PERLANTIKAN SAYYIDINA UTHMAN


Penentuan Mereka Yang Layak Menjadi Khalifah

        Ketika hampir wafat maka Sayyidina Umar bin al-Khottab sebagai khalifah pada masa itu telah mengambil suatu tindakan yang agak berlainan sekali dengan apa yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan Sayyidina Abu Bakar dalam pemilihan kepada penggantinya sebagai khalifah yang bakal mentadbir dunia dan menjaga kesucian agama selepas kewafatannya nanti. Beliau telah menyenaraikan nama-nama calon bagi mengelak sebarang pergeseran yang mungkin berlaku sebagaimana yang pernah terjadi selepas kewafatan Rasulullah s.a.w dalam menentukan orang yang layak menjadi khalifah.Senarai itu berdasarkan kepada nama-nama sahabat yang dijamin Syurga oleh Rasulullah s.a.w. Mereka ialah Sayyidina Uthman bin Affan, Sayyidina Ali bin Abi Tholib, Saad bin Abi waqas, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin ‘Auf dan Talhah bin Ubaidillah. Namanya anak beliau sendiri iaitu Abddullah bin Umar tidak dimasukkan dalam senarai tersebut kerana beliau merasakan sudah cukup hanya beliau sahaja yang menjadi khalifah daripada keluarga al-Khottab bagi memikul bebanan amanah yang berat itu. Abdullah bin Umar hanya diberi peranan sebagai calon yang bakal memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang terpilih dengan undian terbanyak.

Mesyuarat Pemilihan Khalifah

        Selepas kewafatan Sayyidina Umar maka keenam-enam calon tersebut telah berkumpul dan bermesyuarat di sebuah rumah seorang sahabat yang bernama al-Miswar bin Makhramah. Ketika berlangsung pertemuan yang penting ini maka telah berlaku sedikit silap faham yang menyebabkan 3 orang daripada kalangan mereka telah menarik diri manakala seorang lagi tidak menghadirkan diri ke majlis itu. Akhirnya yang tinggal hanyalah Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali serta Abdullah bin Umar sebagai pemerhati.

        Sebagaimana yang telah diwasiatkan oleh Sayyidina Umar jika berlaku keadaan begini maka Abdul Rahman bin ‘Auf diamanahkan agar mengendalikan pemilihan khalifah. Tindakan pertama yang mesti diambil ialah dengan meninjau pendapat ketua-ketua kabilah. Namun ia tidak banyak mermbantu dalam menyelesaikan masalah pemilihan ini disebabkan ada pihak yang menyokong Sayyidina Uthman dan ada pula pihak yang menyokong Sayyidina Ali.Akhirnya Abdul Rahman bin ‘Auf  mengambil keputusan untuk bertemu mata dengan mereka berdua dalam menyelesaikan masalah yang rumit ini. Masing-masing ditanya oleh Abdul Rahman bin ‘Auf  dengan satu soalan yang berbunyi : ” Jika engkau dilantik menjadi khalifah adakah engkau sanggup melaksanakan semua ajaran al-Quran dan Hadis nabi serta mengikut jejak kedua-dua orang khalifah sebelum kamu?”. Sayyidina Ali menjawab : ” Aku berharap agar boleh melaksanakannya setakat kemampuan aku”. Manakala Sayyidina Uthman menjawab dengan tegas dan berani dengan katanya : ” Ya! aku sanggup”. Dengan ketegasan dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Sayyidina Uthman ini maka tanpa teragak-agak lagi lalu Abdul Rahman bin ‘Auf  terus melantik Sayyidina Uthman sebagai khalifah yang baru menggantikan Sayyidina Umar yang telah wafat.
 

Kriteria Perlantikan Sayyidina Uthman

        Kesimpulan kepada cara pemilihan khalifah yang telah djalankan ini maka ia menunjukkan kepada kita bagaimana kelebihan dan kelemahan yang ada pada mereka berdua. Ini bermakna perlantikan Sayyidina Uthman sebagai khalifah bukanlah berdasarkan kepada sikap lemah-lembut yang ada padanya dan bukan juga kerana faktor usia beliau yang agak tua berbanding Sayyidina Ali. Sebaliknya pemilihan Sayyidina Uthman menurut imam al-Tobari berdasarkan kepada 2 sebab utama iaitu yang pertamanya disebabkan masayarakat Islam pada masa itu tidak mahu lagi perlantikan khalifah daripada kalangan bani Hashim di mana ia boleh membawa kepada lahirnya sistem warisan dan monarki dalam pemerintahan Islam dan boleh memecah-belahkan kaum Quraisy. Sebab yang kedua yang menyebabkan Sayyidina Uthman terpilih berbanding Sayyidina Ali ialah disebakan ketegasan Sayyidina Uthman dalam menjawab soalan dga yang dikemukakan oleh Abdul Rahman bin ‘Auf.

        Akhirnya Sayyidina Uthman dibai’ahkan pada Zulhijjah tahun 23 Hijrah dan dilantik secara rasmi sebagai khalifah pada Muharram tahun 24 Hijrah. Orang yang pertama memberi bai’ah atau sumpah setia kepada perlantikan Sayyidina Uthman itu ialah Abdul Rahman bin ‘Auf diikuti oleh Sayyidina Ali dan ada pula riwayat yang menyatakan sebaliknya. Walau pun para penyokong Sayyidina Ali melahirkan sikap tidak puas hati dengan perlantikan ini namun buat sementara waktu Abdul Rahman bin ‘Auf berjaya menenangkan suasana.

Pemilihan Khalifah Melalui Sistem Syura

        Berkesinambungan daripada cara perlantikan yang telah dibuat ini maka kita dapat melihat bagaimana Sayyidina Umar cuba menjauhkan diri daripada melakukan sebarang penyelewengan nepotisme dan kronisme dalam memilih penggantinya dengan melantik Said bin Zaid iaitu sepupunya dan anaknya Abdullah bin Umar sebagai pemerhati sahaja serta dikecualikan daripada calon yang bakal menjadi khalifah. Kita juga dapat melihat bagaimana antara kriteria dalam pemilihan khalifah mestilah mempunyai ketegasan dalam melaksanakan tanggungjawab serta berani menegakkan apa yang termaktub dalam al-Quran dan hadis nabi.
 

        Dalam pemilihan penggantinya juga maka Sayyidina Umar cuba mengelak sebarang unsur monarki dengan menghalang perlantikan khalifah dari bani Hashim iaitu Sayyidina Ali sepupu nabi. Proses ini juga sebagai mengasaskan sistem syura dalam perlantikan pemimpin.

Rujukan ;

1. Muhammad al-Khudri Bik, Muhadharah tarikh al-Umam al-Islamiyah,jilid satu, al-Maktabah al-Tijarah al-Kubra, Mesir 1969
2. Muhammad bin Yahya bin Abu Bakar, Al-Tamhid al-Bayan fi Maqtal al-syahid Uthman, dar al-Thaqafah, Beirut
3. Iruddin Hj Muhammad, Sejarah Islam, DBP, 1982

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Top Rated

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 12,853 other followers

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 12,853 other followers

%d bloggers like this: