Kebudayaan Menurut Islam


Kebudayaan banyak pengertiannya antaranya ialah cara berfikir dan cara merasa yang menyatakan diri dalam seluruh aspek kehidupan sekelompok manusia yang membentuk kesatuan sosial atau masyarakat dalam suatu ruang dan waktu.Cara berfikir dan cara merasa dengan cara berlaku dan cara bertindak dalam kehidupan membentuk cara hidup. Cara hidup ini merupakan makna umum bagi kebudayaan di mana sekelompok manusia yang mengamalkan cara hidup yang sama dalam membentuk kesatuan sosial atau masyarakat. Sesuatu kebudayaan berbeza antara satu tempat yang lain dan juga berbeza mengikut perbezaan masa walau pun di suatu tempat yang sama. Cara berfikir dan cara merasa akan membentuk konsep-konsep di mana ia diwujudkan oleh masyarakat dalam mengisi kehidupan mereka. Setiap segi kehidupan merupakan penyataan atau manifestasi daripada cara berfikir dan cara merasa sesebuah masyarakat. Setiap perkara yang berhubungan dengan masyarakat maka ia adalah kebudayaan. Oleh itu seluruh segi kehidupan diliputi oleh kebudayaan. Demikian teori ilmu kebudayaan.

      Manakala pengertian kebudayaan Islam pula  maka bolehlah kita ambil kata Hamka : ” Kalau fikiran tentang iman-amal soleh ini kita pertemukan dengan istilah yang terpakai kepada kebudayaan dalam alam pemikiran Indonesia, segeralah kita akan berkata bahawasanya seseorang muslim sejati itu merupakan seorang Budayawan. Kebanyakan ahli-ahli seperti al-Marhum Ki Hajar Dewantara, Haji Agus Salim dan beberapa Budayawan yang lain mengatakan bahawa kalimat kebudayaan merupakan gabungan daripada dua perkataan iaitu ” Budi dan Daya “. Budi terletak di hati manakala Daya terletak pada perbuatan. Iman timbalan budi manakala Amal soleh merupakan timbalan daya. Jika demikian maka tidaklah jauh daripada kebenaran apabila dikatakan bahawa seorang mukmin adalah seorang Budiman dan seorang muslim merupakan seorang Budayawan”.

      A. Hasymi iaitu seorang sasterawan Islam, ahli politik, rektor telah berkata : “…….. kita dapat membuat definisi Kebudayaan Islam bahawa Kebudayaan Islam merupakan penjelmaan Iman dan Amal soleh daripada seorang muslim atau segolongan umat Islam. Dengan maksud yang lain Kebudayaan Islam ialah manifestasi keimanan dan kebaktian daripada penganut Islam yang sejati”. 
 Kedua orang tokoh tersebut menyatakan bahawa pengertian kebudayaan Islam bertolak daripada iman dan amalan soleh. 

      Pada asasnya perbuatan terbahagi kepada dua iaitu :

  a .  Perbuatan dalam hubungan dengan Allah yang membentuk ibadat khusus yang disebut agama dalam ucapan seharian dan dipanggil religi oleh istilah ilmu.
  b .  Perbuatan dalam hubungan dengan manusia yang membentuk mu’amalat yang dipanggil sosial oleh ilmu di mana isinya ialah kebudayaan.

      Kedua aspek perhubungan ini diliputi oleh agama dan merupakan suruhan Allah.

Bidang-bidang kebudayaan Islam ialah meliputi aspek berikut iaitu :
  a .  sosial atau pergaulan hidup
  b .  ekonomi atau hubungan manusia dengan material
  c .  Politi iaiatu hubungan manusia dengan kekuasaan dalam mengatur sosial dan ekonomi
  d .  Pengetahuan iaitu hubungan manusia dengan kebenaran, teknik, hubungan manusia dengan kerjaya
  e .  Seni iaitu hubungan manusia dengan bentuk-bentuk yang indah 
  f .  Falsafah iaitu hubungan manusia dengan hakikat kebenaran dan nilai
  g. Agama iaitu hubungan manusia dengan Allah

       Agama merupakan dasar kepada kebudayaan manakala iman adalah dasar kepada agama. Iman, agama dan kebudayaan membuat satu kesatuan yang disebut addin Islam. Meskipun kebudayaan yang merupakan hubungan sesama manusia dapat dibezakan dengan agama yang merupakan hubungan dengan Allah tetapi antara keduanya tidak mungkin dipisahkan. 
 

Rujukan

 1. Drs. Sidi Gazalba, Islam dan Perubahan Sosiobudaya, Penerbitan Pustaka Antara,1983
 2. Drs. Sidi Gazalba, Ilmu Islam 3 Fondamen Kebudayaan Islam, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1982
 3. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, Memahami Islam Insan, Ilmu dan Kebudayaan, Pustaka Aman Press Sdn Bhd, cetakan kedua 1982

About these ads
Comments
2 Responses to “Kebudayaan Menurut Islam”
  1. yati berkata:

    terimakasih artikel ini sangat membatu saya dalam mengerjakan tugas

  2. tarmizy berkata:

    Saya sangat memerlukan bahan-bahan penting untuk menyiapkan tugasan saya.tajuk nya ialah baik buruk budaya barat mengikut ukuran islam

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 9,703 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 9,703 other followers

%d bloggers like this: