Istihsan, Masalih Mursalah, Uruf, Syariat Terdahulu (Syar’u Man Qablana) dan sebagainya. Sumber-sumber ini juga dikenali oleh ulama sebagai Dalil Zanni.
Dengan memahami sumber-sumber perundangan Islam, sama ada yang disepakati mahupun yang tidak disepakati akan membolehkan seseorang itu lebih memahami bahawa Islam adalah satu cara hidup yang sempurna, lengkap dan menjamin kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat

apakah yang dimaksudkan dengan sadd zharai’(sumber hukum yang tidak disepakati)….serta jelaskan kesan dan ciri2 nya..TQ