PENCABULAN BUMI PALESTIN
PERTAMA : Sebelum kemerdekaan dari penjajahan British
Bilangan Yahudi tidak melebihi 56 ribu berbanding jumlah penduduk Palestin pada masa itu berjumlah 644 ribu iaitu sebanyak 8 peratus sahaja berbanding 92 peratus jumlah penduduk asal Palestin. Keluasan tanah yang dikuasai oleh Yahudi hanya seluas 2 peratus dari keluasan sebenar Palestin. Bermula penghijrahan beramai-ramai Yahudi ke Palestin adalah pada tahun 1882 yang mana sehingga tahun 1903 sekitar 20 ribu telah berada di Palestin. Selepas mencapai kemerdekaan daripada British pada bulan Oktober 1917, Balfor telah berjanji pada 2 November 1917 kepada Yahudi untuk membina negara Yahudi di Palestin.
KEDUA : Dari kemerdekaan sehingga meletusnya peperangan 1948
Amerika syarikat telah mengeluarkan kenyataan di dalam membahagikan bumi Palestin pada 29 November 1947 kepada dua negara berdaulat iaitu Palestin dan negara haram Israel yang mana diberikan 45 peratus dari bumi Palestin untuk musuh Allah Israel. Semasa meletusnya peperangan pada 1948, jumlah penduduk Palestin seramai 2 juta 65 orang berbanding bangsa Yahudi berjumlah 650 ribu iaitu dengan nisbah 69 peratus penduduk asal dengan 31 peratus pendatang haram Yahudi. Pertambahan yang berlaku disebabkan oleh faktor kemasukan tentera keamanan di bawah kawalan British semasa peperangan ini. Faktor ini menyebabkan bilangan Yahudi memiliki 5.66 peratus sahaja dari keluasan Palestin. Bagaimanapun mereka terus meluaskan penguasaan mereka dengan pengumpulan 11 peratus daripada tentera keamanan ini di 191 kampung, 7 bandar dan penghalauan setengah daripada penduduk asal pada 1948.
KETIGA : Selepas peperangan 1948
Kerajaan zionis telah mendirikan negara mereka iaitu Israel di atas bumi Palestin yang dirampas pada 15 Mei 1948 sebaik sahaja British mengumumkan pengunduran tentera bantuan mereka di Palestin. Ini meletuskan peperangan diantara zionis, penduduk Palestin dan ketenteraan negara arab yang mana ia tidak dijangka akan berlaku tetapi oleh kerana pengkhiatan yang dilakukan oleh zionis maka peperangan ini meletus. Peperangan ini menyebabkan zionis berjaya menguasai 77.4 peratus dari bumi Palestin. Penyembelihan dan pembunuhan yang dilakukan oleh zionis ke atas penduduk Palestin menyebabkan penduduk Palestin hanya tinggal seramai 160 ribu sahaja di dalam negara mereka yang merdeka pada tahun 1948 berbanding dengan jumlah Yahudi yang melebihi sejuta orang. Penghijrahan pendatang haram Yahudi ke Palestin sepanjang enam bulan pertama untuk meluaskan pendudukan mereka iaitu seramai 101828 orang.
KEEMPAT : Selepas peperangan 1967
Ketika berlakunya peperangan pada bulan Jun 1967, Zionis telah membebaskan beberapa tempat seperti semenanjung Sinai,Mesir dan bukit Golan,Syria. Keluasan tanah arab yang jatuh ke tangan zionis seluas 89359 km persegi iaitu tidak lebih dari empat kali ganda daripada keluasan tanah yang tidak dirampas sebelum peperangan ini. Penduduk Palestin yang terus kekal di situ semasa peperangan meletus seramai 2.25 juta orang iaitu dengan nisbah 70 peratus berbanding Yahudi sebanyak 30 peratus. Jumlah yang lari dari Palestin lebih 410 ribu orang disebabkan penyembelihan dan juga takut kepada kezaliman yang dilakukan oleh zionis. Bermulanya penempatan baru Yahudi adalah di Dhiffah dan Gazza yang dibina pada 25 November 1967. Pada tahun pertama kemerdekaan, telah didirikan 14 kawasan penempatan dan telah sampai pendatang Yahudi yang baru seramai 12270 orang ke Palestin.
KELIMA : Peperangan Lubnan
Telah berlaku peperangan Lubnan pada Mac 1982 yang dinamakan ” perdamaian Jalil ” yang disebarkan bagi mencapai matlamat memastikan keselamatan 63 penempatan dan bandar Zionis di utara Palestin daripada serangan bom di selatan Lubnan. Antara matlamatnya lagi bagi menamatkan rusuhan di Palestin. Zionis telah meninggalkan Lubnan pada tahun 1985 dalam keadaan mereka mengawal dengan di selatan serta memindahkan peralatan mereka antara 10 hingga 20 km. Persepakatan telah dibuat dalam perjanjian Cam David yang mana zionis telah berundur dari Sinai pada Mei 1982 dengan syarat dibebaskan daripada kawalan.
KEENAM : Selepas perjanjian Gazza dan Ariha
Pada September 1993 telah berlangsungnya perjanjian Oslo yang mana telah berlakunya pembahagian yang tetap mengenai dua bandar yang utama iaitu Gazza dan Ariha. Kedua-dua bandar ini meliputi 1.5 peratus daripada bumi Palestin yang mana keluasan Gazza ialah 363 km persegi dan jumlah penduduknya adalah seramai 800 ribu orang serta jumlah penduduk Yahudi di situ pula seramai 5000 orang. Manakala keluasan Ariha adalah 60 km persegi dengan penduduknya seramai 25 ribu orang. Sebelum perjanjian Oslo dibuat, Israel telah menguasai 65 peratus daripada tanah di Dhuffah dan selepas perjanjian itu, 73 peratus daripadanya telah jatuh ke tangan Yahudi apabila telah dikeluarkan kenyataan tentang 67 ribu daunam. Penduduk Palestin sekarang seramai 7.2 juta yang mana daripada jumlah tersebut 4.4 juta adalah Yahudi dan 2.8 juta pula adalah penduduk asal Palestin.
KETUJUH : Pembinaan Israel Raya
Pada tahun 1897 telah berlangsung Muktamar Zionis Raya di bandar Bal Baswisra yang dianggotai oleh oleh semua ketua Yahudi dari seluruh dunia. Siudor Hartzel telah menyatakan keputusan untuk membina pusat gerakan zionis dengan terbinanya negara zionis di Palestin. Mereka menggalakkan penghijrahan ke Palestin bagi meluaskan pengaruh mereka sehingga tertegaknya negara Zionis Raya yang meliputi antara Sungai Nil hingga Sungai Furat. Perancangan ini menurut mereka bagi merealisasikan kandungan Taurat (yang telah diubah ) melalui safar at-Takwin ( 18/15 ) yang menyatakan : Pada hari itu Allah telah memutuskan tentang janji Abram melalui kata-katanya : Kita akan menganugerahkan bumi ini dari sungai Mesir (Nil) sehingga sungai yang besar iaitu Sungai Furat(Syria). Dinamakan tanah Israel ini ” Irtes Yisrael ” sebagaimana dakwaan di dalam pengajian Yahudi. Apa yang realiti berlaku di asia barat yang terdiri daripada Palestin, Lubnan, Jordan dan sebahagian besar bumi Mesir, Syria,Iraq, Arab Saudi, Kuwait sehinggalah merangkumi Turki. Peta ” Israel Raya ” ini tetap digantung sehingga sekarang di dalam Parlimen Israel. Apakah usaha mereka akan berjaya?