Kaitan Islam Dengan Sosial


Sosial bermaksud pergaulan serta hubungan manusia dan kehidupan kelompok manusia terutama dalam masyarakat yang teratur. Manusia merupakan makhluk sosial di mana mereka membentuk kesatuan sosial dan kesatuan sosial yang terbesar dipanggil masyarakat. Manusia akan hilang sifat kemanusiaannya jika tiada perhubungan dan pergaulan sesama mereka dalam kehidupan mereka di mana kedudukan mereka akan jatuh setaraf dengan haiwan jika hanya hidup bersendirian . 

        Hubungan manusia dengan manusia merupakan tata kedua dalam pola hubungan yang diprinsipkan oleh Islam. Al-Quran menekankan hubungan manusia dengan Allah yang disebut ibadat dan juga hubungan manusia sesama manusia yang dikenali sebagai mua’malat atau sosial. Pengertian mu’amalat yang digunakan sebagai istilah dalam ilmu Islam adalah lebih luas daripada pengertian yang biasanya diguna  pakai orang. Ada yang menggunakan istilah mu’amalat dengan ” perbuatan manusia dalam kehidupan seharian sesama mereka mengenai harta seperti hukum jual beli, sewa menyewa, upah mengupah, pinjam meminjam, perkongsian dan sebagainya”. Ada pula yang memberi maksud sebagai ” urusan keduniaan seperti jual beli, upah mengupah, pinjam meminjam dan sebagainya “. 

       Menurut perspektif Islam hubungan manusia sesama mereka meliputi undang-undang kekeluargaan, undang-undang sosial dan undang-undang jenayah. Apabila mu’amalat membawa erti sebagai tata pergaulan hidup atau sosial maka dengan sendirinya kekeluargaan dan jenayah termasuk di dalamnya. Mengikut kajian ilmu Islam sebaiknya mu’amalat diertikan sebagai tata hubungan manusia sesama manusia sebagai lanjutan kepada ibadat khusus yang merupakan hubungan manusia dengan Allah.

       Kelompok sosial membentuk masyarakat di mana warga masyarakat memerlukan masa yang lama untuk hidup dan bekerjasama dalam membentu cara hidup. Cara hidup itulah yang dipanggil kebudayaan. Oleh itu yang membentuk kebudayaan  ialah sosial. Hubungan antara sosial dengan kebudayaan adalah berkait rapat di mana sosial membentuk kebudayaan dan kebudayaan mengatur sosial. Hubungan yang rapat ini dinyatakan dalam istilah sosiobudaya. Kebudayaan adalah pola cita manakala sosial pula merupakan pola laku. Sosial membentuk masyarakat dan masyarakat pula melahirkan kebudayaan.

     Sosial bukan Islam didasarkan kepada pengalaman, tradisi, pemikiran dan cita-cita manusia manakala sosial Islam berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh Allah dan rasulNya. Islam tidak pula menyisihkan pengalaman, tradisi dan pemikiran manusia tetapi perkara tersebut hanya bertindak sebagai cara pelaksanaan bukannya menyusun prinsip.

       Sistem sosial Islam tersusun sebagaimana di bawah :

  a .  Hubungan dengan diri sendiri
  b .  Hubungan dengan keluarga
  c .  Hubungan dengan jiran
  d .  Hubungan dengan masyarakat Islam
  e .  Hubungan dengan masyarakat bukan Islam

Rujukan

  1. Drs. Sidi Gazalba, Islam dan Perubahan Sosiobudaya, Penerbitan Pustaka Antara,1983
  2. Drs. Sidi Gazalba, Ilmu Islam 3 Fondamen Kebudayaan Islam, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1982
  3. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady, Memahami Islam Insan, Ilmu dan Kebudayaan, Pustaka Aman Press Sdn Bhd, cetakan kedua 1982

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 12,734 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 12,734 other followers

%d bloggers like this: