Hukum Darah & Harta Orang Kafir


Orang kafir dari segi hukum darah dan harta mereka terbahagi kepada 2 golongan iaitu :

 

Pertama : Kafir harbi (yang diperang) di mana dihalalkan darah dan harta mereka

 

Kedua : Kafir ‘ahdi ( ada perjanjian) samada kafir zimmi, mu’ahid, musta’man di mana darah dan harta mereka diharamkan daripada diceroboh

 

Sesungguhnya Allah telah menjadikan darah manusia dan harta mereka suatu yang mesti dihormati di mana ia diharamkan daripada sebarang pencerobohan serta diletakkan disuatu tempat yang penting. Allah menjadikan kehormatan dan kedudukan yang penting kepada perkara itu kerana beberapa sebab antaranya yang paling penting dan utama ialah : Disebabkan Islam di mana manusia apabila telah memeluk Islam maka diharamkan darah dan harta mereka daripada diceroboh melainkan apabila ada suatu sebab yang lain yang menyebabkan darah dan hartanya diharuskan untuk dihalalkan sebagaimana maksud sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar di mana sabda Rasulullah s.a.w : Aku diperintahkan agar memerangi manusia sehingga mereka mengucap 2 kalimah syahadah, mendirikan solat, menunaikan zakat. Apabila mereka melakukan sekalian yang tersebut maka ditegahkan daripadaku segala darah dan harta mereka melainkan dengan haknya dan perhitungan mereka atas perkiraan Allah.


Ini merupakan hukum yang melibatkan darah dan harta orang Islam. Manakala hukum yang melibatkan darah dan harta orang kafir maka sebagaimana yang dijelaskan oleh dalil syarak dan diterangkan secara lebih mendalam oleh para ulama’ di mana kafir yang mempunyai hubungan dengan umat Islam terbahagi kepada empat golongan. Hukum yang melibatkan mereka berbeza mengikut golongan atau kategori mereka. Di sini diterangkan golongan tersebut disertakan dengan hukum yang melibatkan mereka.

Golongan pertama : Kafir harbi di mana mereka terdiri daripada orang kafir yang memerangi umat Islam dan mereka tidak masuk dalam sebarang perjanjian sebagai kafir zimmi iaitu tunduk kepada kerajaan dan sistem Islam, bukan kafir musta’man iaitu tidak berada dibawah jaminan keselamatan kerajaan Islam serta bukan kafir mu’ahid iaitu membuat perjanjian damai dengan kerajaan Islam. Kafir jenis ini hukumnya dihalalkan darah dan harta mereka di mana syarak membenarkan untuk memerangi mereka dan merampas harta mereka sebagaimana hadis sebelum ini serta perbuatan nabi dalam banyak peperangan dengan kafir jenis ini.

 

Golongan kedua :Kafir zimmi atau ahli zimmah di mana mereka terdiri daripada yahudi dan Kristian yang berikrar taat setia sebagai rakyat dalam negara Islam walau pun tidak memeluk Islam dengan membayar jizyah serta bersetuju untuk menerima perundangan Islam. Kafir jenis ini dilindungi darah dan harta mereka di mana umat Islam dilarang memerangi mereka kerana mereka kini berada di bawah jagaan umat Islam terutama bagi mereka telah membayar jizyah

Golongan ketiga : Kafir mu’ahid atau ahli perjanjian di mana mereka terdiri daripada golongan orang kafir yang telah mengadakan perjanjian damai dengan pemimpin negara Islam untuk menamatkan peperangan dalam jangka masa tertentu untuk maslahat berdasarkan pandangan terbaik daripada pemimpin. Kafir jenis ini turut diharamkan darah dan harta mereka daripada dicerobohi dalam tempoh masa perjanjian yang telah ditetapkan kerana perjanjian ini merupakan suatu kepercayaan yang mesti dihormati. Sebaliknya jika tamat tempoh perjanjian atau berlakunya perlanggaran perjanjian yang menyebabkan terbatalnya perjanjian tadi maka jadilah kafir jenis ini sebagaimana hukum kafir harbi iaitu dihalalkan darah dan harta mereka. Maksud Firman Allah dalam ayat 1 surah al-Maidah : Wahai orang-orang yang beriman! Tepatilah akad perjanjian antara kamu……….

 


Golongan keempat : Kafir musta’man atau ahli yang dijamin keamanan di mana mereka terdiri daripada orang kafir yang memasuki negara Islam dalam keadaan aman seperti pekerja, peniaga, pelabur, pengusaha kilang, pakar yang diperlukan oleh umat Islam. Golongan ini turut diharamkan darah dan harta mereka daripada diceroboh selagimana mereka menjaga semua syarat yang dibuat dengan kerajaan Islam kerana perkara yang membawa kepada keamanan menjadi penjaga kepada darah dan harta mereka. Sekiranya harus umat Islam memerangi mereka nescaya tidak perlu berlakunya akad perjanjian dengan kafir jenis ini. Hukum ini juga dikenakan oleh umat Islam yang memasuki negara kuffar dimana tidak harus memerangi darah dan harta mereka.

 

Sepanjang penjelasan di atas maka secara umunya bolehlah kita bahagikan kafir kepada 2 golongan iaitu :

 

Pertama : Kafir harbi (yang diperang) di mana dihalalkan darah dan harta mereka

 

Kedua   : Kafir‘ahdi ( ada perjanjian) samada kafir zimmi, mu’ahid, musta’man di mana darah dan harta mereka diharamkan daripada diceroboh

Sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari yang bermaksud :

Sesiapa yang membunuh kafir yang ada perjanjian maka dia tidak akan mencium bau syurga sedangkan bau syurga dapat dihidu sejauh 40 tahun perjalanan

.

.

 


Terjemahan daripada :http://www.islam-online.net/Arabic/index.shtm

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 13,017 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 13,017 other followers

%d bloggers like this: