Cerita sedekah 6 dirham Sayyidina Ali dan Fatimah


SEBAIK pulang dari rumah Nabi Muhammad s.a.w., Ali bin Abu Talib menemui isteri tercintanya, Fatimah az-Zahra dan bertanya: “Wahai wanita mulia, adakah kamu mempunyai manakan untuk suamimu?”

Fatimah menjawab: “Demi Allah, saya tidak mempunyai makana sedikit pun. Tetapi ini ada enam dirham yang saya terima daripada Salman sebagai upah memintal. Saya mahu belikan makana untuk Hassan dan Husain.”

Ali berkata: “Biar saya sahaja yang pergi membeli makanan.”

Fatimah segera menyerahkan enam dirham itu kepada suaminya. Ali keluar lagi bagi membeli makanan.

Di tengah jalan, Ali bertemu seorang lelaki yang berkata: “Siapa yang mahu memberikan pinjaman kepada Tuhan yang maha pengasih dan selalu menepati janji?”

Tanpa berfikir panjang, Ali menyerahkan semua wangnya sebanyak enam dirham kepada lelaki itu. Lalu dia pulang dengan tangan kosong. Fatimah, yang melihat suaminya pulang tanpa membawa makanan, menangis.

Ali pun bertanya: “Wahai Fatimah mengapa kamu menangis?”

“Wahai suamiku, kamu pulang tanpa membawa apa-apa,” kata Fatimah.

Ali menjawab: “Aku meminjamkan wang itu kepada Allah.”

Mendengar jawapan itu, Fatimah berkata: “Sekiranya begitu, saya menyokong tindakanmu.”

Ali kemudian keluar rumah lagi dan berniat hendak menemui Nabi Muhammad s.a.w. Di tengah jalan seorang Arab Badwi yang sedang menuntun seekor unta menghampirinya, dan berkata: “Wahai Aba-al Hassan, belilah unta ini.”

Ali berkata: “Saya tidak mempunyai wang.”

“Kamu boleh membayarnya pada bila-bila masa,” kata Badwi itu.

“Berapa harganya?” tanya Ali, menunjukkan minat.

“Tidak mahal, 100 dirham sahaja,” jawab Badwi itu.

“Baiklah, saya beli,” kata Ali yang kemudian meneruskan perjalanannya menuntun unta.

Baru beberapa langkah Ali berjalan, seorang Badwi lain menghampirinya dan bertanya: “Hai Abu Hassan, adakah kamu hendak menjual unta ini?”

“Ya,” jawab Ali.

“Berapa?” Tanya Badwi itu.

“300 dirham,” jawab Ali.

“Baiklah saya beli,” kata Badwi itu dan terus memberikan wang RM300 dirham kepada Ali.

Ali segera pulang ke rumah kerana hendak menceritakan peristiwa itu kepada Fatimah. Setibanya di rumah, Fatimah bertanya: “Apa yang kamu bawa itu wahai Abu Hassan?”

“Wahai Fatimah, saya membeli seekor unta dengan harga 10 dirham, kemudian saya menjualnya dengan harga RM300 dirham,” jawab Ali.

Seterusnya Ali pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w. di masjid. Melihat Ali sampai di masjid, Nabi s.a.w. tersenyum dan berkata: “Wahai Abu Hassan, adakah kamu mahu bercerita ataupun biarkan saya sahaja yang bercerita?”

“Kamu sahaja yang bercerita, wahai Rasulullah,” kata Ali.

“Hai Abu Hassan, tahukah kamu siapa orang Badwi yang menjual unta dan Badwi yang membeli unta daripada kamu tadi?”

Ali menggeleng: “Tidak, Allah dan rasul-Nya yang lebih tahu.”

Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan: “Berbahagialah kamu. Kamu meminjamkan enam dirham kepada Allah. Allah memberikan kembali kepadamu 300 dirham. Setiap satu dirham mendapat ganti 50 dirham.

“Orang Badwi yang pertama menemuimu itu adalah malaikat Jibrail dan yang kedua adalah malaikat Mikail.”


Sempena Ramadan ini,  akan disiarkan kisah-kisah yang dikira mampu merangsang pembaca untuk melakukan amal kebajikan, termasuk bersedekah atau memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Maksud al-Baqarah, ayat 261: “Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya ….”

Imam Ahmad meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud, bahawasanya ada seorang lelaki yang menginfakkan seekor unta – yang hidungnya telah diberi tali – di jalan Allah. Lalu Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “Engkau pasti akan datang pada hari kiamat kelak, dengan 700 unta yang telah ditalikan hidungnya.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 9,703 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 9,703 other followers

%d bloggers like this: